SANA-SINI

BMW Malaysia Meraikan Ulang Tahun BMW M ke-50 Bersama Lima Kenderaan Berprestasi
Tinggi.

Bersempena dengan ulang tahun BMW M yang ke-50 pada hari ini, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition versi Sedan serta Coupé yang baharu – kedua-duanya didatangkan dengan sistem M xDrive buat julung kali, di samping BMW M5 dan BMW M5 Competition baharu, serta jentera elektrik tulen BMW M yang membuat penampilan sulung – BMW i4 M50.


Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Selama 50 tahun bersama BMW M, kami telah mempersembahkan sebuah portfolio yang dibarisi kenderaan-kenderaan yang ikonik lagi handal, yang telah mendefinisikan kereta prestasi premium dalam era masing-masing. Sub jenama BMW Group ini telah memperkayakan pengalaman dan pencapaian kami sebagai pengeluar kenderaan premium, membantu kami menunaikan janji untuk membekalkan ‘Sheer Driving Pleasure’ merentasi seluruh produk yang kami tawarkan. M melambangkan nyalarasa para jurutera kami dalam menggabungkan kefungsian sukan permotoran yang sebenar dengan inovasi- inovasi yang terkini menerusi pelbagai jentera bertaraf premium. Hari ini, kami teruja untuk meraikan M selama lima dekad yang gemilang dengan perungkaian lima model premium berprestasi tinggi terbaru buat para pelanggan dan peminat setia kami, termasuk para peminat sukan permotoran premium di Malaysia.”


Tambah beliau, “Sambil kami terus mengambil langkah progresif ke hadapan, kami memastikan aspek teknologi, prntuk M kali ini adalah tepat dengan pengenalan BMW i4 M50 yang sulung di samping jentera-jentera berprestasi tinggi yang lain buat para pelanggan dan peminat di Malaysia.”


Sempena sambutan M selama 50 tahun, BMW Malaysia juga sedang menjalankan misi pencarian model-model M yang tertua bagi setiap siri model kenderaan tersebut di serata negara. Para pemilik BMW M klasik digalakkan untuk menghantar butiran kenderaan mereka selewat-lewatnya 8 Jun 2022, untuk memenangi hadiah BMW M yang eksklusif serta sorotan khas oleh BMW Group Malaysia.

Related posts

Ic! Berlin x Studio Sebastian Herkner Capsule

admin

Bell & Ross 0fficial Partner of GRID Legends

adminwm

UOB Malaysia MelancarkMan pertandingan UOB

adminwm

Leave a Comment