Dunia Fesyen Yang Suram

View Post

Tidak pernah saya merasakan dunia fesyen bertukar suram dengan munculnya satu wabak virus yang melanda seluruh dunia. Bayangkan semua aktiviti seakan lumpuh seketika, bahkan minggu fesyen juga terpaksa dihentikan.

Melihat pada kalender fesyen yang asal, sepatutnya hari ini kita sudah boleh melihat himpunan Cruise 2021 ataupun koleksi lelaki musim Panas 2021 tetapi pertunjukan fesyen ini terpaksa dibatalkan demi memutuskan rantaian Covid-19.

Ramai yang meramalkan industri fesyen akan mengalami kejatuhan yang teruk akibat Covid-19, ada yang terpaksa gulung tikar dan diramalkan sebanyak 40% perniagaan akan mengalami kejatuhan. Butik-butik berjenama mega seperti Zara khabarnya bakal menutup 1,200 buah cawangan di Asia juga Eropah, begitu juga dengan Philip Plien yang akan menutup 200 stor di seluruh dunia dan mungkin memberhentikan sejumlah 700 orang pekerja untuk menampung kerugian yang dihadapi.

Pada saya sebenarnya fesyen ini digayakan untuk menunjuk-nunjuk. Apabila masing-masing dikuarantin siapa lagi mahu membeli jika sekadar duduk di rumah dan tiada majlis keramaian untuk dikunjungi. Maka kuasa membeli itu sudah berkurangan.

Dunia marketing juga sudah berubah. Peranan influencer dianggap sebagai langkah penting untuk melariskan jualan. Jenama-jenama terkenal menggunakan nama mereka untuk mempromosikan produk masing-masing. Louis Vuitton, Dior dan Bottega Veneta misalnya menggunakan Neelofa dalam mempromosikan koleksi mereka. Bahkan selebriti ini sempat membuat sesi live sedang membeli belah di butik LV menerusi Instagramnya.

Diharap industri fesyen tempatan juga boleh mengambil langkah yang sama untuk menaikkan kembali jenama masing masing setelah berakhirnya virus corona ini.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON