SANA-SINI

Komited Ketika Detik Mencabar

BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan kos sebanyak 20% bagi pembaikan komponen jentera pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan dengan bencana banjir yang terjadi baru-baru ini. Pusat pengedaran bertauliah juga akan menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Susulan kes banjir yang dilaporkan di beberapa negeri di dalam negara, kami kekal komited untuk memudahkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami, termasuk ketika detik yang mencabar ini. Oleh itu, BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedar kami bersedia untuk menawarkan pelanggan kami sokongan yang mereka perlukan melibatkan kenderaan mereka.”

Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedaran bertauliah pilihan masing-masing atau menghubungi BMW Roadside Assistance untuk maklumat lanjut. Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan (Customer Interaction Centre) di talian 1 800 88

3000. Penurunan kos dan rebat ini sah sehingga 31 Januari 2022.

Related posts

BMW Malaysia umum pengemaskinian produk untuk BMW iX xDrive50 Sport baharu.

admin

TikTok reveals 79% of users want to ramp up Ramadan celebrations to pre-COVID levels

adminwm

Dapur Rakyat Mementingkan Kesegaran dan Kualiti Makanan

admin

Leave a Comment