FESYEN

Pertunjukan Fesyen Indah di Tengah Padang Lavender

Simon Porte Jacquemus kembali ke tempat asalnya di Provence, Selatan Perancis untuk meraikan ulang tahun ke 10 label siap pakai Jacquemus.

Sungguh memukau pertunjukkannya. Model lelaki dan wanita berjalan sebelah menyebelah, di atas karpet merah jambu di tengah padang bunga lavender, menyarung persalinan yang menyampaikan keghairahan dan keanggunan, berlawanan dengan set pertunjukan yang berlatar belakang semula jadi, dengan tema ‘Le Coup de Soleil’ (selaran matahari dalam bahasa Perancis.)

Ini merupakan satu pertunjukan yang menarik untuk Instagram kerana gambar yang diambil dari pelbagai sisi pasti memberikan panorama indah, ditambah dengan koleksi yang hadir dalam warna putih dan cerah dan motif bunga yang sepadan dengan kawasan sekitar pertunjukan. Dan bayangkan model berjalan di antara baris-baris bunga lavender, di atas lantai pertunjukan yang panjang, disimbahi pula sinaran matahari, segalanya nampak sungguh indah. Kali terakhir saya melihat pertunjukan yang hebat seperti ini ketika pembentangan koleksi fesyen Fendi di Tembok Besar China.

Pujian dan penghormatan untuk Jacquemus kerana sangat bersungguh-sungguh meraikan ulang tahun ke 10 jenamanya ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9785″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9784″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9786″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Siapa Ratu Elizabeth?

adminwm

Love, Bonito Meraikan Ulang Tahun ke-13 dengan kolaborasi bersama KANOE

adminwm

SHEIN Features New Clothing Line evoluSHEIN

adminwm

Leave a Comment