EYE ME

Dedikasi Buat Palestin MEREKA TAHU KEMATIAN DI LUAR PINTU

Sebak, dan airmata laju mengalir. Video yang sedang saya tonton tidak sanggup lagi ditatap, mahu tidak mahu terpaksa dimatikan, kerana bagaikan sembilu menikam-nikam jantung hati. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar mereka bukan manusia. Kerana manusia punya perasaan, punya belas dan kasihan. Hanya syaitan sahaja  yang sanggup menzalimi sesama insan. Tubuh anak-anak bukan sekadar bermandi darah tetapi kaki entah di mana, dua belah tangan hancur, muka dan badan tobek sana sini. Si ibu yang mengandung terburai anak dalam kandungan, ratusan bergelimpangan kaku berlumuran darah, berselimut debu, asap, batu. Hospital dihancurkan, rumah ranap, tempat perlindungan wanita dan kanak-kanak yang dijamin selamat oleh undang-undang antarabangsa  dibom. Children screaming, mothers crying, fathers grieving, kalau kamu tidak merasai apa-apa daripada segala video dan gambar-gambar kekejaman dan kezaliman Zionis terhadap orang Palestin, apakah kamu juga tidak punya perasaan seperti sang Zionis?

Sungguh rasa sakit itu menyucuk-nyucuk jiwa dan raga walau jauh beribu batu, dan tidak kedengaran dentuman, tidak menyaksikan dengan mata kepala bangunan-bangunan tunduk ke bumi, di timbunan batu bata manusia melaungkan pertolongan. Dan bayangkan, dengan ribuan yang berlimpangan keras, kaku tidak bernyawa. Bukan sekadar serangan bom tetapi hukuman secara kolektif memaksa beribu-ribu hidup dalam kegelapan, tiada makanan, tiada minuman, tiada hubungan dunia luar, terpenjara di dalam timbunan bangunan runtuh, hidup pun seperti tidak hidup.

Mata terbeliak melihat aksi si Isreal keparat

Telinga menjadi panas mendengar peluru arogansi itu berdesing

Nafas tertahan sesaat menelaah berita bumi Palestin yang bersimbah darah syuhadah

Seolah gemuruh suara terdengar dari sana. Jika Allah menitipkanku seribu nyawa, dan kuhembuskan nafas terakhirku satu persatu, tak kan kulayangkan ia kecuali untuk syahid fisabilillah. Kayla Sajida.

Kawan, jangan hentikan jejarimu daripada terus memberitahu, jeritlah, luangkan sekuat-kuatnya agar didengari sampai ke hujung dunia. Nasib di Gaza wajib dibela, sebagai manusia yang punya akal dan fikiran, yang ada sifat kemanusiaan, yes we just need to be human to understand what is going on. Teruskan protest, teruskan boikot, continue what you’re doing, keep talking, keep pressuring kerana adalah penting kita berjuang membela insan yang ditindas. Stop bombing. Sambil itu terus menyumbang wang demi kelangsungan hidup mereka, juga doa yang tidak henti daripada bibir. 

Kenapa masjid Al-Aqsa dan Palestin penting bagi orang Islam? Kerana al Aqsa adalah masjid ketiga paling suci dalam Islam, ia kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke kaabah di Makkah. Di sini juga tempat persinggahan perjalanan mulia kekasih Allah iaitu Isra dan Mikraj. Orang yang tinggal di sini dikira sebagai orang yang berjihad. Dakwaan Zionis Israel mengatakan kawasan masjid Al Aqsa adalah Temple Mount iaitu kuil suci bagi orang Yahudi lalu penduduk asal yang sudah menetap berpuluh-puluh tahun mahu dihapuskan sama sekali menjadikan Semenanjung Gaza tidak boleh didiami lagi atau ‘uninhabitable’.

Perang harus dihentikan. Selamatkan rakyat Palestin.  

 “Ya Allah turunkanlah hukuman Mu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin, Ya Allah hukumlah mereka sesungguhnya mereka tak mampu melemahkanMu.

“Ya Allah cerai beraikan mereka porak porandakan kesatuan mereka dan turunkanlah balasanMu atas mereka, Ya Allah kumpulkan dan binasakanlah mereka dan janganlah Kamu sisakan sedikit pun daripada mereka,”

“Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang membantu mereka, balasanMu yang tidak dapat ditolak oleh kaum pembuat kezaliman”

“Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara Islam kami yang lemah di Palestin. Ya Allah, kasihanilah mereka dan keluarkan mereka daripada keterasingan dan kesempitan yang sedang mereka alami saat ini,”

“Ya Allah terimalah syuhada mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka,”

“Ya Allah tetaplah bersama mereka dan jauhilah musuh-musuh mereka kerana tiada daya dan kekuatan bagi mereka kecuali dari Mu”

“Ya Allah turunkanlah pertolongan Mu buat kaum mujahidin di Palestin, Ya Allah tolonglah mereka menghadapi kaum Yahudi dan penolong-penolong mereka daripada kalangan kafir dan kaum munafik,”

“Ya Allah tepatkanlah bidikan mereka, rapatkanlah saf perjuangan mereka dan satukanlah kalimat mereka di atas kebenaran Ya Hayyu Ya Qayyum.

Syukur sebahagian besar dunia sudah mula buka mata. Israel menerima kecaman rakyatnya sendiri dan dunia menyaksikan kekejaman Israel dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang bersubahat. Sayugia, kuasa besar dunia lain seperti Rusia dan China selain negara Arab termasuk Indonesia dan Malaysia menyokong penuh kepada rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia komited membantu dan setakat ini lebih RM100juta disumbangn bagi usaha dan operasi kemanusiaan dan perubatan untuk rakyat Gaza. Ini tidak termasuk sumbangan besar daripada badan berkanun, NGO dan rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin, dikata Malaysia juga antara penyumbang terbesar.

Kawan, bulan in MAJALAH WM mendedikasi keluaran ini khas untuk Palestin. Mentiadakan hiasan kulit wajah jelita mahupun lelaki tampan, sebaliknya membeli gambar istimewa anak kecil yang airmata jernih berbalut di tubi mata.

My mother keeps saying:

Everyone is waiting for the elixir

We’ve had itu with grief and agony

In this holy land we sleep and wake up on the sound of bombing and shooting

So the first light of day rises in the evening 

Lightning up the sky with the blood of martyrs

Here death sleeps not far from us

We walk towards freedom, towards hope

We walk on the shattered glass of our broken windows

We walk on stones that once were a house, carrying stories and secrets,

We walk with the screams of children, and the groans of mother pulsating over and over in our ears.” Nadine Murtaja,18.

Related posts

Demi Sebuah Tas Berjenama…

Wirda Adnan

Nasihat Tahun Baru

Wirda Adnan

Cinta Mendengar Cinta, Berkata Cinta, Melihat Cinta

Wirda Adnan

Leave a Comment