FESYEN

Trending… Hello 2021!

Setiap tahun orang dalam industri akan bertanyakan satu soalan; what is in for this year? Walaupun telah ada ‘barometer’ yang menunjukkan hala tuju baik dari segi warna, corak, tekstur dan silhuet yang ditetapkan mungkin sejak enam bulan ke dua tahun sebelumnya, soalan yang sama akan ditanya hinggalah ia menjadi kenyataan pada pentas peragaan fesyen dan digayakan di jalanan. 

Forget about the economy! Pedulikan orang politik, cuma ketatkan SOP buat seketika! Mari kita perhatikan apa yang bakal menjadi trend. Biarlah masyarakat dunia hilangkan bosan dan tekanan dengan menumpukan sedikit ruang untuk berseronok-seronok dengan gaya dan trend terkini ilham pereka pilihan mereka. 

Fashion can be a welcome escape when the world is turned upside down. The playfulness of Dries Van Noten, the boldness of Schiaparelli, and the whimsy of Halpern will bring joy to you and your loved ones for seasons to come,” Itu ramalan semalam. Bagaimana hari ini? Banyak gaya dan idea yang disebut-sebut bakal mencetuskan trending. Namun enam perkara yang menarik minat WM. Jom lihat. Make your pick, get the look, set the trend!

1. Tudung dan skaf

Jika anda fikir tudung dan skaf satu gaya kolot dan hanya gaya untuk mereka yang berhijab, anda silap! Malah bertudung dan berskaf adalah gaya paling ‘In’ atau ‘the it factor’ seperti topeng muka selepas dunia dilanda pandemik. Aksesori yang mula dipakai di zaman Mesir dan menjadi pilihan wanita sebagai sapu tangan di zaman Ancient Rome kini adalah aksesori ‘must haves’!

Menyuntik sentuhan gaya popular 50-an, gaya tudung dan skaf datang dalam pelbagai jenis fabrik untuk pelbagai musim baik sejuk, panas mahupun sederhana mengikut suasana. 

Tudung dan skaf 2021 juga memenuhi citarasa semua: kala bertugas, formal mahupun sekadar bersantai. Menariknya, ia boleh dipakai mengikut suka dan cara kreatif lagi tersendiri. Anda boleh pilih untuk berniqab, bawal, segi tiga atau pun panjang dan lilit lah mengikut kesukaan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13663″][thb_gap height=”20″]
Caption: Antara gaya menawan bertudung, berhijab mahupun berniqab. Jenama yang dibawakan oleh Neelofa, Fashion Valet dan Zahrah Rose (atas) dan tranding pentas fesyen antara bangsa menggayakan skaf ala Grace Kelly pada 50-an (bawah) juga untuk gaya trending orang muda.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13666″][thb_gap height=”40″]
2. Warna – Going Bananas! Atau Pastel?

Kuning pisang dengan secalit sentuhan hijau serindit dan pastel adalah warna 2021. Dengan sedikit sentuhan rona kehijauan atau susu kuning diramalkan mewarnai dan menceriakan dunia yang suram kini.  Selain kuning rona-rona pastel juga akan mencuit hati. Begitupun lembut pastel tangkas menangkap tumpuan si pemandang. 

Jadi pastikan anda bijak menggandingkannya kuning dengan warna lain yang neutral pada pakaian dan aksesori anda, contohnya seperti shades of camel sementara pastel lebih mudah dan sukar clash atau bertembung. 

Tidak kiralah gaya apa yang anda pilih, misalnya 70-an atau 90-an, ia harus memberikan a sweet facelift dan menjadi satu mix and match yang bijak. Mencampurkan dan memadankan rona dan tona dalam gaya anda, pastinya menyuntik ‘dimension and depth’ pada setiap penampilan anda. 

Kuning amat cantik dengan rona neutrals seperti coklat, teh susu, putih atau off white, camel, kelabu dan pelbagai tona biru atau kalau mahukan kotras, hitam lah pilihan anda. 

Mungkin ada mahu cuba gaya dan pilihan ini sebagai idea:

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13665″][thb_gap height=”15″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13669″][thb_gap height=”20″]
Foto daripada internet: Net A Porter, Trend Spotter, Departures
[thb_gap height=”40″]
3. Topeng Hitam  

Tiada yang lebih penting sebelum melangkah keluar selain mesti memakai topeng. Begitupun banyak jenis, corak dan warna yang terdapat di pasaran, black mask is the coolest and trendy accessory for today

Sementelah anda harus memakainya, mengapa tidak jadikan ia aksesori paling trendy anda.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13667″][thb_gap height=”20″]
Dari kiri atas: Gaya sharp dari Bon Zainal dan perekanya menggayakan sendiri topeng rekaannya, Tom Cruise dengan topeng hitam maskulin dan topeng batik daripada Rasta Creation.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13670″][thb_gap height=”20″]
Caption: Pereka daripada jenama popular tempatan turut menghasilkan topeng menarik. Dari kiri (atas): Azura daripada UMMIRIAZ, Yan’s creation, dua jenama gah Barat.
Bawah: Rasta Rashid dan modelnya dengan topeng batik hitam, Adidas, Louis Vuitton, Duck daripada Fashion Valet, Rizman Ruzaini dan Jovian. 
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13671″][thb_gap height=”15″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13657″][thb_gap height=”20″]
Dari kiri atas: Gaya sharp dari Bon Zainal dan perekanya menggayakan sendiri topeng rekaannya, Tom Cruise dengan topeng hitam maskulin dan topeng batik daripada Rasta Creation.
[thb_gap height=”40″]
4. Tas Tangan kuning

Jika anda rasa bosan dan suram buka almari dan cari tas tangan kuning yang masih dalam simpanan atau jika ada bujet carilah beg tangan kuning yang baru to cheer and greet the new year. Bukan sahaja ia menghasilkan gaya segar pada penampilan anda tetapi membuat yang melihat juga berasa ceria. 

Gandingkan dengan vibrant hues or a monochromatic ensemble, you can’t go wrong. Musim ini tas dan pauch kuning dalah warna yang menjerit, pops out dan meletup bukan sahaja di pentas fesyen tapi juga di jalanan. Ia mudah digayakan dan menariknya,… evergreen. Jom cuba!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13658″][thb_gap height=”20″]
Antara beberapa gaya daripada jenama mewah seperti Chanel, Gucci dan Adeam.
[thb_gap height=”40″]
5. Sweater dan Sweater vests

Sweater dan sweater vest atau baju panas yang dibelenggu imej nerdy reputation atau gaya lapuk country club dikatakan akan menjadi gaya trendy pada tahun ini. “The sleeveless knitwear — long derided as a relic of country clubs past — is poised to become fashion’s next sleeper trend.  Kata wartawan Misty White Sidell untuk berita skop fesyen 2020 WWD namun hari ini masih boleh diguna pakai sebagai trendy comeback untuk 2021. 

WWD mencatatkan pada tahun lalu bahawa jenama mewah seperti Gucci, Prada, Christian Dior dan banyak lagi, telah mengenengahkan sweater dan sweater vest dalam koleksi masing-masing. Cuma kali ini ia walaupun masih bermain dengan arus revival yuppie tetapi membawa elemen yang dikatakan lebih bergaya dengan pengaruh chic dan didatangkan dalam rona virbran.

Ada yang mengatakan trend ini ikutan Barat yang sememangnya digayakan di runway Paris, New York, Milan dan London, juga di jalanan Hollywood, namun ada yang mengatakan ia juga trend yang dibawakan oleh artis K-Pop Korea. Tidak kisah lah dari mana pun demam K-Pop memang kini menghangatkan gaya dunia juga di Kuala Lumpur. 

Walaupun cuaca kita biasanya agak terik, namun jangan terkejut bila melihat ramai bukan sahaja anak muda malah yang berusia menggemari sweater dan vest untuk ke pejabat mahupun sekadar bersantai. Forget PKP, boleh saja pakai kala work from home untuk dapatkan mood kerja. 

Musim tengkujuh dan hujan lebat yang kerap serta suhu yang agak rendah, ramai sudah mula membongkar almari mencari sweater dan vest yang tersimpan. Get yours! Jom kita berangan sambil bergaya… bayangkan anda di Paris, New York, London atau di mana sahaja.

Apa jua, yang pasti jenama mewah seperti Louis Vuitton, Coach, Tom Ford, Stella McCartney dan ramai lagi turut merancakkan lagi trending ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13659″][thb_gap height=”20″]
Caption: foto daripada internet. Gaya barat bertemu timur – atas: gaya dari barat dan bawah ilham penataan daripada Korea.
[thb_gap height=”40″]
6. It’s All In The Bag!

Sama ada beg jenis galas, satchel, pouch, duffle, clutch atau saddle yang anda sandang dengan talinya selempang di badan, tas tangan terus menjadi aksesori penting dalam gaya 2021. Selain ia membawa segala keperluan, wang dan dokumen perjalanan penting anda your beg reflects who you are. You are making a statement!

Terdapat pelbagai gaya yang sukar untuk betul-betul diramal sebagai satu trend kerana citarasa dan keperluan beg atau tas tangan sentiasa berbeza-beza daripada seorang dengan yang lain serta mengikut keperluan dari masa ke semasa kerana itulah ia dicipta pelbagai bentuk, ukuran fabrik, corak dan rekabentunya.   Tidak kiralah beg apa yang anda pilih, when it’s time to make a statement, let your handbag do the talking. Musim ini antara yang kerap digayakan di Barat ialah juraian atau tassels yang diperbuat daripada fabrikasi yang sama seperti beg itu sendiri dan panjangnya seolah-olah ‘endless’ – ada yang hingga mencecah lantai untuk impak yang maksimum. Jika anda jenis gemar mengharungi arus dalam bergaya, berani untuk kelainan, feeling chic and love to see head turns – ini pilihan anda!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13660″][thb_gap height=”20″]
Beg sandang mahupun jenis clutch diberikan ciri dramatic dengan juraian panjang daripada fabrik yang sama dengan beg.
[thb_gap height=”40″]

Pilih jenis kulit kerana ia boleh anda gayakan ke mana sahaja and works for almost any event. Bagi mencetuskan citarasa klasik pilih yang berwarna gelap seperti hitam atau coklat tapi jika anda mahu menyerlah pilih warna seperti hijau atau merah.

Begitupun beg tote dan casual klasik style handbags masih bertahta, jenis punjut atau pouch comel tetap menjadi pilihan. Begitu juga jenis, satchel, duffle, baguette dan clutch iaitu jenis kepit sentiasa in-fashion. Seperti yang dilaporkan Harper’s Bazaar, everything deserves a second chance, and both the fanny pack and high-and-tight crossover bag juga terus diminati.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13661″][thb_gap height=”40″]

Jenis punjut, sandang dan galas berukuran comel kini terus menjadi pilihan dan digayakan bukan saja untuk siang tetapi juga malam, malah backpacks atau galas juga tidak lagi hanya untuk santai dan kala bersukan tapi dibawa sampai ke majlis, apa lagi yang dihiasi sulam, manik dan permata.

Jenama? Tidak perlu fikirkan hal itu buat masa ini. Jenama bukan fokus pada gaya era Covid-19. Walla! Itulah kebebasan sebenar dalam bergaya. It’s about you and your style, the brand comes later!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13662″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13668″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Carter’s, Jenama Pakaian Kanak-kanak Comel dan Berkualiti

adminwm

Selain Pamela Anderson dan Kate Moss, Siapa Lagi Menghadiri Minggu Fesyen Paris Musim Bunga 2019?

admin

Kesan Covid19 Terhadap Industri Fesyen Dunia – Adakah Bakal Lumpuh Atau Muncul Sistem Baru?

admin

Leave a Comment