AGAMA

Zuhud Dalam Kehidupan

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ

Daripada Sahl bin Sa’d As Sa’idi dia berkata, “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku.” Rasulullah SAW menjawab, “Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.” (HR Ibnu Majah No: 4092) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Zuhud bermakna bersederhana dalam kehidupan, tidak memandang dunia melebihi akhirat namun dalam masa yang sama tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan.

2. Zuhud tanpa keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa melainkan menjadi riak dan takabur.

3. Sifat zuhud dapat mendidik manusia sentiasa merasa bahawa apa yang dimiliki di dunia hanya pinjaman daripada Allah dan tidak akan kekal.

4. Zuhud bukan bererti menolak dunia, sebaliknya dia akan bekerja bersungguh-sungguh dengan niat semata-mata kerana Allah. Menggunakan segala yang dimiliki dalam usaha memberi khidmat kepada orang ramai dan hanya mengambil sekadar yang perlu.

Jadikan sifat zuhud sebagai pakaian. Moga kita dicintai Allah manusia.

 

#Perkongisansatuharisatuhadis

Related posts

Puasa dan Fidyah Si Mati Yang Melangkah Tahun

adminwm

11 BERITA GEMBIRA UNTUK “KAKI SURAU ATAU MASJID”

adminwm

Kata-Kata Hikmah Ali bin Abi Thalib

admin

Leave a Comment