FESYEN

Yang Menarik Dalam Dunia Fesyen Kini; Logo Kembali, Plastik Menguasai…

Apa yang ‘cool’ ladies pakai, dan hangat diperkatakan sekarang? Apa yang pereka telah abadikan pada rekaan mereka demi merancakkan kehadiran musim yang paling dinantikan di mana-mana. Kerana seksi, selesa, bersahaja adalah kata gaya ketika ini. Mari kita lihat apa yang dibentangkan di pentas peragaan lewat musim bunga panas 2018

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5311″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Labuci

Pereka terkenal dunia masih belum puas menghidupkan labuci (sequins) dalam ciptaan mereka. Sana sini terpancar cahaya labuci dan pentas peragaan baik di Paris mahupun di Milan.  Sementara New York terusan menyemarakkan rekaan dengan sentuhan gemerlapan sequins. Bermula Tom Ford diikuti Marc Jacob kemudian Gucci.. yang membuat fashionista tidak sabar memiliki.  Di Paris, Dior dan Chanel seiringan menyemarakkan penggunaan sequins di pentas peragaan himpunan mereka.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5312″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Bold Colour

Pentas New York ‘vibrant’; merah menyala, biru menggoda, kuning dan jingga memutahkan cahaya. Christopher Kane dan Roksanda ilincic mencuri perhatian. Sementara di Paris dan London juga warna garang menguasai pentas, sebagai tanda keberanian pereka menghadapi kelembapan ekonomi global tidak lama lagi.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5313″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Sheer

Yang nipis lagi jarang, ia menggoda. Jika sebelum ini sheer dianggap berlebihan dan tidak seksi kerana mendedahkan sebahagian besar bentuk badan, namun musim bunga panas 2018 menggembalikan sheer untuk tontonan. Dior antaranya yang mendapat perhatian para peminat fesyen dunia.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5314″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Ruffles

Semestinya suntikan ruffles pada pakaian gadis, terutama yang tinggi lampai menarik perhatian ramai. Ia menambah rasa kewanitaan waktu sama memberikan makna ‘in a happy mood’. Antara yang menjadi fokus dunia termasuk Valentino, Alexander Mc Queen dan Givenchy.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5315″ img_size=”large”]

(L-R) NIna Ricci, Sachin + Babi, Salvatore Ferragamo, John Paul Ataker and Calvin Klein. Photos- Imaxtree

[thb_gap height=”20″]

Rumbai rumbai

Yang berumbai rumbai dan berambu ramba, itulah pilihan  pentas fesyen Botega Veneta dan Loewe, disertai pula Saint Laurent . Mereka tahu apa yang wanita mahukan kala memilih pakaian terutama untuk hadir di pentas. Rihana misalnya ‘mengidola’ rambu ramba, membolehkan dia terus dijadikan ikon fesyen dunia. Tahun ini seperti dipercayai ia cepat merebak, dan tidak mustahil dari pagi hingga ke malam fringing terus mendapat sambutan.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5316″ img_size=”large”]

(L-R) Balenciaga, Loewe, Versace, Balmain and Moschino. Photos- Imaxtree

[thb_gap height=”20″]

Logo

Sudah lama logo-logo besar tenggelam dek laungan sang pereka yang mencanangkan less is more. Tidak perlu ‘menjerit’ bagi mendapatkan perhatian tetapi pereka daripada jenama terkenal percaya fashionista zaman siber mahu menonjolkan apa yang mereka ada. Its time for them to flaunt their brand… Gucci, Fendi antara yang menyambut kedatangan logo dengan bangganya.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5317″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Oversized Jacket

Mungkin tidak semua menggemari jaket besar  untuk gaya harian mahupun ke majlis keraian. Begitupun seseorang boleh nampak unik lagi bersahaja lebih-lebih lagi yang badan persis peragawati. Kendall Jenner memilih untuk hadir pada parti ‘baby shower’ kakaknya Khloe Kardashian yang bakal menyambut kelahiran anak pertamanya sikit masa lagi. Gaya Kendall mendapat liputan editor fesyen seluruh dunia…

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5318″ img_size=”large”]

(L-R) Jasper Conran, Chloe, Acne Studios, Blumarine and Roberto Cavalli. Photos- Imaxtree

[thb_gap height=”20″]

Pastel

Kalau warna garang terang benderang diraikan musim ini, tiada sebab warna-warna lembut yang sentiasa menjadi pilihan gadis di setiap pelosok dunia diketepikan. Celine terutamanya, ‘hidangan’ mereka yang lembut dan ayu pasti menangkap perhatian dalam kelasnya yang tersendiri.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5319″ img_size=”large”]

(L-R) Marni, Balenciaga and Gucci

[thb_gap height=”20″]

Checks

Ia nampak klasik tetapi menonjol. Ia untuk mereka yang senang dengan gaya ‘something old something new, something borrowed’. Nampak klasik namun bila bijak memilih padanan terserlah kemewahannya. Burberry pastinya mahu memberikan tamparan hebat kepada para fashionista, sementara Victoria Beckham misalnya tahu bagaimana mencuri perhatian dengan pentas yang mahu mengingatkan akan tradisi dan artistik pereka.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5253″ img_size=”large”]

plastic (+ sequined) Valentino

[thb_gap height=”20″]

Plastik

Ingatkan himpunan plastik tidak lagi ditayangkan musim bunga/panas 2018.  Namun pereka mengulangi kehendak fashionista. Di New York, dua tahun lalu gaya plastik panas di pentas dan tahun ini himpunan plastik terus disambut hangat. Perfect for summer, waterproof plastik amat menonjol di pentas Isabel, Marant, Calvin Klein. Burberry, Calvin Klein  dan Topshop juga menjadi perhatian dunia.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5320″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

Multiple Bags

Satu tas sudah tidak cukup lagi untuk mengisi segala keperluan. Maka itu yang kecil perlu yang besar untuk bersandar. Lantaran mereka ditemukan di satu pentas… nampak lebih ranggi dan happening. Gucci dan Dolce Gabbana tidak ketinggalan menerapkan gaya Multiple Bags untuk ‘memanaskan’ lagi pentas mereka.  

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kenali Grimoldi Milano, Jenama Barang Kemas Haute Couture Dari Itali

admin

Mulberry x Alexa Chung

admin

Berkaca Mata Hitam

admin

Leave a Comment