AGAMA

Cinta yang Diajar Rasulullah SAW

Rasulullah SAW adalah teladan yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak ada manusia yang demikian sempurna dapat diteladani kerana dirinya terdapat pelbagai sifat mulia. Di samping itu Rasulullah juga pernah mengalami berbagai-bagai keadaan dalam hidupnya. Baginda pernah merasakan hidup sebagai orang susah, dan ini sebagai contoh kepada manusia menghadapi masa kesulitan. Juga menjadi orang kaya sebagai teladan bagi mereka menggunakan kekayaan. Baginda menjadi pemimpin pelbagai bidang sehingga kita dapat menteladani kepimpinannya.

Rasulullah SAW Mengajar Kita Bagaimana Untuk Bercinta

Cinta harus diungkapi dengan baik. Aturan cinta dan kasih sayang perlu dipelihara, supaya keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh. Bila kita mampu menjaga rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.

Rasulullah sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya terutama Aisyah r.a. Contoh dengan mengamalkan mencium isteri tiga kali dalam sehari. Kalau boleh di hadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibu bapa yang bahagia. Rasulullah SAW juga selalu menyampaikan kata-kata yang baik, sebagai contoh, “Awak cantik sekali hari ini.”

Rasulullah memanggil Aisyah ‘si pipi merah’. Ekspresi seperti ini walaupun nampak mengada-ngada tetapi merupakan doa yang terungkap dalam hati. Cukup dengan memuji maka isteri nampak lebih cantik meskipun semakin tua kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya. Allah SWT berjanji apabila ada hambanya melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai suami keranaNya, Dia akan semakin mendekatinya. Bila hambanya mendekatnya dengan berjalan, Dia akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaiknya.

Jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum bernikah. Ia amat merugikan kedua belah pihak kerana masih panjang perjalanan perkahwinan anda.

Wanita dianugerahi perasaan yang lemah lembut, kerana memang disiapkan menjadi ibu yang harus memiliki kasih sayang dan perhatian yang mendalam. Sayugia untuk menghadapi anak maka perlukan perhatian dan kasih untuk mengiringi kesabaran menghadapi dan mendidik anak-anak.

Sabda Baginda, “Cintailah orang yang kau cinta seadanya kerana satu hari hari ia boleh menjadi orang yang kau benci dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya, kerana satu hari dia mungkin menjadi orang yang kau sayang. Maka bersederhanalah dalam apa juga perbuatan.”

Sudah menjadi lumah apabila kita mencintai seorang, kita turut mencintai semua orang yang dicintainya dan segala sesuatu yang membawa kepada kecintaannya.

Dalam konteks ini Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini, “Ya Allah, berikan cintaMu kepadaku, jadilah orang yang mencintaMu mencintaiku dan jadikan aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.”

Bagaimana Rasulullah SAW Mencintai Isterinya?

1. Rasulullah suka berbincang dengan isterinya di malam hari. Pasangan suami isteri yang tidak pernah berbagi cerita, tidak pernah berkomunikas tentu akan merasakan kekeringan dalam rumah tangga.

2. Rasulullah suka membantu pekerjaan rumah tangga. Aisyah pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah yang Nabi SAW lakukan ketika berada di rumah bersama isteri-isterinya?” “Rasulullah biasa membantu kerja rumah keluarganya,” kata Aisyah. Suami yang baik adalah lelaki yang suka membantu meringankan tugas rumah tangga. Bahkan jika suami seorang tokoh masyarakat, mengerjakan pekerjaan rumah tangga bukanlah merendahkan darjatnya. Isteri semakin mencintai pasangannya apabila sentiasa mendapat bantuan suami dalam kewajiban di rumah.

3. Rasulullah menyatakan cinta kepada isteri secara verbal. Jangan biar isteri tidak pasti akan perasaan suami terhadapnya. Pernah Baginda mengatakan, “Aku diberi rezeki berupa rasa cinta kepada isteriku.” (HR Muslim). Hadis ini memberi anjuran untuk menyatakan cinta kepada isteri. Menampakkan dan menyatakan rasa cinta kepada isteri adalah di antara cara mengeratkan hubungan cinta lelaki dan wanita yang dinikahi.

4. Rasulullah tidak pernah membenci isteri-isterinya. Sabda Baginda, “Janganlah seorang mukmim benci kepada seorang wanita mukminah (isterinya), jika dia membenci akan satu sikap isterinya maka dia akan redha dengan sikapnya (akhlaknya) yang lain. (HR Muslim). Misalnya watak isterinya yang keras, namun dia wanita yang taat beribadah atau cantik, atau menjaga dirinya, atau lembut kepadanya atau kelebihaan yang lain. Suami yang paling sedikit mendapat taufiq daripada Allah dan paling jauh daripada kebaikan adalah suami yang melupakan seluruh kebaikan isterinya dan menjadikan kesalahan isterinya. Dan dia merasakan tiada apa yang baik mengenai isterinya. Ini membuat Allah amat benci kepadanya.

5. Rasulullah tidak pernah memukul isterinya. Suami yang ringan tangan, gemar menampar dan tendang menendang isteri adalah suami yang dilaknati Allah. Aisyah r.a berkata, “Suamiku tidak pernah memukul isterinya meskipun hanya sekali,” (HR Nasa). Adapun apabila seorang isteri melakukan kesalahan besar dan membangkang kehendak suaminya, dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak menyebabkan cedera atau mengena mukanya. Memukul isteri akhlak lelaki durjana.

6. Rasulullah menghiburkan kesedihan isterinya. Tidak hanya bersenang-senang dengan isterinya di saat gembira, Rasulullah prihatin pada isterinya kala isterinya menangis. Satu ketika, Shafiyah Sadar bersama Rasulullah, saat itu adalah gilirannya. Dia ketinggalan (rombongan) kerana untanya berjalan lambat lalu menangis. Maka Rasulullah datang mengusapkan air mata dengan kedua tangannya membuatkan Shafiyah berhenti menangis. Pelajaran di sini, menjadi kewajiban suami menghiburkan isteri. Berusaha menghilangkan kesedihan dan kesusahan isteri sesuatu yang disyariatkan Islam.

Related posts

Hukum Hakam Agama Mengenai Adik Beradik

admin

Ghazwah Badar al-Kubra

admin

ADAB BERASMARA SUAMI ISTERI 

adminwm

Leave a Comment