Apakah maksud Istikharah?
Istikharah adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘meminta penjelasan’ atau ‘panduan’
Dari segi istilah pula, Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.
Ini berlaku sekiranya seseorang itu masih ragu-ragu dengan pilihannya sama ada untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau sebaliknya.
Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah. Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.
Contohnya, apabila seseorang itu mencari kerja dan mendapat dua tawaran pekerjaan secara serentak, yang mana kedua-duanya dirasakan adalah bagus. Oleh kerana keliru dalam menentukan kerja mana yang patut diterima, maka disunatkan untuk melakukan solat sunat istikharah. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti bab pemilihan jodoh, tawaran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:
Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa”
— Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim
Solat sunat Istikharah dilakukan dengan mengharapkan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat pedoman daripada Allah SWT. Solat Istikharah hanya wajar dilakukan untuk perkara atau pekerjaan yang menepati syariat Islam. Solat yang dilakukan ke atas perkara yang nyata bercanggah dengan agama sudah tentu tidak dipimpin oleh Allah SWT.
Istikharah dilakukan dengan ikhlas dan penuh bergantungan kepada Allah SWT. Kita mengharap Allah SWT menunjukkan dan mempermudahkan kita ke arah sesuatu perkara.
Ini kerana Allah SWT lebih mengetahui perkara terbaik untuk hambaNya. Mungkin kita menyukai sesuatu perkara, tetapi pada hakikatnya ia tidak baik untuk kita, dan mungkin perkara yang kita tidak suka itu sebenarnya adalah lebih baik untuk kita.
Sebelum Solat Istikharah, Lakukan Dahulu Istisyarah
Apakah yang dimaksudkan dengan istisyarah?
Istisyarah bermaksud ‘meminta nasihat.’
Maksudnya meminta nasihat daripada mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman mengenai masalah yang anda sedang hadapi.
Rasulullah tidak melakukan istikharah dalam beberapa situasi penting.
Hal ini kerana Nabi s.a,w sudah yakin pilihan itu tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air.
Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.
Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit, Rasulullah menerimanya tanpa beristikharah.
Ini kerana cadangan itu memang adalah yang terbaik dalam pertimbangan.
Dalam situasi kita:
Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.
InsyaAllah pandangan mereka mempunyai hikmah yang akan membuka minda kita.
Sekiranya sudah nampak yang mana pilihan terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jikalau kita rasa tidak yakin, baru kita lakukan istikharah.
Tiga Kaedah Melaksanakan Istikharah
Mengenai kaedah melakukan istikharah, menurut pendapat-pendapat yang masyhur, ia terbahagi kepada tiga bentuk:
Bentuk yang paling sempurna adalah melakukan dua rakaat sunat istikharah, dan membaca doa yang ma’thur seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Bentuk yang kedua pula adalah kita membaca doa sahaja tanpa melakukan solat sunat. Bentuk kedua ini diharuskan jika pada ketika itu kita tidak mampu ataupun uzur untuk melakukan solat dan doa bersama-sama. Umpamanya orang yang sakit ataupun datang haid, golongan ini harus hanya berdoa untuk beristikharah.
Tahap ketiga pula adalah harus untuk berdoa selepas apa jua solat, dengan niat untuk istikharah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
Waktu Solat Istikharah
solat sunat rawatib asar
Bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan istikharah?
Adakah terdapat sebarang waktu yang khusus ataupun istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa?
Perkara ini diterangkan seperti berikut:
Berdoa Sahaja
Terdapat pendapat yang mengharuskan istikharah dengan berdoa sahaja tanpa melakukan solat, maka istikharah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ini kerana tiada halangan untuk berdoa pada setiap masa.
Waktu Boleh Mengerjakan Solat Istikharah
Bagi yang melakukan dua rakaat solat sunat Istikharah, maka ia berkait dengan waktu yang dibolehkan melakukan solat sunat dan waktu yang makruh.
Solat sunat Istikharah ini harus dilakukan pada setiap masa kecuali ketika waktu makruh seperti berikut:
Sesudah solat fardu subuh sehingga waktu dhuha
Selepas solat fardu asar sehingga terbenamnya matahari
Hikmah larangan ini adalah untuk tidak menyerupai sebahagian orang kafir yang menyembah matahari ketika matahari terbit dan juga sujud ketika matahari terbenam.
Larangan ini bertujuan untuk menutup segala pintu ke arah perbuatan syirik dan perbuatan yang menyerupai amalan orang kafir.
Waktu Paling Mustajab Untuk Melakukan Solat Istikharah
Tiada dalil khusus yang menunjukkan waktu khas untuk kita melakukan solat sunat istikharah dan berdoa. Pendapat yang paling tepat adalah kita memperbanyakkan doa pada setiap waktu terutamanya ketika waktu mustajab.
Antara waktu mustajab untuk berdoa adalah:
Waktu antara azan dan iqamah
Pada pertengahan malam atau satu pertiga akhir malam (qiamullail) bersama-sama Solat Tahajjud dan Solat Taubat.
Ketika sujud.
Pada akhir setiap kali solat, iaitu sebelum memberi salam.
Niat Solat Istikharah
Niat solat istikharah adalah seperti berikut:
Lafaz niat solat istikharah
Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Jumlah Rakaat
Solat sunat istikharah boleh dikerjakan 2 rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam.
Cara Solat Istikharah
Bagaimana cara mengerjakan Solat Istikharah?
Cara Solat Istikharah dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai.
Di bawah ini adalah panduan langkah demi langkah untuk mengerjakannya:
Rakaat Pertama
Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Istikharah
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat istikharah dalam hati.
Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
takbiratul ihram
Kemudian, Bacalah Doa Iftitah.
Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Jika dibaca, mendapat pahala.
doa iftitah
Doa Iftitah
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.
surah al fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada mana-mana surah al-Quran seperti surah al-Kafirun.
Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
rukuk solat
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
solat taubat
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
solat taubat
Posisi Duduk Istirahat
Rakaat Kedua
11.Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
surah al fatihah
Surah al-Fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Membaca Surah al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.
Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
rukuk solat
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
solat taubat
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Bacaan Dalam Sujud Akhir
Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
bacaan dalam sujud solat istikharah
Subhanaka Laa i’lma Lana illa Maa ‘AllamTana, innaka Anta ‘Alimul-hakim (40x)
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
tahiyat akhir
20Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Jika anda mahu menambah bilangan rakaat solat ini sehingga 12 rakaat, ulangi langkah 1-11.
Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah.
Seterusnya, lakukan doa Istikharah seperti yang dinyatakan pada bahagian di bawah
Doa Istikharah
doa istikharah
Rasulullah SAW kerap mengajar doa ini sebagaimana Baginda mengajar ayat-ayat al-Quran (Rekod Imam Al-Bukhari)
Allahumma Innii Astakhiiruka bi’ilmika
Wa Astaqdiruka Biqudrotika
Wa As-aluka Min Fadhlikal Azhiim
Fainnaka Taqdiiru Wa Laa Aqdiru
Wata’lamu Wa Laa A’lamu
Wa Anta ‘allaamul Ghuyuub
Allaahumma In Kunta Ta’lamu
Anna Haadzal Amro Khoirun Lii Fii Diinii Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
Faqdurhu lii Wayassirhu lii
Tsumma Baarikli Fiihi
Wa In Kunta Ta’lamu
Anna Haadzal Amro Syarrun Lii Fii Diini
Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
Fashrifhu ‘annii Washrifnii ‘anhu
Waqdur Liyal Khairahaytsu Kaana
Tsumma Aor Dhinii Bih
Maksud Doa Istikharah
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Rekod Imam al-Bukhari)
Bacalah doa itu di dalam bahasa apa sahaja dan ketahuilah bahawa Allah Maha Memahami segala bahasa.
Yang penting, berdoalah dengan hati yang hadir. Allah mahu mendengar rintihan dan rayuan ikhlas hambaNya kepadaNya.
Jika ianya lebih mudah untuk anda menyampaikan doa di dalam bahasa lain, maka berbuatlah demikian.
Setelah selesai melaksanakan Solat Sunat Istikharah dan berdoa, bertawakkallah dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT dengan harapan Allah SWT akan memberikan petunjuk terhadap kebimbangan dan keraguan yang kita hadapi.
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Berdoa?
Pada ulama berbeza pandangan mengenai waktu untuk kita membaca doa istikharah ini. Secara umumnya, pendapat mereka boleh dibahagikan kepada tiga:
Selepas Memberi Salam
Pendapat ini adalah pendapat kebanyakkan ulama. Doa dibaca sejurus selepas memberi salam pada rakaat kedua solat sunat istikharah.
Sebelum Memberi Salam
Sebahagian pendapat lain mengharuskan kita membaca doa ketika sujud terakhir solat istikharah, atau selepas tahiyat akhir.
Tiada Waktu Khas
Pendapat yang terakhir pula mengatakan tiada waktu tertentu untuk doa ini. Seseorang itu boleh berdoa sebelum memberi salam ataupun selepas selesai solat. Antara ulama yang memegang pendapat ini adalah Imam Ibnu Taimiyah.
Adakah Kita Perlu Menghafal Doa?
Bagi yang berkemampuan, sebaik-baiknya kita cuba menghafal doa yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Ini kerana kita percaya apa yang diajar oleh Baginda adalah cara yang terbaik.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesulitan untuk menghafal, terdapat beberapa kelonggaran untuk mereka:
Keadaan pertama: Bagi mereka yang mampu membaca, tidak menjadi masalah membacanya daripada kertas, buku ataupun dari telefon.
Keadaan kedua: Bagi mereka yang tidak pandai membaca pula, dibolehkan untuk membaca apa-apa doa yang membawa kepada makna istikharah.
Adakah Doa Perlu Dimulakan Dengan Selawat dan Lafaz Alhamdulillah?
Imam Nawawi berpendapat, harus untuk membaca lafaz alhamdulillah dan selawat pada permulaan doa.
Ini kerana terdapat hadis-hadis yang menganjurkan bacaan ini.
Namun, adalah lebih baik untuk kita mengehadkan doa tadi kepada apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan tidak menambah doa itu. Ini adalah lebih afdal dan elok.
Ketika Berdoa, Adakah Perlu Menyatakan Hajat Ataupun Cukup Dengan Hanya Berdoa Dalam Hati?
Walaupun mungkin ada yang berpendapat Allah SWT mengetahui setiap isi hati kita, tetapi seharusnya kita mengamalkan istikharah sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Seperti yang difahami daripada maksud hadis, Rasulullah SAW mengajar kita supaya menyebut hajat-hajat kita semasa doa istikharah.
Kemudian, diakhiri dengan memohon kepada Allah SWT supaya menunjukkan apa yang terbaik buat kita.
Bolehkah Memohon Banyak Permintaan Dalam Satu Solat Atau Doa?
Jawapan bagi persoalan ini berbeza mengikut keadaan:
Keadaan pertama:
Jika permintaan yang ingin dipinta itu berkait antara satu sama lain, diharuskan untuk menghimpun permintaan yang banyak dalam satu solat.
Keadaan kedua:
Bagi permintaan yang tidak berkait antara satu dan yang lain, tiada masalah untuk kita menghimpunkannya dalam satu solat.
Tetapi lebih baik jika dilakukan dalam solat-solat istikharah yang berasingan.
Apa Yang Perlu Dibuat Jika Uzur & Tidak Boleh Solat?
Apabila kita tidak dapat mengerjalan solat istikharah (seperti perempuan yang haid), maka diperbolehkan untuk terus membaca Doa Istikharah.
Oleh itu, seorang wanita yang tidak solat kerana uzur shar’ie, doanya tetap sah meskipun tidak diiringi solat.
Adakah Perlu Melaksanakan Istikharah Berulang Kali?
Jawapan bagi persoalan ini terbahagi kepada beberapa pendapat:
Pendapat Pertama
Tidak disyaratkan untuk kita mengulangi istikharah berkali-kali. Pendapat ini bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan solat istikharah adalah solat dua rakaat.
Pendapat Kedua
Kita dibolehkan melakukan solat sunat istikharah berulang kali. Dalil ini adalah daripada amalan para sahabat.
Antaranya adalah Ibnu Zubair yang berkata:
Sesungguhnya aku beristikharah kepada Tuhanku sebanyak tiga kali”
Ia juga pernah diamalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab RA ketika peristiwa penulisan hadis. Diceritakan bahawa Sayidina Umar RA telah melakukan syura bersama para sahabat yang lain, kemudian dia melakukan istikharah selama sebulan sebelum membuat keputusan.
Dan yang terakhir adalah kata-kata Sayidina Anas bin Malik:
Jika kamu berniat dalam suatu urusan, lakukanlah istikharah kepada Tuhanmu pada urusan itu sebanyak tujuh kali”
Pendapat Ketiga
Pendapat ini tidak menetapkan sebarang bilangan. Pendapat ini mengatakan istikharah boleh dilakukan berulang kali selagi tidak mendapat jawapan.
Seandainya sudah mendapat jawapan, maka tidak perlu lagi untuk melakukan istikharah.
Bolehkah Mewakilkan Orang Lain Untuk Melakukan Istikharah?
Pendapat yang utama adalah tidak membenarkan perkara ini.
Mereka berpendapat tidak boleh bagi seseorang itu menunaikan solat untuk orang lain, sama ada solat yang wajib ataupun solat yang sunat, juga sama ada untuk orang yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Sebahagian ulama, antaranya dalam mazhab Syafi’e pula mengharuskan seseorang itu melakukan istikharah untuk saudaranya yang lain.
Pendapat ini disandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah”
(Riwayat Imam Muslim)
Petunjuk Istikharah
petunjuk istikharah
Bagaimana petunjuk istikharah kita terjawab?
Apabila kita telah menunaikan solat istikharah maka hendaklah kita berserah kepada Allah Taala.
Bermohonlah kepada Allah dengan penuh keyakinan agar diberi petunjuk melalui mimpi, gerak hati (rasa lebih cenderung & kuat) dan dipermudahkan urusan yang mana baik.
Menurut Dr Ali Jum’ah:
Perlu diketahui bukanlah apabila kita sudah melakukan solat istikharah akan bermimpi atau melihat suatu kejadian yang ajaib tetapi biasanya apabila perkara yang akan kita lakukan itu elok bagi kita teruskan maka tandanya akan jadi mudah segala hal yang berkaitan dengannya dan begitu pula sebaliknya.
petunjuk istikharah
Memahami Petunjuk & Jawapan Istikharah
Bagaimana jawapan dan petunjuk istikharah boleh diketahui?
Panduan ini akan menjelaskan bab berkaitan petunjuk dan jawapan istikharah yang harus difahami, secara lengkap.
Lihat Panduan Ini
Bagaimana Jika Saya Masih Belum Dapat Jawapan dan Keputusan?
Teruskan solat.
Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, lakukan lagi untuk kali yang kedua dan ketiga.
Ini mungkin petanda bahawa Allah SWT memahukan kita untuk terus merayu kepadaNya dan meminta pertolongan daripadaNya.
Apa pun, jangan sesekali putus harapan.
Walaupun kita meminta seribu kali tanpa petunjuk yang pasti, itu bukanlah sebab untuk berhenti meminta.
Ketahuilah bahawa Allah hanya belum meletakkan kecenderungan itu di dalam hati kita.
Saya Jarang Solat. Adakah Istikharah Saya Akan Dijawab?
Allah adalah tempat bergantung kesemua makhluk.
Malah pendosa terbesar sekali pun masih boleh kembali kepada Allah dan meminta daripadaNya. Ini merupakan tanda keikhlasan dan kepercayaan kita kepada Allah.
Oleh itu, lakukanlah solat istikharah walaupun anda tidak solat sebelum ini.
Mencari Keberkatan Daripada Istikharah Yang Dilakukan
keberkatan istikharah
Bagaimana kita boleh mencari keberkatan dari istikharah?
Dalam proses istikharah ini, tanamkan dalam hati bahawa apa yang kita harapkan daripada istikharah ini adalah agar Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan dan memandu kita, menaungi dan memerhatikan perjalanan hidup kita, dan melimpahkan sebanyak-banyak keberkatan dan rahmat kepada diri kita.
Kita berharap agar Allah SWT tidak mengabaikan perihal diri kita, seperti sebuah doa yang diajarkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:
“Ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau biarkan aku pada diriku walau sekelip mata”
SUMBER JAKIM