CANTIKGAYA HIDUP

Tanya Dr. Edmond Julai 2020

Kesan Minyak Panas Merisaukan

Dear Dr. Edmond, 

Baru-baru ini saya telah mengalami satu kemalangan di dapur ketika saya sedang memasak. Minyak panas sebesar syiling 50 sen telah terpercik pada dagu kanan saya. Apa yang membimbangkan saya, ia meninggalkan kesan parut yang lebih gelap warnanya daripada kulit asal saya dan begitu ketara. Walaupun saya memakai tudung dan ia menutup sebahagian parut tersebut tetapi saya rasa hodoh bila membuka tudung. 

Dulu saya pernah bekerja sebagai juru kecantikan sebelum berkahwin, jadi hal kecantikan dan kulit adalah keutamaan saya. Sekarang saya adalah suri rumah beranak satu dan menjalankan perniagaan tudung dan produk makanan kecil-kecilan secara online. Begitupun saya banyak juga keluar berjumpa pelanggan. 

Saya harap doktor dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini. Saya juga berharap supaya doktor dapat memberitahu saya cara bagaimana merawatnya, jika tidak hilang sepenuhnya, setidak-tidakpun mengurangkan kehitamannya. Apakah ia akan kekal jika tidak dirawat? Satu perkara lagi, tidak mungkinlah saya memakai concealer 24 jam setiap hari.

Gee Waheed, 28, housewife, Kuala Lumpur

 

Puan Gee,

Kebakaran thermal adalah sejenis kebakaran yang disebabkan ada kaitan dengan objek panas seperti air panas, minyak masak panas, wap atau api. Kadar kepanasan dan berapa lama ia terkena pada kulit menentukan sama ada anda akan mendapat parut dan berapa besar parut itu.

Kebakaran kulit biasanya dikelaskan mengikut berapa besar bahagian kulit yang terkesan:

  1. First-degree burns atau kebakaran darjah pertama melibatkan kerosakan pada kulit luar (epidermis) yang menyebabkan kemerahan dan perit. Biasanya ia boleh sembuh dalam jangka waktu enam hari tanpa meninggalkan parut.
  2. Second-degree burns atau kebakaran darjah kedua melibatkan kedua-dua lapisan epidermis dan juga lapisan di bawahnya (dermis). Selain menyebabkan kemerahan dan perit ia juga boleh menjadi lepuh. Jenis kebakaran ini mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sembuh dan biasanya meninggalkan parut. 
  3. Third-degree burns atau kebakaran darjah ketiga adalah yang paling teruk. Ia merosakkan kedua-dua lapisan kulit dan juga tulang serta tendon dan boleh mempengaruhi hujung saraf. Mereka yang mengalami jenis ini akan mendapati kulit mereka pada bahagian tersebut menjadi putih atau kehitaman. Jenis ini mengambil masa lama untuk sembuh dan biasanya akan muncul parut. 

Kesan terbakar yang tidak dirawat dengan betul selalunya berakhir dengan hiperpigmentasi kekal (kulit berubah warna menjadi kegelapan) dan parut ringan. Hiperpigmentasi seperti ini boleh memberi impak kepada interaksi sosial dan kualiti kehidupan mangsa, lebih lagi jika ia berlaku pada kulit wajah, yang menjadi masalah lebih besar daripada masalah fizikal parut itu sendiri.

Dalam hal ini, masalah pigmentasi timbul kerana kemusnahan sel pigmen kulit kerana melanin terdapat di epidermis (lapisan kulit paling luar). Ketika penyembuhan, pigmen boleh kembali, proses ini begitu sukar diramal. Sering kulit yang baru nampak merah jambu dan tidak berpigmen. Begitupun semakin parut matang, kulit boleh kembali berpigmen. Lebih dalam luka kebakaran, lebih lambat proses pigmentasi semula. Kita tidak boleh meneka jika akan berlakunya perubahan warna sebaik kulit yang terawat matang. Sesetengah berakhir dengan kulit lebih cerah (hipo-pigmnetasi) dan sesetengahnya pula, lebih gelap (dipanggil hiper-pigmentasi).

Rawatan tanpa pembedahan paling biasa dilakukan untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi seperti ejen topikal dan rawatan laser. Kebanyakan ejen topikal seperti krim peluntur boleh didapati untuk merawat pigmnetasi. Ejen topikal ini boleh ‘campur tangan’ dalam proses pigmentasi pada peringkat yang berbeza. Namun hasil jangka panjang menunjukkan penggunaan ejen topikal mempunyai kesan yang terhad.

Teknologi berasas cahaya seperti Q-switched Nd: YAG laser, laser intense pulsed light dan laser karbon dioksida pada pendapat saya adalah pilihan baik untuk merawat hiperpigmentasi atau parut. Laser pigmentasi seperti Q-switched Nd:YAG 1064-nm adalah mudah, berkesan dan selamat untuk mengurangkan pigmentasi. Yang penting ialah memilih doktor yang berpengalaman dan bertauliah untuk melakukannya. Doktor anda biasanya akan berbincang dengan anda tentang buruk baiknya dan membimbing anda membuat keputusan tentang rawatan dan produk yang terbaik buat anda.

Bagi maklumat lanjut mengenai laser pigmentasi, sila rujuk Xeoul Clinic pada link http://xeoulclinic.com/services/lutronic-spectra-facial-peel/

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12743″]
[thb_gap height=”40″]
Q-SWITCH NDYAG 532/1064NM TREATMENT
[thb_gap height=”40″]

Apa itu Oil Seeds?

Dr Edmond, Saya ada biji-biji halus berwarna keputihan pada kulit wajah di antara kelopak bawah dan pipi saya. Saya bekerja sebagai seorang eksekutif jualan dan keadaan ini mengganggu serta membuat saya tidak selesa bila berjumpa orang. Saya memakai bedak asas untuk menutupinya tapi saya berasa tidak selesa memakainya dan saya rasa ia membuat kulit saya nampak lebih hodoh.

Saya bertanya pada ramai orang dan mereka kata itu adalah ‘oil seeds’ dan ia sukar untuk dihilangkan. Apakah ini benar? Saya ada beberapa lagi soalan, apakah yang menyebabkan ia terjadi? Bagaimana menghilangkannya dan apakah yang harus saya lakukan supaya ia tidak berlaku lagi. 

Terima kasih doktor.

Hazrina Zafuan, 30, Kuala Lumpur

 

Cik Hazrina,

Milia atau juga dikenali sebagai “oil seeds” adalah biji-biji atau ‘mutiara’ halus, berwarna putih hingga kekuningan sebenarnya adalah sista yang biasanya berlaku secara berkelompok pada kulit wajah (termasuk kelopak mata, di bawah kelopak mata dan pipi. Namun jangan keliru antara milia dan comedones. Walaupun milia dan comedones nampak lebih kurang sama tetapi ianya berbeza. Comedones biasanya adalah keadaan di mana kulit tersumbat kesan kelenjar minyak yang terjangkit dan tercemar – yang juga dipanggil sebagai blackheads atau whitehead yang mana juga adalah petanda awal jerawat.

Milia amat biasa berlaku pada bayi baru lahir. Secara faktanya, hampir separuh bayi yang lahir cukup bulan pasti mempunyai beberapa milia di kulit wajah mereka. Begitupun para remaja dan orang dewasa juga boleh saja mengalami pembentukan milia. Biji-biji halus ini jarang sekali menjadi bengkak atau radang namun ia mengganggu kulit wajah secara kosmetiknya.

Milia membentuk apabila sel kulit mati atau keratin (sejenis protein yang terdapat pada kulit dan rambut) terperangkap di bawah permukaan kulit dan menjadi biji seperti mata jarum peniti yang adakalanya kelihatan seperti whitehead atau jeragat. Bahan penjagaan kulit atau alat solek yang berasas minyak berlebihan juga boleh memburukkan lagi keadaan milia.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12744″]
[thb_gap height=”40″]

Sumber gambar: Google

[thb_gap height=”40″]

Pendedahan kepada matahari adalah faktor bahaya bagi milia kerana ia membuat kulit mejadi kasar dan tebal, jadi ia membuat sel kulit sukar naik ke permukaan dan terhapus secara semulajadi seperti sepatutnya. Dengan itu saya sarankan supaya memakai pelindung UV untuk mengurangkan kerosakan foto. Milia juga dikaitkan dengan sejenis kerosakan kulit kerana tercedera, perubatan atau penyakit. Jenis yang jarang berlaku ini dipanggil ‘secondary milia’.

Kadangkala milia boleh hilang dengan sendirinya tanpa rawatan. Begitupun ia juga boleh menjadi tegar dan bertahan hingga langkah untuk mnhapuskannya dilakukan. Milia yang berlaku pada bayi biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu. Bagi orang dewasa ia selalunya mengganggu penampilan wajah dan membuat mereka berusaha untuk merawatnya.

Ada beberapa cara merawat:

  1. Menghilangkannya secara incision, electrocautery atau rawatan laser yang dilakukan oleh doktor bertauliah. Rawatan laser tertumpu kepada milia dengan gangguan paling minima kepada kulit sekitarnya. Jika dilakukan oleh mereka yang tidak profesional dan tidak terlatih, boleh menimbulkan komplikasi seperti jangkitan, kesan parut atau perubahan warna kulit asal boleh berlaku.
  2. Pengelupasan kulit secara kerap boleh menghapuskan lapisan kulit mati dan minyak berlebihan yang mana ia menghalang milia daripada terbentuk. Setiap jenis kulit bertindakbalas dengan bahan pengelupasan secara berbeza-beza jadi bagaimana anda mengelupas kulit anda adalah unik untuk kulit anda. Penyetal kulit wajah adalah jenis pengelupasan yang biasa digunakan. Ia cepat dan cara mudah tetapi anda perlu menggunakan jenis paling sesuai untuk kulit anda. 
  3. Produk penjagaan yang mengandungi retinol dan asid glikolik bagus membantu merawat milia. Produk jenis ini dikatakan selamat, namun perlu berhati-hati di bahagian kulit keliling mata kerana ia amat mudah menimbulkan keringsaan kulit.

Paling penting ialah cari doktor yang berpengalaman untuk memeriksa kulit anda, berbincang dengan anda tentang kebaikan dan kesan setiap prosedur rawatan dan membantu anda untuk memilih prosedur rawatan yang paling sesuai untuk anda.

[thb_gap height=”40″]
Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

[thb_gap height=”40″]
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Apa Masalah Dato’ Sri Kalau Saya Menjanda?

admin

Kalau Saya Tipu Allah Laknat…

admin

ONLY FOR THE CHOSEN AND THE LUCKY ONES

admin

Leave a Comment