CANTIK

Bangun Dan Bersoleklah

“I believe all women are pretty without makeup – but with the right makeup can be pretty powerful,” Bobbi Brown

Bagaimana saya boleh nampak cantik dan menarik?

Bagaimana saya boleh nampak cantik (dan menambah) macam Fazura, macam Neelofa, macam Che Ta, macam Amyra Rosli?

Bagaimana saya pastikan wajah saya segar sepanjang hari?

Ini antara banyak soalan-soalan yang saya terima saban hari, saban minggu? (hem walaupun saya bukan pakar kecantikan) tetapi saya buat majalah dan soalan begini sentiasa diajukan kepada saya.

Cantikah Fazura, Neelofa, Amyra? Saya bertanya dan saya pula menjawabnya. Ya mereka memang cantik tetapi menjadi lebih lagi cantik apabila bermekap, mereka jadi lebih berseri-seri setelah bersolek. Inilah kuasa mekap. Ia boleh mencantikkan sesiapa sahaja bila betul cara menggunakannya dan bijak mengadunkan warnanya. Dan yang lebih penting apabila solekan itu dipakaikan kepada kulit yang bersih, licin, warna serata dan tidak mengerutu, malah kulit yang tidak berkereput.

Masa berlalu dan kita semakin berumur, bermakna kulit juga kian hilang keanjalannya, kulit kehilangan serinya malah texturnya tidak lagi licin dan gebu. Ini terjadi disebabkan aktiviti kita seperti banyak berjalan atau melancong ke sana sini, berpanas, duduk di bilik berhawa dingin, kurang tidur, lebih berparti dan sebagainya. Semua ini menambah kepada ‘dullness’ dan dihidrasi.

Lalu apa?

Beautiful skin starts with a clean surface. Maka itu amatlah penting wajah itu dibersihkan, yakni dibuang solekan atau sekalipun anda kata anda tidak bersolek, tetapi debu-debu yang melekat, kulit yang berminyak dan yang kering, harus dicuci bersih. Dan gunakan produk yang (lembut) ‘gentle’ maknanya yang ada sifat membaiki keadaan kulit itu sewaktu dicuci. Kalau ditanya saya, saya suka SK2 Facial Treatment atau Shu uemura tetapi banyak lagi bahan pencuci yang bagus di kaunter kecantikan dan di farmasi.

Mencuci dengan krim pencuci tanpa kemudian menggunakan produk (contoh, facial treatment essence) yakni alat penyegar,  kurang memberikan kesan penyegaran optimun kepada kulit. Penting sekali jangan diabaikan penggunaannya. Kemudian ia diikuti dengan serum serta pelembab atau disebut moisturiser. Inilah antara ritual harian waktu siang dan malam.

Kulit juga perlu di’exfoliate’ dan dipakaikan mask setiap minggu atau paling kurang dua minggu sekali, dan paling lama pun sebulan sekali. Selain daripada itu kulit juga perlukan krim anti penuaan, (tengok rutin dan cara memakainya).

Menjaga kulit pagi, petang, rawatan mingguan dan bulanan juga masih belum cukup sebenarnya. Untuk mendapat hasil yang diimpikan, yakni segar, gebu, licin dan sebagainya, anda perlu rajin ke salon kerana pakar kecantikan lebih arif dengan ilmu perawatan dan penemuan teknik serta produk terkini. Sesetengah seperti produk (penemuan terbaru dalam ramuan-ramuannya khas)  hanya ada cuma di salon-salon, usahalah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada mereka untuk hasil yang lebih memuaskan.

Tips-tips lain untuk menjaga kulit juga harus diamalkan. Adakah anda tidur secukupnya? Lapan jam tidur setiap hari adalah satu amalan yang terbaik, kerana kalau tidak cukup tidur kulit menjadi letih,’ it sags and you get bags. So don’t risk’.

Anda bersenam? Berlari, jogging dan yoga misalnya bagi melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh dan juga menyalurkan produk-produk kecantikan yang digunakan tadi ke bahagian tertentu dalam tubuh. Anda pasti perasan sebaik selepas bersenam wajah lebih bercahaya.

Ya, kata perpatah Inggeris, you are what you eat. Pastikan apa yang masuk ke dalam tubuh anda. Adakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet seharian. Cukupkah protein dan vitamin dalam pemakanan anda?  Diet yang kaya vitamin C dan rendah lemak dan gula merangsang kulit menjadi lebih seri.

Dan apabila keluar rumah, adakah anda menyapu krim penghalang UVA dan UVB dengan SPF 15 paling kurang? Kerana kulit yang terdedah pada matahari boleh menpecepatkan kedutan, age spot dan masalah kulit yang lain. Anda wajib mengawal kulit daripada matahari. Pastikan pada produk tertulis, ‘noncomedogenic’ atau nonacnegenic’ supaya produk digunakan tidak cuba menghadang pori-pori tertutup.

Adakan masa untuk diri sendiri dan cuba elakkan daripada stres yang berlebihan. Perasan tidak, kalau anda stres, jerawat naik dan masalah lain juga timbul. Kerana bila stres ia menggalakkan tubuh mengeluarkan cortisol dan hormon lain, membuatkan kulit tambah berminyak. Caranya amalkan teknik pengurusan stres (stress managament techniques) seperti bernafas (breathing), yoga atau meditasi. The more you meditate, the more you radiate.

Di sini digalakkan anda bersenam muka,‘ facial exercise. Rozita Che Wan tidak akan nampak seseksi dan lampai, slim seandainya dia tidak rajin bersenam dan melakukan regim kecantikan yang lain. Percayalah kalau dia tidak berusaha mencari jalan untuk mengamalkan petua-petua kecantikan yang ada, anda tidak akan melihat Che Ta hari ini, pada usia 40-an nya ini, saya nasihatkan anda yang jauh lebih muda daripadanya, jangan berani hendak bergambar dengannya, buat diri sedih, dan malu.

Waktu untuk bersolek

Kefahaman ramai bersolek adalah apabila menyapukan alat solek itu ke wajah, berbedak, beralis, bercelak, menggunakan warna-warna di mata,  maskara, pipi merah dan lipstik. Ya… kesemua ini penting dalam usaha untuk menambahkan kekurangan pada wajah. Mata yang sudah luyu, dengan celak dan warna akan mengembalikan keindahan padanya, mata yang sepet dibuat lebih besar, bulu mata nipis ditambahkan ketebalannya dan begitu untuk semua ini anda memerlukan set lengkap untuk bersolek.

Ya, tiada salah setiap wanita mengambil kursus solekan. Anda kata senang aje, ada produk boleh buat apa sahaja. No no no.. kadang-kadang dengan segala produk itu, dan ilmu menyolek tiada, adoi, kamu telah ‘merosakkan’ kecantikan asli kamu itu. Ada teknik untuk memakai warna pada mata misalnya. Ada warna yang menonjolkan lagi kecantikan anda, membuat mata lebih galak dan sebagainya, hidung mancung dan pipi lonjong misalnya. Neelofa tidak akan secantik dia sekarang kalau si jurusolek salah menyolek wajahnya, ia mengenai bagaimana kamu menyoleknya.

Jadi jangan kedekut mendapatkan ilmu itu, dan lagi ambil masa untuk bersolek. Kamu mengharapkan kamu boleh lawa dengan bersolek tiga atau lima minit. Kalau perlu keluar dari rumah jam 8 (lapan) dan jam tujuh tiga puluh (7.30) pagi baru hendak mandi dan mencari pakaian dan mencari tudung misalnya, dan waktu itu kamu baru hendak bermekap… jawapannya tiada pada saya. Kamu mesti luangkan sedikit masa untuk bersolek, lagipun muka perlu dirawat terlebih dahulu kemudian baru disapukan warna ke atasnya. Dan kalau ada masa seminit dua, apa yang sempat dilakukan?

Ingat memakai gincu itu mudah? Sebenarnya tidak, kalau anda melihat cara jurusolek memakaikan gincu sahaja anda tahu sekalipun hanya hendak pakaikan ke bibir memerlukan cara yang betul. Jangan cakaplah untuk mewarna mata, bermaskara dan sebagai, anda perlu ada ilmu.

Dapatkan ilmu itu daripada yang betul-betul pakar. Entah, kebelakangan ini ramai sekali juru-jurusolek muncul di skrin telefon, laptop dan u tube dan sebagainya. Kadang-kadang saya tergelak sendirian, dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian; telor Kedah, cakap Kelete, Perok pekat… dan lebih tergelak  bilamana mereka menyapukan bedak asas dan membentuk kening. Maaf cakap, siapa yang mengajar mereka ya? Setebal-tebalnya bedak, seputih-putih kulit yang hitam. Helo, guru mana yang mengajar kamu ya? ‘Please do not let anyone with bad eyebrows tell you anything about life.’

Dan ya…be more natural dan itulah yang secantiknya. Malah pada hari persandingan pun elak daripada berbedak dua inci, dan bulu mata palsu seinci panjang… kamu bukan patung, you’re human!

Akhir sekali janganlah kedekut kalau hendak cantik. Ada orang hanya miliki satu bedak padat, satu lipstik, satu gincu, dua atau tiga mahupun empat sahaja warna dalam satu palet pewarna mata, satu pensel dan satu maskara, kadang-kadang maskara pun tiada, dan kemudian hendak cantik macam selebriti!  Gosh, lupakan… untuk kegunaan sendiri saya tidaklah suruh anda beli alat solek se beg besar macam makep artis, tetapi fikir sahajalah, kalau setakat satu lipstik cam mana nak cantik? Jika hanya ada bedak padat, tiada bedak asas, concealer, bronser (dan beberapa produk lain yang diperlukan) kamu tidak akan dapat result yang baik.

Kalau saya kaya, saya isteri vvip.. Dan ada duit berjuta di bank, tahu apa yang saya hendak? Saya akan adakan makep artis khas untuk saya, dan dia mengikut saya ke mana pergi, (pastinya untuk menyolek saya untuk acara-acara penting) dan ada penata gaya saya sendiri… dia yang akan memilihkan dan menyesuaikan pakaian saya dan akan memastikan solekan yang macam mana sesuai untuk baju, tudung, kasut dan tas tangan. Tidaklah solekan saya macam hendak ke malam festival filem walhal sebenarnya hanya hendak menonton wayang di pawagam di Midvalley. Yang baju meleret menyapu lantai itu kenapa, kalau kamu selebriti sekali pun kamu bukan hendak ambil award di pentas tapi hendak tonton wayang aje.

Kata Coco Chanel, ‘if you are sad, add more lipstick and attack.” Dan saya suka quotes ini, ‘Losing you hurt but losing my makeup bag would be a tragedy.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Sunscreen Worthy Of Your Skin: Sol de Janeiro

adminwm

Rutin Penjagaan Kulit Di Dalam Kapal Terbang

admin

Wajah ‘Slim’ Cantik dengan V Shaping Facial lift Serum Clarins

admin

Leave a Comment