CANTIK

Clarins V Shaping Facial Lift

“The lifting serum that refines the face and accentuates your most alluring curves to reshape contours and profile.”

Hari ini masuk minggu ke empat saya menggunakan Clarins V Shaping Facial Lift. Menariknya saya jarang menggunakan produk sebaik diterima, menyimpan dulu untuk beberapa ketika tetapi berbeza produk Clarins ini, seperti tidak sabar sangat. Malam itu juga saya buka kotak hadiah dan terus menggunakannya, mengikut peraturan yang dilengkapkan.

Dua kali sehari, pagi dan petang. Dan saya menyaksikan perubahan wajah saya. Hari demi hari… (kalau anda tengok pun gambar saya di bulan Jun dan gambar Julai, terlihat keberkesanannya bukan? Bentuk muka saya sudah bujur sireh, masyaAllah berkesannya.)

Jujur saya katakan, produk ini memang yang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Bila usia bertambah, berat badan naik dan seolah lemak sudah ‘bertampal’ di muka, maka sesuatu wajib dilakukan. Clarins jenama yang memang dikenali sedunia menjawab kegelisahan saya terkala melihat sendiri wajah di cermin.

Serum ini bertindak empat cara; a. Lift and sculpts facial contours b. Reduces fullness and appearance of a double chin c. Reduces puffiness d. Boosts the face’s radiance.

Tiga minggu yang menakjubkan kerana hasilnya waduh! membanggakan.  Saya percaya kalau saya dapat melihat keberkesanan, pasti anda juga. How good is this stuff? Anda mesti mencuba untuk mengetahuinya. Di pasaran bermula 1hb June 2019.

Terima kasih Clarins dan Keith Chan yang menghantar produk paling bermakna pada saya.

Related posts

Produk Cosmeceutical Ze’Venir Menampilkan Siti Nordiana Sebagai Jurucakap

admin

Nanowhite Spot Correction Advance Serum – Kulit Licin lagi Cerah

admin

XEOUL CLINIC Hab Kecantikan Estetik Membariskan Pakar Perubatan Profesional

admin

Leave a Comment