GAYA HIDUPkesihatan

Manggis – Lemak Manis

Terlalu Banyak Khasiat dan Kegunaan

Manggis (Jawi: ‏مڠݢيس‎‎; nama saintifik: Garcinia mangostana) ialah tumbuhan malar hijau yang bertaburan asal di kawasan tropika sekeliling Lautan Hindi, ia ditanam sejak zaman prasejarah lagi.

Buah manggis sering digandingkan dengan buah durian sebagai ‘ratu’ pasangan kepada durian yang ‘raja segala buah’.  Walau bagaimanapun, buah-buah mudah cepat rosak serta membesar pada kadar relatif perlahan sehinggakan ia hanya dapat dipasarkan dalam tempoh singkat antara enam hingga sepuluh minggu.

Terdapat juga spesies/subspesies lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pembuahan pokok berlaku sewaktu usia antara 6-12 tahun  selepas tempoh hujan lebat. Keadaan berbuah ini memerlukan pengawalan suhu dan kelembaban ladang ketat di mana perubahan boleh menjejaskan rupa dan rasa buah semasa tempoh pematangan.  Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.

Buah manggis mempunyai kulit agak keras dan tebal dengan garis pusat 4-6 cm; ia mampu meninggalkan kesan yang sukar hilang sekiranya terkena baju.[ Isi buahnya warna putih yang berukuran garis pusat 3-5 cm; ia mungkin berbiji atau tidak bergantung kepada saiz dan keranumannya. Buah ini dibuka dengan mengopek secara dipegang dengan kedua-dua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah dapat dikopek.] Orang Barat yang merasai buah ini sering membandingkan buah ini dengan rasa strawberi putik bercampur rasa-rasa manis limau.

Habitat

Manggis ditanam di Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitar Asia Tenggara. Ia ditanam secara perdagangan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kini ia juga ditanam di Hawaii dan Amerika Syarikat. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 180-250 cm setahun, pokoknya boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun. Pokok manggis juga amat sensitif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir.

Penanaman.

Biji benih manggis mempunyai tempoh hayat yang pendek dan perlu ditanam dengan segera. Ia hanya tahan antara 1-5 hari dan perlu ditanam serta merta selepas dikeluarkan daripada buahnya. Percambahan memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akat tunjang yang panjang yang penting bagi daya hidup pokok, oleh itu pemindahan anak pokok perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan akar tunjang muda tersebut. Bentuk pembiakan lain sukar hidup.

Pokok manggis boleh hidup subur sekiranya sistem pengairan dan pengaliran air adalah baik serta kandungan bahan organik dalam tanah yang seimbang dan tinggi.]

Kegunaan

Serbuk kulit manggis kering diambil untuk merawat cirit darah; malah air seduhan kulit buah segar ini dapat diminum untuk tujuan sama serta merawat cirit-birit berat.

Air seduhan daun pokoknya diminum masyarakat di Filipina untuk melegakan masalah buang air kecil dan menyejukkan badan yang demam. Masyarakat Melayu mencampurkan air ini dengan lumatan pisang mentah dan sedikit benzoin untuk merawat luka khatan.

Dalam penghasilan fabrik

Kulit manggis dijadikan bahan pewarna utama dalam pembuatan kain batik mengeluarkan warna-warna ungu, merah atau keperangan.

Sifat kimia

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau eter/ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan daripada larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil daripada pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau eter. Penggunaan ammonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut.

Bagi spesies garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri daripada Tristearin dan oleic glycerides dan asid miristik (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Khasiat dan Kegunaan

Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones  yang merupakan sejenis super-antioksidan. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar sesuku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang

mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Orang-orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga menggunakannya bagi mengubat cirit-birit.

Selain itu, manggis juga mempunyai catechins, polyphenols dan polisakarida yang berkesan untuk menjadi agen-antioksida semulajadi dan juga bahan antibakteri dan anti-kulat.

Vitamin C, zat besi, niacin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperoleh secara semulajadi daripada pemakanan manggis.

1. Bernutrisi Tinggi

Buah manggis walau rendah kalori tapi memiliki kandungan nutrisi yang tinggi dan beragam. Dalam satu cangkir atau 196 gram buah manggis mengandung 35 gram karbohidrat, 3,5 gram serat dan vitamin C yang mencukupi 9% dari kebutuhan harian.

2. Mengurangi Pertumbuhan Kanker

Buah manggis mengandung senyawa anti kanker yang disebut xanthone. Beberapa uji coba laboratorium menemukan bahwa xanthone bisa menghambat pertumbuhan sel kanker, termasuk di payudara, perut dan jaringan paru-paru.

Selain itu, ekstrak kulit manggis juga bersifat apoptosis atau bisa menghancurkan sel kanker. Jadi, setelah makan buah manggis jangan langsung dibuang kulitnya.

3. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

Buah manggis kaya akan kandungan serat, vitamin C, mineral dan xanthone yang bisa meningkatkan kekebalan dan daya tahan tubuh. Selain itu kandungan senyawa dalam buah manggis juga dapat menangkis bakteri jahat dan mendorong daya tahan tubuh. Manggis juga sangat baik dikonsumsi bumil (ibu hamil) agar tak mudah sakit.

4. Mempercepat Penyembuhan Luka

Buah berwarna ungu ini memiliki sifat anti bakteri dan anti radang yang sangat bermanfaat untuk mempercepat penyembuhan luka. Caranya dengan mencampur daun dan kulit buah manggis dengan ramuan obat lain, kemudian dioleskan pada luka.

5. Mengobati Diare

Kulit dan daging buah manggis dapat menyelesaikan gangguan pencernaan seperti diare dan disentri dengan efektif.

6. Mengontrol Gula Darah

Studi menunjukkan bahwa kandungan xanthone dalam buah manggis dapat membantu mengontrol gula darah. Hal ini menjadikan buah manggis sebagai salah satu obat alami untuk penyakit diabetes.

7. Memiliki Sifat Antioksidan

Kandungan senyawa xanthone yang ada di buah manggis juga memiliki sifat antioksidan. Antioksidan sendiri penting untuk menangkal radikal bebas yang terkait dengan beberapa penyakit kronis.

8. Membuat Wajah Awet Muda

Antioksidan dalam buah manggis tidak hanya baik untuk kesehatan tapi juga kecantikan. Karena zat ini bisa dengan cepat memperbaiki sel-sel tubuh yang rusak dan menggantinya dengan yang baru, sehingga kalian bisa terus terlihat awet muda.

9. Merawat Kulit

Xanthone yang ada dalam buah manggis sudah diketahui memiliki sifat anti kanker, termasuk kanker kulit. Selain itu, buah manggis juga memiliki sifat anti inflamasi, anti bakteri, anti jamur dan anti alergi yang berguna untuk mengurangi risiko peradangan kulit, penuaan kulit, eksim, alergi dan infeksi bakteri.

10. Menurunkan Berat Badan

Buah manggis merupakan buah yang baik dikonsumsi jika kalian sedang dalam program diet. Sebuah studi menunjukkan bahwa sekelompok orang yang meminum jus manggis sebagai suplemen memiliki indeks massa tubuh yang lebih rendah.

11. Menjaga Kesehatan Pencernaan Buah manggis mengandung 3,5 gram serat atau setara dengan 14% dari kebutuhan harian yang disarankan. Kandungan serat yang tinggi dalam buah manggis tentunya bermanfaat untuk menjaga kesehatan pencernaan dan mendorong buang air besar yang reguler pada bumil (ibu hamil) atau pun orang dewasa.

Related posts

COWAY NEO PLUS WATER PURIFIER EARNS NSF CERTIFICATION

admin

Pelan Ansuran Tanpa Feadah Terpanjang Di Malaysia

admin

KUIH LOMPANG PANDAN

adminwm

Leave a Comment