GAYA HIDUPkesihatan

Minyak Bijan Untuk Kulit Cantik…

Bijan, ‘wijen, lenga atau nama saintifiknya Sesamum indicum adalah tumbuhan berbunga dalam genus Sesamum. Asal sebenar spesies ini tidak jelas, walaupun beberapa tumbuhan berkait tumbuh liar di Afrika dan sejumlah kecil di India. Ia ditanam secara meluas di kawasan tropika seluruh dunia untuk mendapatkan bijinya yang lazim dijadikan rempah masakan seluruh dunia. Ia merupakan pokok tahunan yang tumbuh setinggi 50 hingga 100 cm bahkan setinggi dua meter. Daun-daunnya tumbuh bertentangan empat hingga 14 cm (5.5 in) panjang dengan sepanjang ruang; berdaun lebar (lanceolate), sehingga lima cm (2 in) lebar, pada pangkal pokok, menirus kepada hanya selebar satu cm (setengah inci) pada batang berdaun.

Pokok bijan berbunga putih kemerahan hingga ungu, berbentuk tiub, sepanjang tiga hingga lima cm (1 hingga 2 in), dengan empat kelopak. Buah yang dihasilkan daripada persenyawaan bunga-bunga ini berupa lenggai kapsul 2-8 sm panjang mengandungi biji kehitaman atau keputihan; biji-biji bijan ini mempunyai dimensi berpurata 2·80 panjang dan 1·69 lebar dengan berat terkumpul sekitar 0.203 g/100 biji.Biji-biji bijan digunakan dalam masakan secara ditabur atas roti atau biskut mahupun sebagai salutan; ia juga ditekan untuk mendapatkan minyak bijan.[6]

Ia merupakan bahan utama dalam pembuatan tahini, antara ramuan asas menghasilkan hummus, serta halva yang lazim dalam masakan Timur Tengah.

Bijan baik dalam bentuk mentah atau minyak dapat menyebabkan tindak balas alahan termasuk komplikasi anafilaksis seperti mana bahan penyebab alahan lain, tetapi dengan kadar dikira paling terbanyak antara bahan makanan yang seumpama.

Individu yang mempunyai alahan ini juga digalakkan menjauhi makanan diproses yang barangkali menggunakan minyak sayuran “umum” serta berwaspada dengan kemungkinan besar alahan yang dialami disebabkan penggunaan produk bukan makanan tertentu seperti bahan kosmetik, minyak pelincir dan ubat-ubatan tertentu.

Manfaat Minyak Bijan

Minyak bijan merupakan hasil yang diperolehi dari proses menekan biji bijan.  Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.

Masyarakat India telah lama mengamalkan amalan menggunakan minyak bijan dalam masakan , kesihatan dan kecantikan luaran. Contohnya, amalan mandi minyak bijan di lakukan pada awal pagi perayaan Deepavali sebagai tanda penyucian dan menghilangkan sifat buruk di dalam diri.

Tahukah anda, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan?

Mengurangkan Tekanan Darah

Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah.Satu kajian yang dilakukan di India dan dilaporkan dalam Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah diminta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini adalah kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.

* Sekiranya anda merupakan pesakit darah tinggi, pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum mengamalkan diet ini.

Mengurangkan Paras Gula

Minyak bijan juga barangkali baik untuk gula di dalam darah. Satu laporan dalam “Journal of Medicinal Foods” menyebut minyak bijan berjaya mengurangkan paras gula di dalam kajian yang dilakukan ke atas tikus makmal.

Manfaat Untuk Kulit

Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan lain.

Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu  yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan daripada antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat di dalam minyak bijan.

Untuk menggunakan minyak bijan pada kulit, amalan Ayurveda (sistem perubatan holistik yang berasal dari India) mengesyorkan menggosoknya seluruh kulit, kemudian menunggu 15 minit sebelum mandi atau mandi panas.

Kaya Antioksidan

Minyak bijan juga mempunyai sifat antioksidan yang tinggi.  Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan di dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.  Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.

Nilai pemakanan yang tinggi

Biji bijan adalah sumber yang kaya dengan mineral, kalsium, zink, magnesium, besi, mangan serta Vitamin B1 & Vitamin E. Pengambilan minyak bijan secara teratur memelihara tubuh secara dalaman.

Murah dan mampu dimiliki

Tinjauan harga minyak bijan di sekitar pasaraya menunjukkan harga minyak bijan masih mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai khasiat dan fungsi minyak bijan, ternyata anda tidak memerlukan makanan tambahan dan produk kosmetik yang mahal dan tidak diketahui keberkesanannya.

Nak sihat, nak cantik? Minyak bijan kan ada!

Vitamin C

Vitamin E 9% 1.40 mg

Vitamin K 13% 13.6 μg

Minerals Quantity

%DV†

Calcium 0%

0 mg

Iron 0%
0.00 mg

Magnesium 0%
0 mg

Phosphorus 0%
0 mg

Potassium 0%
0 mg

Sodium 0%
0 mg

Full Link to USDA Database entry

● Units
● μg = micrograms • mg = milligrams
● IU = International units

†Percentages are roughly approximated using US recommendations for adults.
Source: USDA FoodData Central

Sesame oil is an edible vegetable oil derived from sesame seeds. Besides being used as cooking oil, it is used as a flavor enhancer in many cuisines, having a distinctive nutty aroma and taste.[1] The oil is one of the earliest-known crop-based oils. Worldwide mass modern production is limited due to the inefficient manual harvesting process required to extract the oil. In the Akkadian language and in Tamil it was called Ellu.[2]

Related posts

Saifuddin Ahmad

admin

KEMPEN CSR “JOY OF SEEING”

adminwm

Khasiat Durian Belanda

admin

Leave a Comment