GAYA HIDUP

Sayur Pengubat Kanser

Hidangan makan tengahari dan makan malam kami sekeluarga bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak disertakan dengan sayur sayuran. Dan kami boleh makan nasi tanpa lauk pauk tetapi tidak berselera sesama sekali andai hidangan tiada sayuran. Paling tidak timun, dan biasa kalau makan di rumah kami mempunyai lebih daripada satu hidangan  sayur. Lobak, ayam, kangkong, terung, kailan dan buncis antara kegemaran.

Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, tetapi bukan pencuci mulut dan bukan makan ruji atau snek. Menurut Wikipedia.org sayur dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih 50 jenis sayur di tanam di Semenanjong Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Dan lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam kerana nilai komersial.

Sayur daun terdiri antaranya, asparagus, bayam, cukur manis, kangkung, kalian, kobis, Dan sayur buah pula terdiri daripada bendi, cili, kacang botol, buncis antaranya.


Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan  buah.

Mengatasi kanser: GBOMS: Tips daripada Prof Dr. Muhaya

  1. Banyakkan …
    G – Greens,
    B – Berries,
    O – Onion,
    M – Mushroom,
    S – Seeds.
  2. Kurangkan protein dalam hidangan.
  3. Banyakkan air putih
  4. Elakkan protein, gula adalah baja untuk kanser.

 

Testimonial

Tetamu yang dipanggil ke studio pesakit kanser tahap empat (4).  Semasa diagnos koma tiga hari. Kembali sihat setelah mengamalkan memakan habbatus sauda, air zam-zam, minum air lemon, berries ( anggur, kurma ). Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural.

Tidak mengambil perubatan seperti kimo. Dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yang sihat, natural … kansernya tidak berkembang.

Dia yakin dengan cara natural beliau bertambah sihat.

Pemakanan sebelum kena kanser…fast food, McD, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang makan buah dan sayur.

Banyakkan sayur hijau, jus buah dan buah-buahan.

Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser:

01: 98.7% – ubi keledek kukus
02: 94.4% – ubi keledek mentah
03: 93.9% – asparagus
04: 82.8% – kubis bunga
05: 91.4% – kubis
06: 90.8% – brokoli
07: 83.7% – daun saderi
08: 74.0% – kulit terung
09: 55.5% – lada benggala
10: 46.5% – lobak merah
11: 37.6% – bunga lily kering
12: 35.4% – kubis cina
13: 34.7% – kailan
14: 32.9% – sawi
15: 29.8% – mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% – tomato

Minum air lemon panas juga boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makanan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada empat biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan tiga jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada dua cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa lima hingga tujuh (5 – 7) jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas lima petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang membuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada lapan jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

20. Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

  • Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.
  • Tambahkan air panas dengan dua hingga tiga hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.
  • Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. 
  • Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
  • Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas boleh mencegah darah beku.





Related posts

Labu Kuning Kaya Khasiat. Digalakkan Sejak Zaman Rasulullah

admin

Hologic Sokong Pengesanan Awal Kanser Payudara Menerusi Pemeriksaan Proaktif

admin

CARTIER  MALAYSIAN FLAGSHIP BOUTIQUE PERFECTLY SHOWCASES THE GENEROUS SPIRIT OF THE MAISON.

adminwm

Leave a Comment