AGAMA

Mengenai Seks & Seks Dalam Islam

Hubungan seks didefinisikan sebagai persenyawaan, persetubuhan, “bersatu”, hubungan kelamin atau jimak adalah satu aktiviti merangsangkan deria sentuhan kulit secara keseluruhan sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke dalam lubang faraj (wanita) atau mana-mana liang individu lain secara geselan berulang dengan niat ingin mengeluarkan air mani (lelaki atau wanita) sedikit atau seluruhnya.

Rangsangan ini adalah naluri semulajadi (nature) semua makhluk hidup untuk menyambung generasi seterusnya agar baka tidak terpupus.

Hubungan ini selalu dikaitkan dengan perasaan cinta atau nafsu syahwat yang memuncak di kedua belah pihak. Hubungan seks biasanya bermula dengan kucupan, belaian atau sentuhan bahagian kulit lembut, menggosok atau menggesel dan memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj (wanita) secara berulang dan disudahi dengan kekejangan/inzal (puncak syahwat) secara berperingkat dalam beberapa detik. Terdapat banyak teknik hubungan seks telah direkodkan (sila lihat Kamasutra).

Pancutan cecair putih pekat (sperma) dan campuran air mani yang berlaku dan mulai mencair. Proses hubungan seks berlangsung dalam tempoh kurang lima minit sehingga melebihi dua jam. Kebiasaannya proses ini akan berulang-ulang apabila kembali terangsang.

Sebelum melakukan hubungan seks, individu tersebut akan berasa panas, fikiran menjadi agresif, deria kulit menjadi peka, alat zakar (lelaki) menjadi panjang, tegang dan mengeras. Faraj wanita akan berdenyut-denyut, lembapan meningkat dan mengeluarkan cecair putih dan licin beralkali. Kedua alat ini mulai berasa gatal dan kemerah-merahan.

Gelombang aura merah dari kedudukan pusat membesar sehingga ke bahagian otak. Mendorong fikiran untuk melepaskan keinginan melakukan hubungan seks dengan lebih radikal seperti menjilat atau mengisap kemaluan dan sebagainya.

Setelah melakukan hubungan seks, kedua-dua individu yang merasai kenikmatan dan kepuasan akan berasa tenang, santai dan letih. Aura biru akan mulai menguasai badan individu dan aura merah kembali ke kedudukan pusat.

Kesan hubungan ini kepada wanita boleh mengakibatkan kehamilan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil. Wanita hamil selama 40 minggu akan melahirkan bayi hasil daripada gabungan dua benih (sperma dan ovum) dalam satu nukleus. Wanita ini menjadi ibu kepada bayi tersebut

 

Seks Dalam Islam

”Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad SAW), mengenai (hukum) haid. Katakanlah, darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah An-Nisaa’: 222)[1]

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad SAW) kepada orang yang beriman.” (Surah An-Nisaa’: 223)[2]

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al-Mu’minun: 5-7)[3]

 

Fakta Penting

  • Hubungan seks hanya dilakukan oleh sepasang suami-isteri yang telah menikah secara sah.
  • Hubungan seks tidak dilakukan ketika seorang isteri sedang keluar darah haid atau nifas
  • Hubungan seks hanya dibenarkan melalui faraj dan tidak melalui dubur.
  • Hubungan seks hanya dilakukan dengan lawan jenis. Homoseksual mahupun Lesbian diharamkan dalam Islam.

Related posts

Saham Yang Mengalir Hingga Akhirat

admin

NIAT & CARA SOLAT ISTIKHARAH Serta DOA ISTIKHARAH

admin

Raya Korban Perayaan Yang Istimewa

admin

Leave a Comment