Uncategorized

Influencer Jalan Pintas Jadi Billionaire

Abad ke-21 kini memperkenalkan pelbagai teknologi yang membolehkan manusia serata dunia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah. Sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Bermula daripada Friendster, Myspace dan seterusnya ke Facebook, Twitter, Instagram dan bermacam-macam lagi, media sosial kini menjadi platform bukan sahaja untuk kegunaan peribadi tetapi sebagai alat mempromosikan sesuatu hasil atau produk.

Berbeza tahun 90-an atau tahun-tahun sebelumnya, kini rata-rata produk mula dipasarkan dengan bantuan orang yang berpengaruhan atau dikenali sebagai influencer di media sosial. Salah satu contoh orang berpengaruhan ini adalah Kim Kardashian. Apa sahaja barang yang dipromosikan di laman instagram Kardashian, akan mendapat perhatian sekaligus menaikkan hasil jual produk tersebut kerana pengaruhannya kepada pengikut setia yang mencecah jutaan orang. Disebabkan ini juga, adik bongsu Kim Kardashian, Kylie Jenner diura-urakan bakal menjadi billionaire termuda di dunia dengan empayar kosmetiknya yang hanya dijual melalui laman instagramnya.

Selain itu, influencer kini juga dipilih oleh jenama-jenama terkenal di dunia sebagai jurucakap atau model untuk sesuatu produk. Lihat sahaja bagaimana senangnya Kendall Jenner, Gigi Hadid dan Bella Hadid menjadi model pilihan bagi kebanyakaan pereka fesyen terkenal kerana pengaruh mereka yang luas di dalam sosial media. Berbanding dengan model-model lain yang terpaksa bekerja keras untuk membina nama, Kendall, Gigi dan Bella disogokkan dengan jalan pintas untuk berjaya di dalam karier mereka. Situasi begini menyebabkan sesetengah orang merasakan ketidak adilan kerana walaupun memiliki bakat, mereka diketepikan untuk memberi ruang pada influencer ini.

Model Binx Walton yang kini sedang meningkat naik mengakui bahawa persaingan semakin sukar kerana Walton tidak memiliki jutaan pengikut di medial sosial mahupun ibu bapa yang berpengaruh.  Namun begitu, Binx tetap berbangga dengan kerja kerasnya untuk melebarkan sayap kariernya dengan berbekalkan bakat dan usaha tanpa bantuan orang lain.

Situasi ini juga sedang hebat diperdebatkan di dunia perfileman Bollywood. Contohnya, kebanyakan pengkritik filem mengkritik sesetengah direktor seperti Karan Johar (Kuch Kuch Hota Hai) yang hanya mahu melancarkan pelakon baru yang berpengaruh seperti Jhanvi Kapoor, anak kepada aktres lagenda Sri Devi. Peluang lakonan di Bollywood adalah amat terhad kepada ‘orang luar’ walaupun mereka ini berbakat. Disebabkan ini, tercetusnya perang mulut antara Karan Johar, Saif Ali Khan, Varun Dhawan dan lain-lain yang mempunyai pengaruh di Bollywood dengan aktres dari perkampungan kecil Kangana Ranaut yang lancang memperjuangkan hak-hak mereka yang berbakat tidak kira sama ada mereka ini adalah influencer mahupun tidak.

Walaupun terdapat beberapa perkara negatif hasil daripada lahirnya fenomena influencer ini, namun begitu tidak dinafikan influencer memainkan peranan besar dalam mempromosikan sesuatu. Salah satu contoh ialah kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Beyond The Scene atau BTS yang baru-baru ini bergandingan dengan UNICEF melancarkan kempen LOVE MYSELF dan kempen #ENDviolence di mana  5% daripada hasil jualan album mereka akan disalurkan kepada UNICEF. Kempen ini bertujuan membantu mangsa penderaan terutamanya kanak-kanak di seluruh dunia. Beberapa minit setelah kempen ini dilancarkan, ianya menjadi ‘trending’ di seluruh dunia dan berita tentang kempen ini telah diterjemahkan kepada berpuluh-puluh bahasa. Berita ini juga mendapat perhatian dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Eropah kerana BTS adalah antara salah satu nama yang amat berpengaruh di sosial media.

Tidak mengejutkan, kerana BTS telah beberapa kali tersenarai di dalam Times Magazine antara lima artis yang berpengaruh di sosial media seperti Twitter dan Youtube. Kumpulan yang terdiri daripada tujuh remaja lelaki ini juga telah menjadi artis pertama dari Asia yang memenangi Billboard Social Award pada bulan Mei yang lalu dengan undian di Twitter sebanyak 300 juta lebih, menewaskan nama-nama besar lain seperti Justin Bieber, Selena Gomez dan Ariana Grande. Selain BTS, terdapat banyak lagi selebriti lain yang menggunakan status mereka sebagai influencer untuk mempromosikan sesebuah kempen yang boleh mendatang manfaat kepada orang lain.

 

Selain selebriti, syarikat-syarikat gergasi mahupun syarikat yang kecil mengejar penulis blog atau vlogger di Youtube yang berpengaruh untuk membantu mereka mempromosikan produk yang dijual. Rihanna telah menjemput ratusan vlogger dan penulis blog pada majlis pelancaran produknya dua bulan lepas. Influencer ini telah diberikan produk percuma untuk mereka cuba secara ‘live’ di hadapan pengikut-pengikut mereka. Hasilnya, produk Fenty Beauty daripada Rihanna mendapat ratusan jutaan penonton di Youtube sahaja dalam masa dua minggu selepas dilancarkan. Disebabkan pengaruhan vlogger dan penulis-penulis blog ini juga, produk Fenty Beauty terutamanya foundation dan highlighter adalah produk yang terlaris di pasaran kini.

Untuk menjadi seorang influencer yang terkenal bukanlah perkara mudah. Kebanyakan jenama-jenama terkenal ini memerlukan sesuatu yang unik daripada orang yang berpengaruh ini agar promosi atau pemasaran produk mereka benar-benar berkesan.

Related posts

Nak Sihat dan Fit Macam Kevin Zahri? Amalkan Tip Berbuka Puasa Ini

admin

Pendapatan Ratusan Juta Sepanjang 2018… God Bless Kim Kardashian!

admin

Cadangan 5 Sayuran Rendah Karbohidrat untuk Diet Lancar

admin

Leave a Comment