CANTIK

Pengalaman Indah Bersama Apskin

Hari ini 22 Disember, cukup dua minggu saya menggunakan krim Apskin Face Cream. Saya membuat ‘ujian’ dengan krim yang satu ini dengan mengenepikan semua krim lain, dengan tujuan untuk memastikan ia betul-betul bertindak seperti yang diperakui oleh penciptanya sendiri.

Hadir pada majlis pelancaran Apskin, saya ‘terpedaya’ dengan setiap yang dikatakannya sendiri. Malah melihat kulit jejaka muda berusia 26 tahun ini, anda sudah boleh percaya yang ciptaannya ini sebaik produk. Masakan tidak dengan kulitnya yang bagai telur dikupas, jernih lagi licin.

Dr Vincent Candrawinata adalah seorang penyelidik dan innovator dalam bidang pemakanan, kesihatan dan nutrisi. Pada usianya yang 25, dia dianugerahkan PHD, penerima doktor falsafah yang termuda dalam bidangnya.

Dia berhasil membuat ‘breakthrough’ dalam teknologi ektsrak antioxidant yang kemudiannya menghasilkan antioxidant pemakanan paling ‘potent’ yang boleh didapati di merata tempat di dunia. Usaha selanjutnya Dr Vincent menubuhkan Renovatio Bioscience untuk menggunakan penyelidikan bagi mengaktifkan sekumpulan antioxidant yang diperolehi daripada buah epal. Selain harganya yang murah katanya ia boleh diperolehi sepanjang tahun.

Pada 2015, beliau diiktiraf sebagai ‘Distinguished Talent in Research and Academia, yang termuda penerima anugerah ini daripada kerajaan Australia. Dia juga adalah penerima ‘University of Newcastle Young Alumni of the Year 2016’. Juga dinamakan ‘Australian of the Day in March 2017’. Kini Dr Candrawinata menjawat jawatan sebagai Presiden Alumi Network Universiti Newcastle Sidney Australia.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8491″][thb_gap height=”40″]

Kembali kepada produk yang dihasilkannya. Produk diformula daripada ekstrak epal dikatakan sumber asli paling baik dan mempunyai sifat antioxidant yang meluas. Penggunaannya membantu kulit menjadi amat sihat sambil memulihkan semula kulit yang rosak kepada peringkat selular.

Cuma dua minggu hasilnya amat membanggakaan saya malah selepas tiga hari menggunakan kulit ini jauh lebih jernih daripada sebelumnya. Ia tiba-tiba ‘glowing’ dan nampak lebih segar, saya dapati garis-garis halus sudah dipadamkan.

Apskin sesuai untuk kulit wanita dan lelaki juga semua jenis kulit. Protect, transform, restore, itulah sifatnya. Seperti yang diberitahu saya tidak perlu menggunakan produk perawatan yang lain kecuali krim ini. Awalnya rasa tidak selesa kerana menolak toner dan serum tetapi melihatkan hasilnya yang ‘lumayan’ kini saya yang sedang bercuti jauh di Utara hanya membawa pencuci dan yang ‘satu’ ini. Ringan sangat bagasi kerana yang lain ditinggalkan di rumah.

Apskin boleh didapati di Kuala Lumpur dan Selangor di farmasi-farmasi terpilih. Harga RM159.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Marc Jacobs Skincare Diperkenal Buat Pertama Kalinya

admin

Kulit Cerah Berseri Dengan Nutox Renewing Treatment

adminwm

Anti-Bacterial Body Wash Deluxe Gold

adminwm

Leave a Comment