COVER STORY

Mas Idayu – Disukai Dibenci

Pejam celik sudah 29 tahun Mas Idayu berasa dalam industri hiburan. Album pertama dirakam bergenre rock tetapi irama dangdut yang menjadikannya tersenarai antara best selling female artists di Malaysia yang mana penjualan albumnya melebihi 200 ribu unit sebaris Ella, Amelina, Fauziah Latif, Ramlah Ram, Ziana Zain, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.

Saya berpeluang bercakap dengan Mas Idayu (atau seantero Asia memanggilnya sebagai mummy) minggu lalu dan yang pertama saya ajukan tentang pendapat diberi oleh seorang ‘pemerhati’ industri hiburan tempatan yang menggunakan nama Sepit Siput di Instagram. 

Sebutnya, “Mas Idayu adalah penyanyi yang mempunyai disiplin pentas yang baik, a well prepared performer dan pandai bergurau senda atas pentas. Sebab itu di saat artis dangdut lain kekurangan job, mummy sebaliknya ‘pulun’ show sana sini…” 

Saya sampaikan komen Sepit Siput kepada mummy dan dia sangat bersetuju. 

Terangnya, “Kalau dia kata well prepared, mummy sokong sangat, sebab mummy memang bersungguh. Bukan saja disiplin pentas malah dalam setiap kerja mummy akan beri komitmen sepenuhnya. Bukanlah mummy tak pernah rasa zaman dangdut jatuh, tetapi kalau ada (penyanyi lain) yang lebih merasakan zaman dangdut jatuh bermakna dia yang menjatuhkan diri dia sendiri. Pada mummy, seandainya kau pegang genre yang kau bawa bersama disiplin, kau tak akan jatuh.” 

[thb_gap height=”40″][thb_image alignment=”center” image=”12698″][thb_gap height=”40″]

Menyedari irama dangdut sebelum ini seperti dianak tirikan sesetengah stesen radio kononnya kerana dangdut berasal dari Indonesia (walhal muzik rap, r&b dan hiphop bukan pun berasal dari Negeri Sembilan!) komen mummy, “Walaupun ada sesetengah pihak tidak membantu irama ini, kau sebagai penyanyi mesti bantu irama kau sendiri. Mummy tetap rasa irama ni hidup sebab ini pegangan mummy. Walaupun ada yang tidak membantu, tetapi kau sendiri harus menghidupkannya, sebab itu pada satu ketika ada orang cakap hanya mummy penyanyi dangdut yang tinggal.”

Seperti tajuk yang tertera di muka depan, ‘Mas Idayu Dibenci Disukai’ saya menonton banyak video mummy sebagai komentator dalam rancangan realiti Dangdut Academy Asia (D’Academy Asia) di mana mummy ‘menempelak’ beberapa peserta dan salah seorang yang terkena tempias adalah Baby Shima. Membaca komen-komen yang ditulis, banyak pula yang mengkritik kerana berasakan dirinya terlalu garang.

Sebaliknya Mas Idayu memandang positif akan apa saja kritikan atau kecaman yang diberi kerana dia mengomentar bukan berdasarkan persembahan satu malam, tetapi kerana sepanjang tiga bulan pertandingan berlangsung mummy (bersama komentator yang lain) meluangkan setiap hari bersama peserta. Jadi dia melihat perkembangan mereka hari demi hari. Malah untuk setiap komentar yang diberi, walaupun kedengaran garang tetapi ia kerana sayangkan bakat mereka. Dan walau garang macam mana sekalipun setakat ini protege mummy menunjukkan hasil, seperti Black Hanifah selain Baby Shima sendiri yang kini namanya panas di Indonesia dan sempat membintangi iklan Hotlink untuk pasaran di sana.

“Adakah orang Indonesia memang sedia kenal mummy sebagai penyanyi sebelum mummy bersama D’Acadamy Asia?”

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” lightbox=”true” image=”12697″]
[thb_gap height=”40″]

“Tak… Warner Music (syarikat rakaman yang dinaungi Mas Idayu di zaman 90-an) tidak pernah mengedarkan album mummy  di sana. Produksi memilih mummy setelah menonton video mummy sebagai mentor dan ada satu video yang mana mummy merotan seorang protege. Itu menjadi titik tolak mereka memilih mummy kerana mereka suka karakter dan cara mummy.”

Saya sebenarnya terkejut apabila terbaca Mas Idayu pernah mengadakan persembahan satu pentas bersama bintang Bollywood Akshay Kumar, Sushmita Sen dan Shilpa Shetty, namun dia menidakkan. “Dekat mana awak baca ni?” Kata mummy, sebelum ini Warner Music ada merancang menggandingkan dirinya dan artis dangdut lain dalam satu rancangan bersama Salman Khan dan sempat mereka dipertemukan dalam sesi makan malam di Kuala Lumpur, namun atas sebab yang tidak diketahui, kolaborasi tersebut terhenti begitu saja.

Ketika menulis ini, saya baru saja selesai menonton Feud Bette and Joan. Cukup gemarkan siri ini, yang mengisahkan perseteruan dua aktres legenda Bette Davis dan Joan Crawford. Menontonnya membuat saya tertanya bagaimana hubungan sesama artis di sini, adakah ada drama dua diva? 

Mimpi sajalah, kerana kata mummy, dia berkawan baik dengan artis sezamannya, antaranya Ziana, Fauziah dan REM, selain rapat juga dengan Sofea Jane (gandingannya dalam ‘woman oriented drama‘ Sebuah Ijtihad di bawah produksi Sheila Rusly, drama pertama lakonan Sofea selepas 11 tahun meninggalkan dunia lakonan.) “Dengan Ella juga rapat dan ada juga keluar makan bersama. Kalau di Indonesia paling rapat dengan Soimah (rakan komentator D’AA).” 

Menyebut lagi tentang Fued Bette and Joan, skripnya turut berkisar tentang bagaimana dua legenda tadi cuba survive dalam dunia perfileman Hollywood (sedikit sinopsis – di penghujung kerjaya, Bette Davis dan Joan Crawford tidak lagi mendapat naskah filem menarik dan Bette sendiri terpaksa mengiklankan dirinya dalam surat khabar untuk mendapatkan job – mengingatkan saya pada Adibah Noor yang baru-baru ini juga mengiklankan kerjayanya di Twitter. All the best Adibah!)

Inilah yang banyak terjadi, penyanyi lama tidak mendapat projek yang menepati standard mereka. Komposer yang bekerja di zaman mereka dulu sama ada tidak lagi aktif atau sudah meninggal dunia. Bagaimana pula dengan komposer baru? Barangkali karyanya tidak cukup ‘roh’. 

Inilah yang banyak terjadi, penyanyi lama tidak mendapat projek yang menepati standard mereka. Komposer yang bekerja di zaman mereka dulu sama ada tidak lagi aktif atau sudah meninggal dunia. Bagaimana pula dengan komposer baru? Barangkali karyanya tidak cukup ‘roh’.

Nampaknya manakan lagi dapat mendengar lagu best seperti Hasrat Perindu yang membawa Mas Idayu ke pentas Anugerah Juara Lagu atau Senggol Senggolan Cubit-Cubitan yang meletakkan mummy antara best selling female artist di Malaysia (kedua-dua lagu tersebut nukilan Adnan Abu Hassan.)

[thb_gap height=”40″]

Jadi adakah bermaksud ‘magical musical days’ dalam kerjaya Mas Idayu sudah berakhir? Hem… tentunya tidak segemerlap dulu, tetapi lagu Dahlia Hati yang merupakan terakhir mummy keluarkan mendapat 759 ribu tontonan di Youtube. Not bad, walaupun tidak ada promosi besar-besar dilakukan. 

Cuma saya membayangkan kalau jumlah pendengar yang sama melayan lagu mummy di laman stream berdaftar yang disah dan diaudit oleh Recording Industry Malaysia (RIM) seperti Spotify jadi lebih ‘masyuk’ kerana artis akan menerima pendapatan jauh lebih tinggi jika peminat mendengar lagu di platform ini berbanding di Youtube yang mana hanya dibayar RM4 untuk 1,400 tontonan. 

Nampaknya penyanyi 90-an seperti mummy perlu menarik peminat baru dalam usia 15 ke 25 tahun yang mana kumpulan ini lebih banyak melayari stream berbayar atau mengajak peminatnya yang kebanyakannya dalam kalangan Gen X dan Gen Y yang membesar dalam dunia cetak rompak untuk melayan lagu cara baru. Lagi pula ada beberapa lagu mummy yang boleh dijumpai di Spotify termasuk 100% Cintaku kolaborasi bersama bintang hiphop, Juzzthin dan Waris turut ada di situ. 

Yang bagusnya dengan Mas Idayu, dia bukan seorang penyanyi yang ‘dilupakan’ dalam budaya pop baru. Lirik dalam Senggol Senggolan dijadikan emoji sticker manakala ada berbelas ribu video tarian di Tiktok yang menggunakan lagu-lagu popularnya sebagai lagu latar.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12695″]
[thb_gap height=”40″]

Selain lagu-lagu yang menaikkan ‘sheikh’ untuk menari dan suara manja (terngiang-ngiang suara mummy dalam lagu Tergoda – “Pura-pura aku tak tahu, pura-pura aku tak mahu, di dalam hatiku, bergetar rindu. Sungguh…” Aduh bergetar ya) faktor lain yang saya suka pada Mas Idayu, dia teliti menjaga body. Haa, jangan ingat artis Hollywood saja berpinggang ramping, yang di sini juga apa kurangnya. “Mummy rajin ya berkorset?”

“Eiii mummy tak pernah pakai korset? Tak reti!” Melenting ya Mas Idayu. 

“Ya Allah macam mana nak terangkan cara jaga pinggang… tak ada pula mummy buat sit up dan push up.”

“Sebab saya tengok mummy masih ada cutting…” 

“Memang sangat ada cutting, jangan nak cakap tak ada cutting eh!” (ngomel lagi) 

Yang sebenar sekarang Mas Idayu rajin bersenam bersama personal trainer. Boleh tonton video senamannya di Youtube Masidayu1001official. Sebelum ini pula, dia banyak melakukan sesi latihan yang mengeluarkan peluh jadi sebab itu body maintain. Dan mummy lebih senang minum air kosong dan menjauhi apa saja yang bergula.

Di usia 40-an Mas Idayu masih cantik, masih aktif bekerja dan stabil dalam bisnes madu dan produk kecantikan namun satu yang tak cukup, kenapa jodoh begitu lama tak kunjung tiba? Bukan apa, sebilangan besar dari kita akan merasa kesepian pada suatu fasa dalam kehidupan dan ia memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan. Ini membuat saya mahu tanyakan pada mummy, “Tak rasa sunyi ke?” Lagipun anak perempuannya Nur Dayini Ashiqah sudah besar dan kemudian nanti akan bina kehidupan sendiri.

“Sunyi juga…” dan akuinya, yang sekarang terbuka hati untuk berkahwin. “Tapi kalau boleh mummy tak nak lah yang susahkan hidup mummy kan? Dah sah-sah kita perempuan.” 

Betul, mencari pasangan bukan senang. Buatnya yang dinikahi sejenis buaya tongkang? Dah pula masalah. Jadi barangkali yang terbaik buatnya ketika ini… fokus pada kerjayanya dalam bidang hiburan, juga bisnes madu dan produk penjagaan diri. Selain itu? Hem… biarlah Mas Idayu simpan sendiri sehingga sampai masanya nanti.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Antara album Mas Idayu sepanjang 29 tahun bergelar penyanyi rakaman.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Sasha Saidin Tentang Kehidupan, Fesyen dan Kecantikan

admin

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

admin

Tinie I Am Who I Am Thats I’ll Ever Be

admin

Leave a Comment