GAYA HIDUPKisah Artist

Jit Murad Meninggal Dunia

Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad, 62, ditemui tidak bernyawa oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara, jam 2.15 petang, hari ini.

Berita pemergian Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan disahkan oleh teman baiknya, Fizar Harun kepada BH Online.

Fizar berkata, dia dan beberapa teman cuba menghubungi arwah, namun tidak berjawab. “Jadi, saya dan beberapa teman bergegas ke kondominiumnya untuk memeriksa. Namun, kami menemui arwah sudah tidak bernyawa,” kata Fizar.

Fizar berkata, dia berkawan rapat dengan arwah, namun, sudah beberapa tahun tidak bertemu.

“Sehingga kini, punca kematian belum dikenal pasti. Saya dan teman-teman masih menunggu keputusan bedah siasat pihak hospital untuk mengetahuinya. Mengenai lokasi jenazah dikebumikan, ia terserah kepada keluarga arwah. Ia mungkin akan dimaklumkan esok,” katanya.

Berita pemergian arwah dikongsi beberapa teman artis termasuk Sharifah Amani, Que Haidar dan Puan Sri Seri Tiara Jacquelina dalam laman sosial.

Difahamkan jenazah Allahyarham kini berada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan akan dikebumikan esok (Ahad).

Sedikit tentang latar belakang Jit Murad, Allahyarham adalah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor. Dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang sosiologi, pengajian bandar dan sejarah seni. Jit aktif dalam dunia perfileman, televisyen dan pentas teater pada 1987. Antara teater popular yang ditulis dan dibintangi termasuklah Spilt Gravy On Rice pada 1995, The Storyteller (1996) dan Gold Rain and Hailstones (2002.) Untuk drama televisyen, arwah pernah memainkan watak kecil dalam drama bersiri Gol and Gincu siri kedua bersama Fazura, juga membintangi filem Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Selain berlakon, Jit turut bergelar penulis dan dianggap prolifik di rantau Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan naskah kontemporari dan meraih beberapa anugerah termasuk Anugerah Boh Cameronian.

Related posts

Edisi BMW 3 Series Terbaharu.

admin

GT 10 PRO CHAMPIONSHIP

adminwm

Pulanglah Zal…

admin

Leave a Comment