FESYEN

Dunia Fesyen Dahaga Pentas

September/Oktober 2020 – Paris, New York, Milan, London; Capai komputer riba atau telefon bimbit, bersandar di sofa ruang tamu atau berbaring saja di katil pun boleh dan berangan lah yang anda sedang duduk di front row pertunjukan runway Chanel, Valentino, Marc Jacobs, Louis Vuitton atau siapa saja pereka tersohor dunia yang anda impikan. 

Jangan bimbang tentang beg trendy, kasut Jimmy Choo atau busana anggun di dalam almari anda itu, tak perlu fikir pun aksesori mana yang mahu digayakan! Forget about dressing up all together! Digital fashion week was here!

Begitulah pantasnya minggu fesyen empat kota fesyen berlalu – sederhana dan kurang impaknya. 

Pada Ahad 13 September 2020, New York memulakan rentak fesyen ‘new normal’nya dengan para pereka mempersembahkan koleksi musim Bunga/Panas 2021 secara virtual. Sesungguhnya ini sesuatu yang di luar norma dan belum pernah dibuat sebelum ini. Masyarakat industri  ini sesungguhnya tercabar!

Namun seronok memikir semangat orang fesyen bekerja keras memartabatkan semula industri yang kian lembap, malah ramai memberi “standing ovation” juga secara virtual sebagai penghargaan kepada para pereka tegar dan mereka di belakang tabir yang bertungkus-lumus menjayakan minggu tersebut melalui koleksi dan kreativiti masing-masing. 

Menariknya, terdapat juga kejutan-kejutan kecil yang boleh dijadikan scoop dan angle menarik bagi jurufoto dan para wartawan yang bertugas di kota trending Milan, New York, Paris dan London. Rumah siap pahat berbunyi; tidak kurang juga kedengaran suara-suara sumbang mengutuk sesetengah pertunjukan yang di anggap berunsur politik, menyedihkan dan dilabel ‘so pathetic’

Yang jelas, setelah berlangsungnya empat minggu, pencinta fesyen dan para pereka amat terkilan dengan suasana lembab dan agak membosankan itu. Jika ditanya pendapat saya, sejujurnya masyarakat fesyen tetap dahagakan suasana kecoh belakang pentas tanpa kekangan SOP, liuk lentuk supermodel memperaga busana yang membuat bibir terjuih dan mulut tetamu VIP terlopong kala ada yang tergelincir atau tersungkur dek pentas licin atau setidak-tidakpun wardrobe malfunction; zip terpokah atau seluar yang sedang diperaga terlondeh.

Tidak pasti apakah hasil kerja musim ini boleh dianggap satu kreativiti agung, penuh inovasi ataupun mempamerkan naluri dunia yang terlalu kalut. Kerana banyak koleksi cuba keluar daripada kesuraman, ketidaktenteramannya jiwa manusia melalui warna-warna gelap dan silhouette yang amat sederhana rekaannya. Begitu pun pada masa yang sama masih ada yang terdorong dengan sentuhan warna-warni bunga dan sinaran musim panas dalam gaya mewah – sesuatu yang harus di ketengahkan bagi mengisi kekosongan jiwa dan memenuhi impian manusia yang sedang bersedih, risau serta kalut.

Paling ketara, hampir setiap koleksi, sedikit sebanyak mengembalikan era nostalgia 80-an dengan pelapik bahu tebal, kolar lebar dan lapel serta  jaket dan top yang oversized juga tali pinggang bergancu besar lagi lebar. Terdapat juga seluar berlisu di depan dan tapered seperti carrot cut yang panas pada era tersebut. Tidak pasti sama ada ini berlaku secara tidak sengaja atau para pereka terdorong oleh persekitaran.

Sejujurnya, kala menyunting idea-idea yang di ketengahkan, jelas ia hasil kreatif yang menarik malah kita harus angkat topi pada pereka dan penggiat tegar industri atas usaha mereka cuba mengembalikan dan memartabatkan semula pentas peragaan dan merancakkan industri. 

Berikut sedikit ringkasan tentang yang apa yang telah berlaku. Yang pasti, masyarakat dan industri fesyen amat dahagakan pertunjukan fizikal dengan pentas gah, aksi magis supermodel, jurukamera dan para editor hebat dunia yang berebut-rebut untuk mendapatkan sudut ‘scoop’ masing-masing. Juga melayan mata dengan kerenah para jemputan VIP yang berpusu-pusu hadir dengan  busana anggun dan aksesori berjenama. Sebaliknya pada musim ini, ia jauh berbeza!

Walaupun timbul kekeliruan dengan campur-aduk video, lookbooks dan pengalaman pseudo-physical masing-masing, rata-rata masyarakat fesyen lega dan bersyukur, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk mereka lihat dan tonton, sesungguhnya something is better than nothing!

Tanpa jenama blockbuster seperti Ralph Lauren dan Michael Kors, (sekadar menyebut beberapa nama yang tegar dengan keputusan tidak mahu mempamerkan rekaan musim ini), minggu fesyen tetap berlangsung. Senyap namun meninggalkan impak-impak kecil apabila sesetengah pereka membuat kejutan dan keunikan dalam persembahan mereka. Seolah-olah mereka ingin melaungkan, “To the fashion world! Here we are….we stand united!

Sepanjang minggu fesyen berjalan ramai pencinta fesyen dan bintang Hollywood keluar memberi sokongan. Antaranya Sharon Stone yang mengumumkan permulaan minggu tersebut melalui perutusan video dengan mengajak masyarakat dan penggiat fesyen menangani cabaran industri sambil menyarankan industri memberi khidmat yang lebih baik dan adil. “Fashion has to be more fair, diverse and equal,” katanya.

Sebagai yang pertama mengumumkan bahawa Paris akan kembali membuat pertunjukan secara fisikal melalui  Fédération de la Haute Couture et de la Mode  pada Jun lalu mereka berjanji memastikan segala arahan SOP oleh pihak berkuasa Paris dipatuhi dengan ketat. Persoalannya bagaimana Paris menangani kekangan SOP dan cabaran yang dituntut oleh industri pada minggu fesyen Musim Bunga/Panas 2021?

Ternyata Paris berjaya mengusahakan pentas fizikal yang boleh diterima sebagai sederhana dan menyaksikan jenama tersohor seperti ChanelDior dan Louis Vuitton membuat persembahan yang spektakular. Begitu pun bagi pereka muda, mereka tidak mempunyai daya atau kurang kapasiti?

Dan dengan ketidak hadiran para pembeli antara bangsa serta wartawan tersohor kerana kekangan perjalanan merentas daerah dan negara, kota Paris yang selalunya bersesak pada musim minggu fesyen dikatakan kurang menyengat  membuat label gah seperti Saint Laurent, Hedi Slimane’s Celine dan street brand Off-White-Virgil Abloh telah tidak menyertai minggu tersebut. Malah sebelum minggu bermula secara rasminya, John Galliano melepaskan imejan koleksi Margiela. 

The Show Must Go On

“New York is dead!” “Fashion Week is over!” Dan New York juga menjadi tajuk utama sebagai negara paling tinggi dijangkiti wabak Covid-19. Begitu pun kota fesyen ini mengkhabarkan kepada dunia bahawa mereka akan terus bangkit, mungkin tidak seperti mana dahulunya.

Kesuraman ekonomi dan kesan pandemik Covid 19 tidak langsung melemahkan semangat berfesyen. Malah warga fesyen seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri dan khususnya New York, London, Milan dan Paris tegar mengatakan bahawa industri akan pulih. Dan sekali pun mungkin mengambil masa yang agak lama,  mereka tidak akan berundur mahupun membiarkan semangat berfesyen terkesan dengan masalah persekitaran.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Caption dari kiri; Michael Kors dengan gaya selesa, tenang dan bebas, Carolina Herrera dengan tali pinggang bergancu era 80-an dan Tory Burch ala back to basics.

[thb_gap height=”40″]
MINGGU FESYEN NEW YORK (MFNY): 13 to 16 September 2020

Amerika Syarikat mencatat angka tertinggi jangkitan Covid-19. Dan sekalipun kekangan SOP tidak begitu ketat, tetapi hanya beberapa pereka sahaja yang berani membuat pertunjukan fizikal di New York. Ini termasuk Jason Wu dan Christian Siriano sementara Eckhaus LattaAnna SuiCarolina Herrera dan Marchesa  akhirnya masuk semula dalam senarai walaupun format persembahan belum ditetapkan mahupun dirasmikan. 

Jenama seperti Collina Strada, Bevza dan Chocheng pula dikatakan muncul sebagai antara label yang panas dan menyerlah bagi The Big Apple. Sementara itu Gabriela Hearst pula memutuskan hanya membuat pertunjukan di Paris.

Menariknya CFDA membuat pengumuman pelancaran NYFW on line iaitu satu platform yang dipanggil Runway360. Ramai memuji usaha ini kerana ia memfokus kepada bisnes dan menyediakan tempat seperti bilik pamer maya dan bahagian e-commerce yang menyokong perniagaan bakat-bakat baru. Ini antara scoop menarik MFNY 2020.

Satu lagi yang berlaku di luar norma ialah prioriti beralih daripada ‘konsumerisme’ dan ‘materialisme’ kepada sesuatu yang lebih realistik dan relevan. Kini jenama lebih mementingkan konsep mengadaptasikan hasil rekaan kepada keperluan dan nilai yang dicari pengguna kesan daripada the new normal.

Jason Wu membuka tirai minggu fesyen dengan pertunjukan in real life (IRL) yang diadakan di Spring Studio. Ia diakhiri dengan pertunjukan digital Tom Ford yang mendapat pujian hangat. Sesuatu yang bukan di luar dugaan memandangkan Ford antara beberapa kerat pereka tersohor yang mengambil bahagian. Seperti selalu barisan jemputan VIPnya termasuklah by Jennifer Lopez, Tracee Ellis Ross, Lil Nas X, Miley Cyrus, Kylie Jenner, and Hunter Schafer.

Tanpa beberapa nama gah seperti Marc Jacobs, The Row, Prenza Schouler, Tory Burch, minggu tersebut tetap mendapat tumpuan melalui bakat baru, Kenneth Nicholson and Maisie Wilen.

Rata-rata koleksi para pereka, daripada Jason Wu hinggalah Tom Ford, tidak dapat lari daripada menyuntik ciri-ciri escapism seperti dres berinspirasikan kaftan, juga corak-corak yang bercampur-aduk dan sandal teva-esque yang seolah-olah mengajak masyarakat lari ke satu percutian indah – sesuatu yang mungkin mustahil 
dilakukan buat masa kini. 

Kejutan CFDA

Sesuatu yang menarik telah beraku pada minggu fesyen musim ini ialah tindakan CFDA memberi penghargaan kepada pereka berkulit hitam. Anugerah Fesyen CFDA pada September lalu dianggap satu kejutan namun diterima ramai sebagai simbol komitmen industri fesyen Amerika Syarikat kepada usaha ke arah perubahan. 

Kesungguhan begitu ketara apabila tiga pereka kulit hitam dianugerahkan dalam ketiga-tiga kategori yang disenaraikan; Telfar untuk Accessories Designer of the Year, Christopher John Rogers dianugerahkan Emerging Designer of the Year dan  Kerby Jean-Raymond dalam kategori Menswear Designer of the Year. Pada masa sama Gabriela Hearst yang terkenal dengan eco-mindednya dinobatkan Womenswear Designer of the Year.

Moschino Bawa Dunia Lari Ke Alam Fantasi

Antara yang menarik sepanjang minggu ialah cetusan idea Jeremy Scott yang dizahirkan pada pertunjukan Moschino yang sebenarnya mempunyai mesej yang tajam lagi mendalam. Ia membuat penonton tertanya-tanya, apakah pereka ini sedang melukis satu suasana di mana dunia sedang melalui satu zaman politik yang bergelora melalui satu metafora bonekanya – strings attached.

Seperti kata pengkritik fesyen British, Anders Christian Madsen untuk Vogue,  “Apakah ia rata-rata, ‘a question of real versus fake? Were his designs – couture –  level garments that revealed their own construction—an image of much-needed truth in the public forum?’ 

Jeremy seolah-olah mengiakannya dan berkata, “Itu adalah yang terbaik boleh dilakukannya saat stress tentang pandemik, pergolakan sosial dan pilihanraya Amerika Syarikat yang akan berlangsung tidak lama lagi.” Persembahannya yang menggunakan boneka miniature bertali mempamerkan fantasinya dianggap sebagai hadiah istimewa yang boleh membawa masyarakat lari seketika daripada  kekalutan dunia nyata. “Let us enjoy this little fashion world of ours,” kata Jeremy.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Anda boleh anggap ini satu idea inovatif, kembali ke zaman lama atau sesuatu yang mempamerkan kehidupan manusia yang begitu pathetic atau yang kini amat sengsara. Terserah!

[thb_gap height=”40″]

Diinspirasikan couture-centric nature kajiannya, beliau memilih  Théâtre de la Mode, satu koleksi miniatur yang dicipta oleh pereka fesyen Paris selepas Perang Dunia II untuk mengembali dan memulihkan perniagaan fesyen mereka daripada kejatuhan ekonomi dan pelanggan yang telah lari. Idea ini boleh dikatakan begitu sinifikan dengan usaha pereka dan orang industri dengan keadaan masa kini.

Setiap ciptaan, setiap fabrik, dan setiap motif dihasilkan mengikut skala dan proposi supaya menepati dimensi tanpa mengenepikan nilai autentik fabrik dan setiap perincian harus dihasil mengikut life-size yang diminiaturkan secara haute couture.

MINGGU FESYEN LONDON:  17 to 22 September

Seperti mana tiga kota fesyen yang lain, London juga mengambil jalan tengah dengan mengadakan persembahan maya dan fizikal yang mengikut SOP MCO yang ketat. Namun begitu semangat untuk terus menceria dan merancakkan dunia fesyen London yang suram agar terus segar dapat dirasakan dengan hasil kerja dan idea yang boleh diterima sebagai antara yang tersusun dan bijak. Misalnya bagi membantu membaik pulih ekonomi dan masa depan industri, pereka dan masyarakat fesyen berganding bahu menjayakan minggu fesyen dengan membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu ‘digital’, fizikal dan “digital & fizikal atau ada yang menyuntik terma baru; figital. 

Sederhana dengan kekangan SOP namun terdapat juga  kejutan-kejutan kecil melalui himpunan pakaian lelaki dan wanita yang diperagakan. Antara  label yang menyertai LFW kali ini termasuk Simone RochaRoksandaSharon Wauchob dan  Amanda Wakeley sementara jenama unggul BurberryErdem dan Victoria Beckham, memilih kedua-duanya ‘Digital and Physical’. 

Sedih dan membuat ramai terkilan apabila hanya sejumlah pereka legendari menyertai minggu tersebut yang memilih persembahan fizikal, antaranya Dior, Hermes, Louis Vuitton dan Chanel. Bagi masyarakat fesyen dan industri, ini satu tindakan yang tentunya menyuramkan lagi suasana yang sememangnya telah diramalkan lembap.

MINGGU FESYEN MILAN: 22 to 28 September

Milan adalah antara empat kota fesyen yang pertama mewar-warkan program penuh untuk minggu fesyennya walaupun ketika itu ia hanyalah senarai sementara. Acara merangkumi 24 pertunjukan digital dan 28 pertunjukan fizikal yang mempamerkan jenama untuk pakaian lelaki dan wanita. Jenama powerhouse seperti Fendi dan Versace, juga Prada telah bergabung dengan pereka Raf Simons yang sememangnya satu-satu percaturan idea yang ditunggu-tunggu.

Antara jenama gah yang mengambil bahagian termasuk Missoni GCDS dan Dsquared2 yang memilih pertunjukan digital. Ketiadaan jenama gah seperti Bottega VenetaGucciMoschino dan Jil Sander, tidak menghalang minggu tersebut menuntut perhatian masyarakat dunia.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Prada Musim Bunga/Panas 2021

[thb_gap height=”40″]
MINGGU FESYEN PARIS:  28 September to 6 October

Pertunjukan fesyen musim Bunga/Panas 2021 Paris juga menyaksikan para pereka memilih pentas virtual.  Tindakan ini membuat ramai masyarakat fesyen khususnya ‘fashionista’ beranggapan dunia fesyen sudah hilang ghairah dan taringnya.

Seperti mana Milan, pertunjukan di Paris adalah secara maya dengan disaksikan oleh fashionista yang begitu kecewa kerana hanya dapat menonton melalui skrin telefon bimbit dan komputer riba atas sarang TikTok, Instagram, YouTube dan website label berkenaan. 

Jika diperhatikan, rata-rata idea ciptaan banyak menterjemahkan naluri dan jiwa pereka serta masyarakat fesyen yang rasa terbeban atau dikongkong oleh keadaan ekonomi dan pandemik. Lihat saja koleksi wanita Hermès dan Balenciaga yang menggunakan jaring  sebagai inspirasi. Apakah ini satu kebetulan atau terhasil daripada minda sub-conscious yang tertekan oleh satu suasana yang sama? Itu saja yang dapat saya rumuskan. 

Menurut Pengarah Bahagian Wanita, Hermes, Nadège Vanhee-Cybulski, hasil kerjanya adalah gabungan trendy with classic yang diciptanya ringkas namun tidak mengenepikan detail dan perincian halus yang tidak merimaskan.

Sementara itu hasil kerja Demna Gvasalia untuk Balenciaga menerjemah sesuatu dalam erti cara yang amat halus. Ia seolah-olah mempamerkan ekspresi sebenar yang dikongsi masyarakat dunia. Dress labuh dengan rantai berkait tanpa lengan yang digabungkan dengan sut badan ini menarik perhatian kerana ia seolah-olah memberi konotasi sebagai pelindung kepada si pemakai. Ataukah ia intrepetasi satu jeritan naluri yang ingin bebas daripada kekangan? Well you make your point!

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Hermes dan Balenciaga

[thb_gap height=”40″]

Sepanjang minggu fesyen berjalan ramai pencinta fesyen dan bintang Hollywood keluar memberi sokongan. Antaranya Sharon Stone yang mengumumkan permulaan minggu tersebut melalui perutusan video dengan mengajak masyarakat dan penggiat fesyen menangani cabaran industri sambil menyarankan industri memberi khidmat yang lebih baik dan adil. “Fashion has to be more fair, diverse and equal,” katanya.

Sebagai yang pertama mengumumkan bahawa Paris akan kembali membuat pertunjukan secara fisikal melalui  Fédération de la Haute Couture et de la Mode  pada Jun lalu mereka berjanji memastikan segala arahan SOP oleh pihak berkuasa Paris dipatuhi dengan ketat. Persoalannya bagaimana Paris menangani kekangan SOP dan cabaran yang dituntut oleh industri pada minggu fesyen Musim Bunga/Panas 2021?

Ternyata Paris berjaya mengusahakan pentas fizikal yang boleh diterima sebagai sederhana dan menyaksikan jenama tersohor seperti ChanelDior dan Louis Vuitton membuat persembahan yang spektakular. Begitu pun bagi pereka muda, mereka tidak mempunyai daya atau kurang kapasiti?

Dan dengan ketidak hadiran para pembeli antara bangsa serta wartawan tersohor kerana kekangan perjalanan merentas daerah dan negara, kota Paris yang selalunya bersesak pada musim minggu fesyen dikatakan kurang menyengat  membuat label gah seperti Saint Laurent, Hedi Slimane’s Celine dan street brand Off-White-Virgil Abloh telah tidak menyertai minggu tersebut. Malah sebelum minggu bermula secara rasminya, John Galliano melepaskan imejan koleksi Margiela. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Seperti ramai pereka empat kota fesyen dunia, hasil kerja Tom Ford mempamerkan antara impian dan dan kenyataan – walaupun ada kesuraman warna gelap namun warna-warna terang menjerit mendominasi ilham majoriti para pereka. Termasuk Tom Ford  untuk menyuntik keceriaan yang beliau inspirasikan daripada carefree escapism

[thb_gap height=”40″]

Sementara itu Christian Siriano membuat kelainan menggunakan kolam renang kediaman mewahnya di Connecticut sebagai ruang pertunjukan. Seperti selalu, pakaiannya memang menakjubkan, cuma berlaku sedikit drama dan kekecuhan apabila Coco Rocha yang sarat mengandung masuk ke dalam kolam renang memperagakan ball gown.

Kejadian ini membuat tetamu panik kala melihat Rocha bergelut dengan ekor kain kembangnya yang basah kuyup dan berat membuat dia begitu sukar keluar dari kolam hingga dibantu oleh seorang penonton. Momen itu memang satu bahan TikTok yang menarik untuk diviralkan.

Bertopenglah, Namun Mesti Ada Gaya

Topeng muka secara rasmi menjadi satu item fesyen mahu pun aksesori harian ‘must-have’ bagi semua orang.  Jenama Christian Siriano, Alice +Olivia, Chromat, Moschino, Chanel, Prada, Louis Vuitton misalnya begitu kreatif menghasilkan fashionable face mask masing-masing.

Sedang topeng muka menjadi aksesori atau ‘aset nyawa’,  item pelindung berunsur kesihatan yang hodoh dan membosankan ini juga melalui evolusi dalam gayanya yang tersendiri. 

Direka dengan penuh seni dan mengambil kira perincian jahitan, potongan, fabrik dan corak yang dipilih oleh pereka muda ini menjadikannya satu fashion item yang bergaya. Malah dengan sentuhan pereka veteran tersohor seperti Louis Vuitton, Chanel, Dior dan Gucci, maka muncullah ‘couture mask’ yang menjadi buruan pencinta fesyen dan gaya mewah. Harga? Siapa peduli jika sekeping couture mask menjangkau ratusan atau ribuan dolar US jika ia menjamin nyawa dan hanya menggunakan bajet percutian yang berlambak?

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Burberry dan Louis Vuitton

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kerongsang Berlian Inspirasi Bunga Kemboja

admin

The Latest Levi’s Eyewear Collection

admin

Yang Menarik Dalam Dunia Fesyen Kini; Logo Kembali, Plastik Menguasai…

admin

Leave a Comment