CANTIK

Tips Cantik A – Z

Do you think I’m pretty?

I think you’re beautiful

Beautiful?

You are so beautiful, it hurts sometimes.” – Richele Mead.

Cantik, Majalah WM menyenaraikan ‘Ilmu Cantik, Tips dan Amalan Cantik A hingga Z cantik. 

A – Alat solek – ia seharusnya menjadi ‘teman rapat’ bagi setiap wanita. Wajah yang pucat lesi perlu disegar dan diserikan dengan alat solek. Begitu pun ia tidak boleh ditampal ke muka begitu sahaja tanpa terlebih dahulu mencuci bersih. Ya selepas mencuci, menyegar dan melembab baru mulakan langkah menyolek… nampak senang tetapi kalau anda tidak ada ilmu untuk menggunakan alat-alat solek, anda tidak mungkin mendapat hasil yang memuaskan. Kini banyak di dalam Youtube tutorial solekan dan saya sarankan anda luangkan sedikit masa mencuba membuatnya sendiri, lebih selalu anda praktis lebih baik jadinya solekan anda, practice make perfect  atau check out guru-guru solek yang sedia mengajar anda bersolek.

SLAE COSMETICS

B – “Bronzer – ia antara lima produk penting dalam rangkaian alat solek mesti ada dalam bag anda,” kata pakar solekan. Ia penting untuk meratakan warna kulit dan menutupi wajah yang pucat. Pakar menasihatkan untuk menyapu sedikit bronzer ke garis rambut (hair line) melintasi tulang pipi dan leher untuk menyerlah tekstur semulajadi kulit. 

B – Botox, mengapa anda perlu botox jika anda merawat muka selalu? Mengapa botox kalau hasilnya hanya sementara sedangkan kalau anda rawat dengan betul wajah akan lambat dimakan usia. Biarkan diri menua tanpa suntikan atau pembedahan. 

Perubahan wajah Cindy Crawford disebabkan suntikan botoks

C –  Concealer – Ramai yang suka bersolek tetapi tidak pernah atau tidak tahu akan kepentingan concealer. Jika anda mahu wajah yang ‘complete look’ yang berseri-seri tidak mungkin mendapatnya dengan hanya menyapukan bedak. Jika kulit anda bertompok atau ada bekas jerawat mahupun eyebag yang ketara, concealer bertindak sebagai kemasan seperti beautify filter ala photoshop. Di pasaran ada face concealer dan eye concealer, belajarlah menggunakan cara yang betul supaya hasilnya amat memuaskan.

C – Concealer dari Avon

D – Detox – Apa itu detox? Secara ringkasnya detox bermakna mengeluarkan toksin dalam badan. Toksin melemahkan keupayaan semulajadi tubuh untuk membakar lemak. Gen yang memberi signal di dalam kilang lemak kita akan terjejas akibat lemak yang terkumpul dan fungsi utamanya untuk membuang sisa-sisa yang telah diproses untuk dinyahkan. Detox mampu melegakan sembelit, membersih kolon dan mendorong sistem perncernaan yang sihat. Risiko panjang ialah penyakit kolon dan kanser kolorektum. Pastikan anda mendapat penerangan yang betul sebelum memulakan detox.

Detoks

E – Exfoliate atau dalam bahasa Melayunya pengelupasan, yakni membuang kulit mati. Di pasaran ada tiga jenis; chemical exfoliant seperti AHA/BHA,HA, Alpha arbutin retinol, physical exfoliant buang sel mati dengan skrub. Pelbagai jenis skrub yang boleh anda pilih sesuai jenis kulit. Dan satu lagi ialah rawatan laser, paling popular microdermabrasion refine dan juga penggunaan masker.

Pengelupasan

F – Filler  – Apa dia Injectable Dermal Filler? Dermal fillers are gel-like substances that are injected beneath the skin to restore lost volume, smooth lines and soften creases, or enhance facial contours’. Lebih daripada sejuta wanita dan lelaki memilih rawatan ini, yang dikatakan adalah cara berkesan untuk dilihat muda tanpa menjalani pembedahan. Dermal fillers atau juga dikenali sebagai wrinkle fillers, ia bukan sekadar melicinkan kedutan tapi ia juga boleh melicinkan kedut di sekitar hidung dan mulut (a.k.a  marionette lines, smile lines dan parentheses). Ia bisa menaikkan dan ‘restore volume’ pada pipi dan ‘temples’ yang sudah mengecut. Ia boleh ‘plump’ dan mencantikkan bentuk bibir. Boleh juga melicinkan tulang pipi dan membaiki  bentuk muka kita. Namun disarankan sebelum anda melakukan fillers, pastikan anda mendapatkan maklumat dengan betul dan carilah pakar bertuliah kerana kesan sampingan mungkin diperolehi, dan satu lagi rawatan ini hanya bertahan paling tinggi pun 18 bulan dan kemudian anda perlu ulang lagi rawatanya.

Filler

G –  Gigi – Senyummu menawan. Mengapa? Kerana giginya yang cantik. Namun hilang cantik seseorang bila ronggak, atau gigi berlapis, gigi tidak teratur, atau gigi warnanya kuning mahupun ada yang kerana merokok misalnya menjadi hitam. Lalu apa yang patut anda lakukan? Salah satu cara ialah ‘microabrasion’. Microabrasion ialah rawatan pergigian kosmetik (cosmetic dentistry treatment) yang selamat dan diguna pakai seluruh dunia. Ia rawatan menghilangkan warna kuning mahupun kehitaman atau disebut gigi berkarat. Prosedur in menggunakan hydrochloric asid dan ‘pumice’ bagi menghilangkan perlahan-lahan lapisan nipis. Adakah rawatan ini selamat dan berapa lama ia boleh bertahan? Enamel microabrasion results are permanent because the superficial lesion is removed, not masked. Ya ia selamat!

Klinik Pakar Pergigian Dr Kam di TTDI

H –  Hydrafacial – Pencemaran terutama habuk dan pancaran cahaya matahari membuat kulit mengalami masalah pigmentasi, jerawat serta tona kulit tidak sekata. Rawatan terbaik antaranya rawatan hydra oxyglow C menggabungkan hydrafacial dan oxygen-facial. Mudah, selamat, tidak menyakitkan cepat dan efektif. Ia bukan sahaja merawat bintik putih dan hitam, ia menghilangkan garis halus, kulit kurang anjal, kulit kering, warna tak sekata, bekas jerawat dan pigmentasi. Sebelum ini kaedah mikrodermabrasi digunakan untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, namun ia menyebabkan kulit merah dan pedih, terutama pada yang berkulit sensitif.

Hydrafacial

I – Industri Kecantikan Malaysia antara industri yang berkembang maju selari dengan perkembangan di peringkat global. Dan secara amnya, syarikat dan rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada RM1.6 bilian setahun untuk tujuan rawatan dan produk kecantikan. Bagi yang berminat untuk mengembang perniagaan di dalam dan luar negara dalam bidang kecantikan, anda boleh mendapatkan maklumat di institusi kewangan dan agensi kerajaan, antaranya SME Corp dan Perbadanan Luar Malaysia (Matrade). Bagi mereka ini disarankan untuk membaca akta atau peraturan untuk mengawal selia industri kecantikan, antaranya akta Perubatan 1972, Akta Farmasi 1951, Akta Pusat Kesihatan Persendirian 1998, Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012.

BMIC Nail & Beauty Spa berlokasi di Pavilion Bukit Bintang

J – Jamu ialah ubatan tradisional asal usulnya dari Indonesia. Ia dibuat dari bahan-bahan alam, berupa bahagian daripada tumbuhan seperti akar-akar, daun-daunan dan kulit-kulit batang poko, juga buah-buahan. Terdapat juga jamu menggunakan tubuh haiwan seperti hempedu kambing dan tangkur buaya. Ia untuk penjagaan dalaman; menguruskan badan, merampingkan pinggang, mengetatkan alat sulit dan sebagainya.

Jamu pahit dan yang pahit itulah yang menjadi ubat terutama untuk kecantikan, Biasanya akar-akar dan dedaunan direbus dan diminum airnya. Dan tidak kurang jamu yang kini dalam bentuk pil untuk mudah mengambilnya. Ramai percaya jamu ubat awet muda yang paling berkesan.  Di Malaysia, menyebut jamu anda mungkin terbayangkan produk Jamu Ratu Malaya – Produk Terbaik Bonda Rozita – Jrm Mega Ratu dan rangkaian produk Jamu Mak Dara.

Jamu Mak Dara

K –  Kesihatan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan ialah satu bentuk hemeostasis yakni satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam kesimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bila anda sihat, kecantikan diri terserlah kerana sihat dan cantik datang seiring. Untuk mendapat keduanya anda perlu bersungguh menjaga pemakanan bagi mengekalkan berat badan ideal, mementing kecantikan dalaman dan luaran dan bersenam. Anda perlu mendisiplin diri menjaga keperluan tubuh.  

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

L – Lipoma adalah ketumbuhan sel lemak yang membentuk kapsul kerana diliputi oleh tisu badan yang nipis. Selalunya ia dijumpai di bawah kulit. Ketulan tersebut bukanlah kanser tetapi ia ada kemungkinan yang sangat kecil untuk berubah menjadi kanser.Selalunya ia dijumpai pada bahagian leher, peha, lengan, badan dan juga ketiak. Tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Satu atau lebih ketulan ini boleh wujud secara serentak. Penyebab masalah ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi kecenderungan untuk mengalaminya boleh dikaitkan dengan genetik. Orang yang obese tidak semestinya mempunyai ketumbuhan ini. Kecederaan yang sedikit boleh menyebabkan masalah ini di bahagian yang tercedera itu. Lipoma selalunya wujud seperti benjolan di bawah kulit. Ianya adalah lembut dan mudah digerakkan. Ia tidak menyebabkan kesakitan dan selalunya penambahan saiz adalah memakan masa yang sangat lama selalunya tidak mengganggu aktiviti harian mahupun pekerjaan. Tetapi lokasi ketumbuhan tersebut kadang-kadang membuat pesakit tidak rasa selesa apabila orang lain memandangnya. Sebagai contoh jika ketulan itu tumbuh di bahagian leher. Pastikan anda melakukan ujian pemeriksaan dan rawatan Lipoma kerana ia boleh berlaku pada usia pertengahan iaitu 30 hingga ke 40 tahun.

Lipoma

M – Makanan/Minuman – Kita sering mendengar kata-kata ini, You are what you eat. Jadinya jika anda makan makanan berkhasiat anda akan sihat, tapi jika anda makan bad food, segala penyakit singgah ke tubuh kamu. Untuk sihat elak junk food and watch your diet. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber bijiran, buah-buahan dan sayur sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang produk tenusu memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi anda. Makan secara sederhana. Dan kalau anda sayang diri anda dan hendak hidup lama, dijauhi penyakit, dan hendak cantik jauhi rokok dan minuman keras. 

Chef Wan masih sihat dan bertenaga diusia 62 tahun.

N – Nature “Those who find beauty in all of nature will find themselves at one with the secret of life itself” – L. Walfe Gilbert. Alam menghasilkan sumber keperluan manusia dan daripadanya terhasil sumber makanan dan minuman, tenaga dan alat perhubungan. Ramai orang tidak ambil kisah tentang pentingnya menjaga alam ini daripada pencemaran. Manusia dapat banyak manfaat daripada kejadian alam yang baik dan sempurna – dan produk kecantikan daripada sumber alam semulajadi adalah yang terbaik. Elak produk berasas kimia yang kesannya amat buruk dalam jangka panjang, paling ditakuti ialah kanser kulit.

Alam semula jadi

O – Original/Online – Membeli secara online adalah gaya hidup terkini, segala-galanya ada di sesawang, dan produknya datang dari seantero dunia; pilih, bayar, harganya pun jauh lebih murah dan beberapa hari kemudian sudah sampai di muka pintu anda. Namun hati-hati membeli di online terutama yang berkaitan dengan produk kecantikan, kerana menampalkan ke muka produk tiruan apatah lagi memakannya, amat bahaya. 

Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat, agar tidak tertipu, buatkan perbandingan terutama mengenai harga, kalau harganya macam tidak masuk, elak membeli. Harga potongan yang melampau juga sekadar gimik, kerana biasanya ia adalah barang tiruan.Untuk memastikan ia original, dapatkan maklumat pengeluarnya. Pengalaman. Di kampung rumah teman, berbaris di meja solekkan jenama terkenal… “Murah saja jawabnya.” “I beli dari kawan, dia order online daripada kawannya yang membawa masuk produk itu.” “Mesti tidak original jawab saya.” “I pun teringin pakai SK11,” jawabnya. Saya mohon dia masukkan saja di tong sampah kerana ternyata ia tak original. Jadi hati-hati kawan bila membeli.

SKII di Shopee

P – Pampering maknanya memanjakan diri. Kesibukan menghalangi diri dimanjai, malah kita gunakan seluruh tenaga dan kederat untuk mencapai sesuatu. Kita gunakan masa tidur untuk berjaga dan membuat kerja, masa rehat untuk terus bekerja sehingga keletihan dan tertidur di kerusi. Bila sakit baru tersedar anda yang merosakkan diri sendiri. Sayangi diri anda. Carilah masa ‘to refresh and recharge’. Keep your skin happy dengan aneka rawatan kecantikan, layan diri di spa, berurut, mandi susu, mandi wap, manicure, pedicure, pendek kata semua dari hujung rambut ke kaki, give your hair, face and body a star treatment. Kemudian pakai pakaian dalam yang cantik, dan sudah tentu dengan baju yang cantik. Perlukah ke mana-mana kalau sudah cantik? Tak perlu sebenarnya kerana bila diri rasa sempurna anda tidak perlu keluar mencari keseronokan di luar. Paling tidak rakamkan suasana riang itu sebagai ingatan kerana anda perlu mengulanginya selalu supaya kegembiraan berterusan dan kecantikan berpanjangan. 

Manjakan diri dengan rawatan kecantikan

Q – Q & A – Kita dilahirkan tidak sempurna, dan tidak bijak dalam semua perkara. Lantaran rajinlah bertanya untuk mendapatkan ilmu yang betul dan tepat. Di dalam dunia kecantikan misalnya pelbagai pertemuan terbaru, yang kebarangkalian yang lazim digunakan tidak lagi sesuai digunakan lagi. Maka itu sentiasa rajin mencari maklumat dan bertanya kepada yang pakar di dalamnya. Ada orang bertahun-tahun menggunakan produk sama, helo usia pun meningkat bererti perubahan dalam segi hormon dan keadaan kulit selaras dengan usia yang meningkat. Saya tahu ada orang menggunakan baby cleanser untuk mencuci muka, dari kecil sampai dewasa dan tua…kerana takut tukar produk. Ingat usia meningkat dan tiba waktu setengah produk tidak lagi bertindak seperti sebelumnya kerana faktor usia. Be good to your skin, you’ll wear it everyday for the rest of your life. Your skin has a memory, in ten, twenty, thirty years from now, your skin will show the result of how it was treated today. So treat it kindly and with respect. Kerana anda tidak tahu semua, rajin-rajin bertanya untuk mendapatkan jawapan yang terbaik.

Love yourself!

R – Rawatan.  Anda yang rajin merawat kecantikan diri pasti akan memiliki kulit sihat. Anda boleh merawatnya di rumah tetapi adalah lebih baik anda dirawat oleh pakar dan dilayan bagaikan permaisuri di salon-salon terkenal. Antara salon yang memberikan rawatan terbaik ialah N’s De Beaute, Caudalie, Clarins Skin Spa dan L’occitane. 

Rambut – contoh stail rambut yang boleh diperolehi daripada website dan portal tertentu, rajinlah mengoreknya supaya pilihan  gaya rambut anda sesuai dengan bentuk muka, warna kulit dan personaliti anda. Cara paling berkesan mendapat khidmat nasihat kepada hair stylist anda, dia boleh recommend potongan sesuai. Apa pun ceritanya rambut wajib sentiasa bersih, oh jangan keluar rumah kalau rambut anda berminyak dan penuh dengan kelemumur… jadi utamakan ini dulu kebersihan rambut sebelum anda mengikut trend rambut terkini. Ramai berpendapat kerana mengenakan tudung, tidak perlu mengambil berat hal rambut. Sama ada anda bertudung mahupun free hair penjagaan wajib dan amat penting.

Spa kecantikan N’s De Beaute

S – Senaman/Solat

Ramai kala remaja cantik tetapi belum usia 30 tahun kecantikan pula pudar. Ramai melecehkan penjagaan diri terutamanya bersenam beralasan tidak punya masa untuk semua itu tambahan sudah bersuami dan mempunyai anak, dan banyak hal lain lebih penting. Bersenam tidak semestikan ke padang atau mesti ke gimnasium. Bersenam boleh dibuat di dalam rumah. Naik turun tangga sebanyak kali yang boleh satu cara yang boleh dilakukan. Sebaiknya diadakan ruang kecil untuk bersenam dan menyediakan peralatan seperti treadmill, basikal, trampoline, bola besar… oh kalau tidak mampu semua itu masih boleh skipping, mengangkat kaki tangan dan buat taichi sendiri. Ah banyak yang boleh difikirkan kalau betul-betul hendak melakukan. Musim PKP mengapa ramai juga yang lagi cantik bentuk badan mereka berbanding masa sebelum, walaupun tidak kurang hidangan yang banyak di meja. Ya kerana ramai menggunakan peluang keemasan untuk melakukan pelbagai senaman; youtube kan ada untuk membantu anda. 

Bagi orang Islam banyakkan solat, kerana solat adalah senaman terbaik yang menggunakan seluruh anggota tubuh, ya ketika solat otot serta sendi bergerak, dapat mengubat sakit pinggang malah masalah etektil disfungsi dikenali mati pucuk.

S – Senaman

T – Tidur. Setiap manusia memerlukan tidur yang cukup untuk kesihatan mental dan fizikal. Tidur malam yang mencukupi membuatkan anda berasa lebih segar. Apabila kamu mendapat tidur yang mencukupi, kamu akan bangun lebih segar, lebih peka, lebih gembira, lebih cantik. Selain mengembalikan tenaga, terdapat banyak kebaikan tidur untuk membantu memulihkan tubuh badan. Ketika tidur otak menghasilkan hormon yang menggalakkan pertumbuhan dan penjagaan semula tidur untuk membaiki pembuluh darah. Horman tersebut meningkat sel darah mewujudkan lebih banyak sel darah putih yang membantu melawan virus dan bakteria. Sistem imunisasi kita bergantung kepada tidur dalam membantu tubuh badan untuk pulih daripada jangkitan penyakit, pembedahan dan trauma. Dapatkan lebih maklumat tentang tidur dan dinasihatkan mengikut jadual tidur dan elak berjaga malam dan tidur sebelah siang (kecuali sebelum zohor lelapkan sekejab mata), kerana tabiat ini menjejas kesihatan dan lambat laun pelbagai penyakit singgah.

T – Tidur

U – Ultrasound Facelift High Intensity Focused Ultrasound also known as ‘Ultrasound Facelift’ or ‘Ultherapy’ has become one of the most sought after lifting treatments for face and neck and is a revolutionary alternative to surgical facelifts. Kebaikan daripada rawatan ini termasuk, ia menstimulasi pengeluaran kolagen asli. Ia tidak memerlukan pembedahan, tiada recovery time dan hasilnya dapat dilihat pada satu rawatan sahaja. Ia clinically proven.

U – Ultrasound Facelift

V – Vegan – Kebelakangan ini sudah ramai menggunakan produk kecantikan vegan. Dan soalan yang ramai hendak tahu, adakah produk kecantikan vegan elok digunakan dan menyihatkan.

Kosmetik vegan telah dikenalpasti amat sesuai untuk mereka terutama yang mempunyai kulit sensitif.  Kerana kurangnya bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya berbanding kosmetik yang tidak vegan. Kehadiran pelbagai jenis ingredient boleh menambah kepada kesan kulit kemerahan, gatal-gatal, jerawat, kulit kering dan banyak lagi kesan sampingan. Kebaikan lainnya produk penjagaan kulit vegan menggunakan bahan  daripada tumbuh-tumbuhan yang mana pelbagai jenis vitamin dihasilkan di dalamnya, antaranya kaya dengan mineral, antioxidant dan minyak asli yang membantu membaiki kulit juga mengekalkan kelembapan, kulit lembut, muda dan kesegarannya berpanjang.

V – Vegan cosmetics

W – Wellness. Apa itu Wellness? Wellness is the act of practicing healthy habits on a daily basis to attain better physical and mental health outcomes, so that instead of just surviving, you’re thriving. Social Connectedness Connecting with friends or loved ones is a great way to help improve your physical and mental health. What is the difference between health and wellness?

Health is a state of being, whereas wellness is the state of living a healthy lifestyle. Health refers to physical, mental, and social well-being; wellness aims to enhance well-being. It can affect physical, mental, and social well-being. 

W – Wellness

X – X Beauty Aesthetic is a salon providing a sundry of beauty services including facials, body treatments, slimming programs, spa, waxing, manicures, pedicures, embroidery, and more. Founded in 2017 with several outlets scattered throughout Johor and Klang Valley, X-Beauty Aesthetic uses Melbourne-based ASAQ products for their skincare treatments.

X – X Beauty Aesthetic

Y – Yakin diri – Beauty is power. A smile is its sword.” Kata Coco Chanel, “Beauty begins the moment you decide to be yourself.”“Beauty is an attitude, and to be beautiful means to be yourself. Kamu tidak perlu mendengar apa orang kata, ya you don’t need to be accepted by others, you need to accept yourself. Dan lebih bahagia anda rasai, lebih anda merasa dan dilihat cantik. Kecantikan ialah mengenai yakin diri, berkarima dan punya karektor yang menarik. Cantik juga bila punya fikiran yang positif, hati baik dan jiwa tenang.  Sepatah kata Audrey Hepburn, “True beauty in an individual in their soul.

YouTube – Kian ramai bloggers kecantikan kini, mengembangkan perniagaan mereka dengan berkolaborasi dengan jenama-jenama kecantikan yang tumbuh bagai cendawan. Jangan tidak tahu setengahnya pendapatan mereka melebihi lima angka terutama yang rajin dan pandai memancing jenama besar khasnya untuk pelancaran produk terbaru mereka. YouTubers kecantikan ini menyediakan penonton dengan pelbagai tips dan nasihat, pengalaman dan kisah peribadi, ya apa sahaja yang boleh menarik perhatian orang ramai terutama kisah kisah jatuh bangun mereka.

Ramai juga yang berkongsi cerita positif mahupun negatif setelah menggunakan produk-produk tertentu, membuat demonstrasi dan mengajar teknik-teknik tertentu. Kadangkala mengadakan forum untuk mendapatkan feedback pelanggan.

Menurut sebuah rencana dikeluarkan oleh  University of Calgary, one of the most popular category oeo is “Get Ready With Me”‘s. These videos showcase how beauty YouTubers get ready for certain occasions going on in their day-to-day life and their daily rituals, whether it be a trip to the mall, special event, or even just to go to bed.]

Y – Yakin diri

Z – Zeolite? Apa itu Zeolite dan soalan yang sering ditanya,”How Does Zeolite Work? Zeolite is an alkaline mineral that is very porous and is one of the very few minerals that is negatively charged by nature. Since most toxins, such as heavy metals, radiation, and pesticides, are positively charged, zeolite is pulled to the toxins, like a magnet, and sucks them up into its structure.These dangerous substances become trapped in zeolite’s cage structure, and are then safely and gently carried out of the body. 

What Does Zeolite Bind to?

Zeolite has a strong negative charge and thus is attracted to positively charged molecules. Since most of the things that don’t belong in our bodies are positively charged, zeolite can be an effective detox method for a number of toxic elements that are draining our health. Untuk maklumat lanjut cari informasi mengenai Zeolite dan anda akan tahu mengapa fizikal dan mental anda selalu kacau, maka anda penat, malah kulit cepat berkedut walaupun anda memilih untuk menggunakan pelbagai produk terbaik dan sentiasa merawatnya.

Z – Zeolite

 

Related posts

PlantBio Rooted In Nature With Science.

adminwm

SK-11 Returns With A Groundbreaking Animated Anthology Series – the ‘VS’ Series

admin

Cartier dan Seleksi Pewanginya

admin

Leave a Comment