AGAMA

Ibu Ciptaan Terindah

Wanita – dialah ibu, isteri, kakak, adik perempuan. Dalam islam, Allah mengangkat status wanita ke satu tahap yang amat tinggi. Sewaktu zaman jahiliyah sebelum kedatangan sinar Islam, anak perempuan ditanam hidup-hidup dan wanita dijadikan objek pemuas nafsu serakah lelaki semata. Duhai wanita, bersyukurlah kerana Allah benar-benar menyayangi kalian, dengan cara menjadi sebenar-benarnya wanita solehah perhiasan dunia.

Seorang sahabat pernah datang kepada Rasulullah SAW menanyakan tentang siapa yang paling berhak mendapatkan baktinya. Rasulullah pun menjawab dengan menyebut ‘ibu’ sehingga tiga kali, baru kemudian ‘ayah. Ini menunjukkan betapa Islam memuliakan seorang ibu.

Para sahabat Rasulullah SAW disebut sangat memuliakan ibu mereka. Sebut sahaja Abu Hurairah, yang setiap kali hendak keluar rumah selalu meminta izin kepada ibu dan mendoakannya. Sahabat yang lain Ibnu Mas’ud seringkali diminta sang ibu untuk mengambilkan air minum dan beliau melaksanakan. Pernah satu ketika dia membawa air minum yang diminta dan mendapatinya ibunya tertidur. Ibnu Mas’ud pun tidak berani membangunkannya kerana memuliakannya sang ibu.

Kisah lain sahabat bernama Usama bin Zaid. Beliau pernah membeli sebuah pohon kurma yang saat itu harganya mencapai seribu dirham. Kemudian sebatang pohon kurma itu ia potong dan diambil jamarnya (bahagian berwarna putih yang berada di jantung pohon kurma). Hal itu dilakukan semata-kata untuk membahagiakan sang ibu yang sangat menginginkan jamar kurma.

Ibu insan yang wajib dihormati dan dimuliakan. Berkat ibu, kita lahir di dunia. Manusia sehebat dan sepandai manapun, pasti dilahirkan melalui rahim ibu. Waktu mengandung selama sembilan bulan 10 hari bukan waktu yang singkat, belum lagi rasa sakit yang tidak terkira yang harus dilalui oleh seorang ibu saat melahirkan. Ya berat pada perutnya terkadang tidak bisa untuk tidur. Kemudian melahirkan dengan penuh kesakitan, setelah itu menyusukan pula selama dua tahun.

Tanya ibu kamu, bisakah dia tidur nyenyak kerana tangisan kamu? Tanya ibumu lagi bisakah dia tidur jika kamu menangis kerana lapar dan dahaga? Dan tanya dia, bolehkah dia bersuka-sukaan sedang kamu sakit dan memerlukan perhatian setiap ketika.

Membesarkan kamu, dan mengajar kamu mengenal dunia, melatih kamu berjalan dan sebagainya. Tidak akan habis cerita pengorbanannya. Maka mulai saat ini lakukanlah yang terbaik untuk ibu sebelum semuanya terlambat. Ingat, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan jangan sesekali menyakiti hati orang tuamu, kerana itu adalah hal yang paling diinginkan oleh seorang yang bernama ibu.

“Ibu adalah ciptaan terindah,
Kerana di dunia yang egois ini,
Dia adalah satu-satunya yang selalu ingin melihatmu bahagia.”
“Cinta ibu adalah kedamaian.
Kita tidak perlu berjuang untuk mendapatkannya,
Kita juga tidak perlu melayakkan diri untuk memperolehinya.”
“Saat kamu melihat ibumu
Kamu sedang melihat cinta paling murni yang pernah kamu tahu.”
“Ya Allah berikan syurgaMu untuknya
Kerana dia adalah syurga dalam hidupku.”

“Hormatilah wanita,
Kerana mereka adalah ibunya umat manusia”
– Ali bin Abi Thalib.

 

“Tidak ada yang bisa menandingi
Dahsyatnya doa seorang ibu.”

    

“Mother was your door to this Dunya.
Mother will be your door to Jannah.
Take care of this door.”

 

“Ciuman seorang ibu dapat mengugurkan dosa kita
Hargainya ibu kita selagi dia masih bernyawa.”

Biarkan solatmu beribu-ribu rakaat,
sedekahmu berjuta-juta ringgit,
hajimu berkali-kali
tapi saat kau gores hati ibumu,
syurga bukan milikmu

Related posts

AKIBAT SOLAT DHUHA

adminwm

HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BANJIR

admin

Adakah Keberkatan Air Zamzam Terikat Hanya di Tanah Haram, Serta Apakah Hukum Membawanya Keluar?

admin

Leave a Comment