GAYA HIDUP

EDMA 2020 Pengiktirafan Kepada Penyanyi

Para peminat ERA boleh strim siaran langsung malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 secara digital dengan selamat di rumah masing-masing, menerusi peranti mudah alih, pada 27 Januari 2021, jam 9 malam, menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.

EDMA 2020 bakal memberi pengiktirafan kepada penyanyi dan selebriti tempatan yang telah menghiburkan peminat-peminat ERA sepanjang 2020, menerusi enam kategori termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu, Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA.

*Nota: Sila rujuk senarai untuk maklumat penuh kategori dan calon #EDMA2020

Selain itu, peminat ERA juga boleh terus berhibur dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham. 

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat bermula 28 Disember hingga 18 Januari lalu dan peminat diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan. 

Dapatkan maklumat terkini berkaitan #EDMA2020 di Facebook, Instagram dan laman rasmi ERA.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Fasa Kedua InterContinental Khao Yai Resort Menampilkan Kereta Api Guna Semula

adminwm

Anda Berisiko Kanser Payudara

admin

Resepi Cakoi Lembut dan Mudah

adminwm

Leave a Comment