Anugerah Muzik Video MTV 2021

Anugerah Muzik Video MTV 2021 diadakan pada 12 September 2021, di Pusat Barclays di Brooklyn, New York City. Ini menandakan kali pertama sejak upacara 2013 di mana tempat itu menjadi tuan rumah pertunjukan. 

Acara dihoskan oleh rapper dan penyanyi Amerika Doja Cat. Terdapat ramai artis-artis  menghadiri malam anugerah antaranya Justin Bieber, Alicia Keys, Lil Nas, Camila Cabello, Shawn Mendes, Pink, BTS dan Olivia Rodrigo. 

Bagi pembukaan malam anugerah ini ialah none other than the Queen of Pop iaitu the legendary Madonna. Terdapat pelbagai genre muzik untuk anugerah ini iaitu pop, hip-hop, rock, R&B, Latin & sebagainya. Anugerah utama Video of the Year yang dimenangi oleh Lil Nas dengan lagu nya yang bertajuk Montero (Call Me by Your Name). Pemenang yang paling banyak memenangi anugerah malam itu ialah Lil Nas, Olivia Rodrigo dan juga kumpulan KPop yang famous iaitu BTS. 

Terdapat banyak persembahan yang penuh tenaga, hebat dan menarik di VMAs. Justin Bieber membuka tirai dan menyanyikan lagu yang bertajuk Ghost. Twenty One Pilots pula menyanyikan lagu yang bertajuk Saturday. Camila Camila Cabello menyanyikan lagu yang bertajuk Don’t Go Yet dan my favourite performance for that night ialah Alicia Keys dengan vokal yang mantap menyanyikan lagu Empire State of Mind. VMAs berlangsung selama dua jam dan disiarkan di MTV , The CW & VH1.

Apa yang paling menarik pada majlis sebegini sudah tentu gaya tetamu pada malam itu, namun seperti selalu kebanyakannya hadir separuh bogel. Saya sendiri sebagai pereka fesyen tidak nampak di mana menariknya evening dress yang digaya itu yang lebih ketara di mata ialah g-string dan buah dada, sungguh sesetengah nampak jelek. Untuk mencari yang berpakaian sopan sukar sekali, adalah beberapa selebriti yang menarik perhatian saya. Di mata saya mereka inilah yang paling bergaya.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON