EYE ME

Nasihat Tahun Baru

Salam Tahun Baru. Salam Januari 2018. Syukur kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi di sini. Sayugia, beruntunglah kita semua kerana dapat meneruskan penghidupan ini.  Buku kita dibuka sekali lagi. Muka suratnya kosong, lalu ia meminta untuk diisi. Sama ada ditulis cerita-cerita menarik atau diri mahu mengukirkan cerita ngeri? Terpulang. Ada 365 muka surat untuk catatan di sini.

Hari demi hari catatannya pasti berbeza, mengikut cita rasa, kelakuan dan kepelbagaian peristiwa yang terjadi. Saya ketawa, saya menangis, saya sedih, saya marah, saya melonjak kegembiraan, saya tidak tidur sehingga siang bertukar malam, dua malam yang membuat saya tidak dapat melelapkan mata, saya sepi, saya sunyi, kemudian waktu kesunyian bertukar keseronokan dan bermacam-macam lagi. Itu antara permainan hidup setiap insani. Begitu pun, “there comes a day when you realize turning the page is the best feeling in the world – because you realize there’s so much more to the book than the page you were stuck on.”

Perjalanan hidup setiap kita berbeza, ada mudah dan bagi setengah payah, kadangkala tiba giliran menyeronokkan, yang diimpikan hadir memberi. Atau menyapa hati yang sepi, membenarkan kita menghirup sepuasnya kejayaan diri. Kemudian berlalu musim ini, terbit pula ketidakan enakan yang membuat emosi sepi, menyendiri… beginilah, akan kita tempuhi segalanya pada kehidupan yang sementara ini.

Januari mari kita mencari kelainan daripada hari-hari yang sudah dilalui, pernah ditempuhi. Pasti banyak lagi yang belum diterokai, sudah tentu belum banyak lagi yang dapat dirasai dan boleh memenuhi isi hati dan yang disenangi oleh diri, keluarga dan masyarakat di negara ini. Mungkin kamu berjaya, bermacam-macam ijazah, dan duduk di kerusi tinggi dalam kabinet Menteri. Huh kamu disapa Datuk Seri, Tan Sri, Datin Seri Puan Seri… tetapi orang dikelilingi tidak menyukai, kamu hanya mahu mereka melayani, semua kehendak kamu mesti dipenuhi. Dan jangan ada terlebih berani… menasihati, kamu disingkir tidak boleh membela diri.

Sejenak wahai saudara dan saudari, masuklah seketika di dalam ‘kasut’ mereka ini… mungkin longgar dan tidak boleh dibawa oleh kaki, atau ketat sehingga menyakiti kaki… ya kalau kamu bijak bistari, tidak kamu buat sesuka hati sebaliknya bersedia melihat kanan dan kiri untuk kamu ketahui masalah di situ dan di sini.

Tetapi manusia selalunya alpa, bila dia sudah ada, dia mahu terus menambahnya, lagi dan lagi.

Atau jawatan kamu sudah tinggi, daripada diploma dapat ijazah. Wang kamu membayai seisi famili. Tanpa kamu mereka hidup melarat, oh kata kamu. Kata kamu lagi, mereka tidak pandai berdikari. Tanpa kamu sedari dan sudah sebati apa yang kamu rasa apa yang buat semuanya betul, tolong jangan ada memandai. Ingat kau orang semua menumpang, aku yang memberi!

Alright, di rumah kamu mungkin kamu boleh berbuat begitu, tetapi di luar… siapa kamu sebenarnya saudari? Kamu hanyalah seorang manusia kerdil, yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan, yang terdedah kepada kepelbagaian masalah, kekurangan sana dan sini.

Saya teringat indahnya sebuah tulisan tanpa saya tahu siapa pengarangnya. Katanya, “One day, whether you are 14, 28 or 65, you will stumble upon someone who will start a fire in you that cannot die.

However, the saddest, most awful truth you will ever come to find – is they are not always with whom we spend our lives.”

Saudara dan saudari dan insan di luar sana yang bijak bistari.  Ketahui kalau kamu rasa kamu ada segalanya, hah ada orang lain yang punya sejuta kali lebih baik daripada apa yang kamu ada. Ingat tiada apa yang kamu ada, orang lain tidak empunya, malah lebih. Ingat kamu bukan seorang sahaja yang Allah pilih untuk berjaya, kaya dan jelita, kamu bukan seorang sahaja yang punya ijazah berjela-jela… jadi hentikan kesombongan kamu. Bukahkah kesombongan itulah yang membuat pintu-pintu rezeki yang lain tertutup. Kesombongan boleh merosakkan hubungan kekeluargaan, kejiranan, masyarakat.

Mulakan tahun baru ini dengan usaha, kemudian tekun dan bersungguh-sungguh berusaha untuk maju. Itu pun masih belum cukup kerana ia mesti diiringi dengan kesabaran dan terus berdoa. Usaha tanpa doa tidak ke mana, begitu juga sebaliknya.  Kalau pun rezeki di muka pintu tetapi pintu tertutup rapat dan kamu tidak berusaha bangun dan membukanya, sudah pasti rezeki itu akan tertutup kembali.

Januari sebagai pembuka ruang untuk kamu memulakan langkah pertama dan seterusnya.

If god answers your prayer, he is increasing your faith. If he delays he is increasing your patience. If he doesn’t answer your prayer, he is preparing the best for you.

Related posts

This Is Wirda

Wirda Adnan

Keep Looking Up…

Wirda Adnan

Dedikasi Buat Palestin MEREKA TAHU KEMATIAN DI LUAR PINTU

Wirda Adnan

Leave a Comment