Coretan Gadis Bernama Elisa
“I never would have thought that the day we met each other was the best day of my entire life.”
“Terpesona dengan personaliti (and definitely his looks as well). Ira, teman rapat yang menemukan kami. Kebetulan suami Ira kawan baik Imtiaz. Mereka pula ‘spoke highly of him’ membuat saya tidak keberatan untuk diperkenalkan kepadanya. Mengenalinya kemudian, saya tidak keberatan untuk keluar berdua buat kali pertama dengannya.”
Menarik mengenai Imtiaz, “He has a good sense of humour and always be himself whenever he is around me. Saya juga mendapat tahu dia disenangi ramai, terutama kawan-kawannya, dan bilamana saya memperkenalkan lmtiaz kepada mama, mama tidak melarang saya berkawan dengannya. Bila kemudiannya saya memperkenalkan pula kepada ahli keluarga yang lain; nenek, ibu dan bapa saudara, mereka nampaknya senang dengan peribadinya.
Imtiaz ringan tulang, biasalah orang tua-tua bila ada anak muda yang tidak kekuh menolong dan pandai bawa diri, menghormat orang tua, mereka memberi lampu hijau. Jadi bila Imtiaz menyatakan hasrat hati, ahli keluarga tidak membantah. Ya, bila ahli keluarga rasa senang dengannya, this when I know that he is the one because personally when someone is liked by the family and friends, it’s an approval.”
Imtiaz is funny, helpful and honest. Ini tiga sifat yang boleh saya ringkaskan mengenainya.
Kini Saya Tunangannya
Tarikh 5 Jun 2022, ia akan saya abadikan dalam kalender hidup saya. Sudah tentu mama, nenek, ibu-ibu dan bapa saudara juga seronok untuk meraikan bersama. Istiadat ringkas pertunangan kami berlangsung dengan sempurnanya.
“Being engaged to Imtiaz is definitely a blessing and it feels surreal that we almost complete half of our deens. The engagement is a big change but it is an opportunity to get to know the family more and make a more solid commitment to each other.
“Marriage, yes It is a big step but with Imtiaz, I am confident I will be in good hands. But coming from a family who always ‘manjakan’ me all the time and sees me as a baby still, it’s going to be a bit tough especially when I’m the only child and only girl in the family. But after listening to my whole family comments about Imtiaz, I believe our marriage Insha-Allah akan dimudahkan dan berakhir di Jannah.
Robbana habla min az waa jina wazurriyyaa tina qurtotaa a’yun waj ‘alna lil muttaqina immamaa. Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikan kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertakwa.”
Cerita Seorang Ibu – Eleiyati Shamsudin
‘Mother and daughter, it’s a special bond that spans the years. Through laughter, worry, smiles, and tears. A sense of trust that can’t be broken. A depth of love sometimes unspoken. A lifelong friendship built on sharing, hugs and kisses, warmth and caring, mother and daughter their hearts as one. A link that can never be undone.
Perasaan seorang ibu yang satu-satu anaknya bakal menjadi isteri?
Mixed feelings of sadness to ‘let her go’ but at the same time happy and excited to welcome a new family member. Keluarga kami akan nanti menjadi lebih meriah. Kawan-kawan ramai juga yang bertanya, “Kalau anak you kahwin nanti you macam mana? Tinggal seorang ke? Jawapan saya, “Nothing should change, Insha-Allah, I bukan akan hilang anak, tapi dapat additional anak (menantu).” Cuma saya rasa agak gementar, “Will she be a good wife to Imtiaz and a good menantu to her new family? Elisa dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, dia tidak nampak atau berpengalaman a ‘live example’ of the real family institution. Doakan semoga Allah berikan petunjuk dan kebahagiaan kepada keduanya.
Saya dengan bapa Elisa berpisah ketika dia berusia enam tahun. Since then we have developed more than a mother-daughter relationship. Sebenarnya saya yang banyak belajar untuk membesarkan dia. She made me become a better person.
Alhamdulillah, we came from a close-knit family. Elisa tak pernah rasa diri dia ‘kurang’, membesar tanpa seorang ayah. Dia mendapat penuh kasih sayang daripada nenek kedua belah pihak, ibu dan bapa saudara serta sepupu-sepupunya
I also don’t believe in expressing my dissatisfaction towards Elisa’s father in front of her. Neither do I try to prove to her or anyone that I am the innocent one in the separation (divorce). I try to teach her that this separation should not lead us to become worse but to baiki diri. Waktu sama saya cuba mengajar Elisa menjadi seorang yang positif, jangan ada sifat dendam dan sentiasa bersangka baik kepada ayah dia, khasnya.
Malah dan menariknya sejak kami berpisah hubungan saya dengan keluarga mentua bertambah rapat. Alhamdulillah, kami masih sebuah keluarga dan saya percaya tiada sebab kami harus berdendam, we are still a family. I believe there’s no reason to separate us because his family has done nothing wrong. This is also my way of teaching Elisa to appreciate setiap apa yang Allah aturkan untuk kita and make the best out of it instead of seeing the negative side.
Bila anak seorang, persepsi umum is ‘anak-manja’ but somewhat true, we can’t help sebab memang tumpuan hanya untuknya jadi nampak macam manja tetapi bukan sampai merosakkan dia. Elisa tahu to get something, she has to earn it. Alhamdullillah, dengan rezeki Allah, she got what she wanted after she proved to me that she deserved it. She also met someone yang berdikari, knowing that she grew up without a man in the house. Kami memang kena buat benda sama-sama sendiri. Bukan nak glorifies her good side sebab Elisa seperti juga orang lain ada kekurangan tetapi setelah mengenali Imtiaz saya percaya dia dijaga dengan baik nanti. Imtiaz pun seorang yang ‘calm’ and bertanggung jawab. I trust both of them complement each other.
Saya bekerja sejak tamat belajar (dan masih bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat swasta). Kerana keakraban kami dengan ahli keluarga yang lain, kami tiada masalah menguruskan rumahtangga waktu sama membesarkan Elisa dengan selesa. Rezeki daripada Allah. Alhamdulillah kami saling ingat-mengingati tentang betapa bertuahnya saya dengan aturan hidup yang Allah beri. Elisa is not a difficult child to raise neither being a demanding one. Dia faham sangat when I have to leave her for working outstations or work long hours.
Sebagai ibu tunggal saya selalu berpegang kepada falsafah ini, ‘no matter how difficult it is, how weak your emotion is, never ever let it out to your children or display to them that this life is a burden. Elak menjadikan anak rasa jauh hati atau bersalah, seperti mereka pula sebahagian daripada beban yang ditanggung. Jangan sesekali membuatkan mereka rasa begitu.
Benar, there are ups and downs, but life is a journey.
‘Orang tua mu tidak pernah ingin kamu menjadi seperti mereka tetapi mereka ingin kamu menjadi lebih baik daripada mereka.’
Seperti yang saya katakan tadi, we are more than just mother-daughter, I always share everything with her. She knows who my friends are, and what we did. Likewise I make sure I know who her friends are and what they did. Her friends became very close as I always make time to spend time with them and take them out together with Elisa.
Mengapa saya berdebar-debar sewaktu majlis sedang berlangsung? Because I didn’t know what to expect, it’s the first time for all of us. Takut tersalah bicara masa perbincangan. Takut are we overdoing it, formal sangat ke?
But above all, we are all very excited and happy to welcome the ‘rombongan.'”
Kata Hati Seorang Teruna – Imtiaz Hisham
The first time I saw you, my heart whispered: that’s the one.”
Saat bertemunya, saya banyak mendiamkan diri. Membenarkan kawan-kawan bercerita dan dia membuka bicara kerana saya teruja sangat akan pertemuan pertama kami itu. Kecil molek orangnya, putih melepak dan saya senang sekali kerana dia bertudung. Wajahnya mirip gadis Jepun. Rupanya bapa Elisa Soraya berdarah keturunan Tionghoa. “Terima kasih Fashan dan Ira, kerana memperkenal Lisa kepada saya.”
Elisa bijak dan sangat berdikari, cute and smart. Saya sendiri kagum dengannya, cuti semesta, malah ketika masih belajar dia sendiri mencuri masa dengan menambah wang saku sebagai guru tuisyen. Seorang yang lembut lembut tetapi tegas, gadis yang tidak banyak ragam dan mudah difahami.
Kini kami telah materi ikatan dengan pertunangan. Kata lain, hubungan kami ini direstui oleh kedua keluarga, keluarga Elisa dan keluarga saya sendiri. Alhamdulillah, mummy, daddy, dada dan dadi senang sekali dengan pilihan saya. Insha-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini. Being engaged to Lisa is a big step forward and one step closer to becoming her husband.
Benar, perkahwinan adalah satu langkah dan perjalanan yang di dalamnya penuh dengan liku-liku hidup, bersama satu tanggungjawab yang maha besar yang akan dipikul oleh seorang yang bernama suami. Kerana suami adalah ketua keluarga, keluarga yang memimpin isteri dan anak-anaknya, maka jika betul pimpinannya seluruh ahli keluarga bahagia, dan mendapat rahmatNya.
Yes I feel it’s time to venture into another phase of life. Aside from being responsible to take care of your parents, you now have a wife to be responsible as well. In which I am looking forward too.
Saya percaya dan amat yakin bersama Lisa kami akan mengecapi kebahagiaan.
Saya tidak mahu berjanji terlalu awal tetapi saya akan pastikan mahligai yang kami bina bersama akan kekal selamanya selagi hayat dikandung badan.
Cerita Si Ibu Teruna
Satu petang si anak memberitahu, “Mummy, esok kita ada tetamu istimewa.” Si ibu mengangguk, tanda setuju menerima kedatangan tetamu istimewa itu. Si ibu yang terlalu sibuk tidak pun bertanya siapa dan datang dengan siapa, cuma katanya, “Make sure the house is tidy and get some food and drinks. I will be out the whole day. Tak sempat memasak.” “Mummy, not to worry…” pintasnya.
Si ibu sudah menyangka yang dikatakan tetamu istimewa itu ialah, orang yang amat istimewa pada si anak, kerana si ibu sudah mendengar soksek-soksek dari abang si teruna, maka dia dapat meneka siapa orangnya. Si ibu memang amat teruja, kerana belum pernah ada ‘orang istimewa’ yang dibawa oleh anakandanya sebelum ini. Dan belum ada cerita-cerita anaknya bercinta sebelum ini, dan pastinya orang istimewa ini memang benar-benar istimewa dan amat penting di dalam hidup si anak.
Masa berlalu, sebagai ibu dia tidak mahu perhubungan anaknya itu tidak ke mana. Apa yang hendak ditunggu lagi, keduanya pun sudah bekerja, berdikari dan saling mencintai. Apa ditunggu lagi kalau pihak keluarga di sana suka dan di sini juga merasakan si gadis sesuai sekali dijadikan menantu. Lalu si ibu membuka bicara, merisik sesuai dengan adat dan budaya Melayu. Sayugia, bicara seterusnya menentukan hari untuk istiadat bertunang. Setakat ini bertunang dahulu sementara keduanya merancang walimatul urus kedua belah pihak.
Siapa Ibu Si Teruna?
Sebuah rencana ditulis oleh ibu si teruna mengenai pertunangan anaknya Imtiaz Hisham dan Elisa Soraya.
Rencana ini telah disiarkan; www.getaram.my https;//getaran.my/artickel/kolum/24… www.getaran.my. Diterbitkan pada 4 Jun 2022 2.09PM
Mengapa Bertunang? – Kisah Perhubungan Menjelang Hari Bahagia
Tarikh 5 Jun 2022, anak lelaki saya, Imtiaz Hisham akan melangkah ke satu fasa baru di dalam hidupnya, bukan bernikah/kahwin, belum lagi, tetapi bertunang. Gadis pilihannya Elisa Soraya, dialah satu-satunya gadis yang dibawa pulang ke rumah untuk berkenalan dengan kami berdua. Dan cukup untuk kami membuka mulut, bertemu dengan keluarga si gadis bagi menyatukan dua insan dalam satu ikatan penting dalam hidup mereka.
Cantik, tinggi pendidikan, bertudung litup, lemah lembut orangnya dan daripada keluarga orang baik-baik. Ciri yang dicari oleh ramai mertua dalam era moden hari ini. Diharap juga ciri anak teruna saya ini juga disenangi oleh pihak di sana.
Imtiaz, kami didik menjadi lelaki yang bertanggungjawab, kepada keluarga, bangsa dan agama. – “Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..” (At Tahrim:66).” Hendak para wali, ibu bapa atau penjaga memerintahkan anak-anaknya menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus mereka kerjakan, sebagaimana wajib atas wali memberikan pendidikan kepada anak-anaknya tentang aurat, arak, dusta mengumpat dan sebagainya’).
Pastinya juga dia sudah matang dan berkemampuan (bekerjaya) sebagai ketua keluarga. Kata Imam Ghazali, “Sifat utama pemimpin adalah beradab dan mulia hati.” Alhamdulilah saya nampak sifat ini ada pada anak bongsu saya ini. Wallahuaklam.
Pertunangan adalah ikatan cinta antara dua pihak sebelum menikah. Ia mengikat tali perhubungan awal yang bertujuan saling kenal mengenal termasuk dengan keluarga. Ia menandakan bahawa anda adalah milik ‘seseorang’ untuk ke fasa yang seterusnya. Hukumnya sunat meskipun ada sebilangan ulamak menghukumkan sebagai harus.
Bertunang ada hikmah yang tersendiri, tujuannya supaya keduanya mengambil sedikit masa untuk bersedia (mental dan fizikal). Waktu yang sama bagi pasangan ini mendalami ilmu perkahwinan, hukum-hakamnya dan persediaan memimpin sebuah bahtera baru.
Bertunang juga bagi menyambung pertalian dua keluarga sebelum bergelar besan. Saat kamu disatukan nanti, ibunya ibu kamu, ayahnya ayah kamu juga, begitulah seluruh ahli keluarga menjadi keluarga kamu juga. Memelihara hubungan kekeluargaan ini amatlah penting bagi keharmonian rumahtangga. Sudah tentu juga bertunang adalah cara terbaik dan lebih selamat daripada berkawan yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kerana apabila bertunang, tidak dapat tidak, perkenalan di dalam tunang memberi kata putus yang jelas sama ada ingin meneruskan berkahwin atau pun tidak. Dan dalam bertunang secara automatik wanita tidak boleh menerima pinangan orang lain, dan lelaki tidak boleh meminang pinangan orang.
Riwayat Imam Muslim menyebut; Hadis Ibnu Umar RA, Nabi SAW pernah bersabda; “Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain, dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.”
Jelas wanita khasnya lebih terjaga melainkan jika putus tunang barulah si wanita dapat menerima pinangan orang lain. Kata lain, ditempah tanpa perlu orang lain menempahnya lagi melainkan jika berlaku pembatalan penempahan, ‘booking; untuk dijadikan bakal isteri dan orang lain tidak boleh datang mengganggu.
Namun perlu diingatkan, tiada yang berubah. Kamu dan dia tetap ajnabi yakni masih haram bergaul dan bercampur. Si gadis wajib patuh kepada kedua orang tuanya, dan kamu belum miliknya sehinggalah berkahwin.
Bertunang juga memberi masa untuk kedua keluarga merancang upacara seterusnya, majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan. Waktu bahagia ini juga merupakan penghimpunan keluarga, merapatkan semula hubungan saudara mara yang sekian lama tidak bertemu dan mungkin juga berpisah. Ini lah juga masa untuk bertemu sahabat handai dan rakan taulan yang jauh dan dekat, juga yang rapat.
Perlukah bertunang berbelanja sakan? Jawapan terbaik, ialah adakan majlis seringkas-ringkasnya dan elak pembaziran. Jika kedua keluarga saling mengenali dan memahami, tidak timbul soal ‘to impress’ orang sebelah dan sebaliknya. Lakukan mengikut kemampuan, cuma jangan pula sehingga menimbulkan ketidak selesaan satu pihak. Bukankah istiadat ini untuk saling mengenali dan keduanya nanti akan menjadi satu keluarga baru. Jangan, kerana satu hal membuat keduanya bermasam muka atau berburuk sangka yang memungkin ikatan indah ini terpaksa terlerai?
‘”When you realise you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.” Nora Ephron
Berapa lama sebaik masa di dalam pertunangan? Kerana bertunang tidak menghalalkan yang haram, dan bertunang itu sendiri adalah ikatan sementara dalam proses menuju pernikahan, sebaiknya disingkatkan masanya.
Insha-Allah Imtiaz dan Elisa akan disatukan menjadi suami isteri lima bulan daripada tarikh pertunangan. Ya sekadar cukup waktu untuk dua keluarga ini membuat persediaan majlis pernikahan dan resepsi.
Sebagai renungan bersama, ‘Jangan tunggu kaya baru menikah kerana pernikahan adalah tempat dilimpahkan rezeki yang berlimpah.’
Di kesempatan ini saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada ibunda kepada Elisa, Eleiyati Shamsudin, kerana sudi menerima lamaran kami memetik bunga yang cantik mekar ‘di taman’ mu. Kita berjumpa Ahad, 5/6/22 dalam satu istiadat pertunangan Elisa Soraya dan Imtiaz Hisham.
Ku pohon ke hadratMu Ya Allah dipermudahkan segala urusan kami dan cucuri lah rahmatMu kepada kedua keluarga ini. Aamiin.
- Oleh : Wirda Adnan
- Gambar : Azam Neurmaya dari Neur Maya Media
- Solekan dan hiasan tudung : Linda Rossa menggunakan alat solek NOTE
- Pakaian: Nisha Amir dan Elisa Soraya
- Penyelaras: Mahani Awang dan Nora Mohamed
- Pengarah Seni : Wirda Adnan
- Tempat : Hotel Concorde Shah Alam