GAYA HIDUPkesihatan

KHASIAT BUNGA TELANG

Bunga telang (Jawi: ‏بوڠا تلــــڠ‎‎), kembang telang, kacang telang atau bunga biru (nama saintifik: Clitoria ternatea)[1][2] ialah spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

BotanI

Bentuk penuh bunga telang.[3]

Lenggai dan bunga mengkal hingga masak

Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.

Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknya Clitoria. Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandungan antosianin tetapi ada juga bunga yang berwarna putih. Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung pada cepu debunga. Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.

Kegunaan

Dalam makanan

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu, pulut dan mi; malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut. Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni “teh bunga telang”); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[9]

Tujuan lain

Bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang penganut Hindu. Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan serta sebagai penggalak mengembalikan semula keadaan persekitaran tanah terbiar.

Galeri

Depan dan belakangClitoria ternatea, Isla Margarita, VenezuelaTeh Clitoria dalam kendi

Khasiat Bunga Telang

Bunga telang mempunyai pelbagai khasiat dan sering digunakan dalam masakan. Pokok ini kaya dengan anthocyanin, yang merupakan sebatian antioksidan yang bertanggungjawab menghasilkan warna yang unik. Oleh sebab itu, banyak pengeluar produk kecantikan telah menggunakan bunga telang dalam kosmetik atau sebagai pewarna semula jadi untuk makanan, minuman dan tekstil.

Bunganya pula biasanya dibancuh menjadi teh herba, selalunya bersama bahan-bahan lain seperti serai, madu, dan lemon.

Selain itu, ia juga terkenal dengan khasiat perubatannya dan dikatakan mampu merawat pelbagai jenis penyakit kronik. Berikut adalah sebahagian daripada khasiat bunga telang:

1. Kaya dengan antioksidan  Teh bunga telang akan memenuhi tubuh anda dengan agen antioksidan atau juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas. Selain itu, antioksidan juga memainkan peranan penting lain seperti:

a. Mengurangkan risiko penyakit.  Antioksidan menghalang kerosakan sel anda yang berpunca daripada radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh tubuh anda sebagai tindak balas kepada persekitaran atau tekanan lain, atau sebagai bahan buangan proses sel normal.

Jika badan anda tidak dapat menyingkirkan bahan-bahan ini, anda akan mengalami tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit seperti kanser, strok, penyakit pernafasan, penyakit jantung, penyakit Parkinson, arthritis dan kekurangan imun. Ia juga turut dikaitkan dengan emfisema dan penyakit iskemia dan keradangan lain.

b. Mengurangkan keradangan  Antioksidan juga membantu dalam mengurangkan keradangan. Keradangan kadangkala merupakan tindak balas menyeluruh terhadap kecederaan atau organisma asing dalam tubuh anda. Tindak balas ini dibahagikan kepada kronik dan akut bergantung kepada proses keradangan dan mekanisme selular.

Kajian terkini mendapati bahawa keradangan kronik menjadi faktor penting dalam perkembangan beberapa penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, penyakit jantung, obesiti, dan banyak lagi. Radikal bebas hasil daripada pelbagai proses biologi boleh menyebabkan kerosakan tisu yang seterusnya menyumbang kepada pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Oleh kerana, antioksidan berfungsi membantu melawan radikal bebas ini yang boleh menyebabkan kerosakan tisu, yang seterusnya membantu mengurangkan keradangan hasil daripada tindak balas kepada kerosakan itu. 

c. Meningkatkan kesihatan mental Radikal bebas kadangkala boleh menyerang bahagian hippocampus otak anda. Hippocampus mempunyai peranan penting dalam pembelajaran dan ingatan. Ini bermakna apabila radikal bebas menyerang kawasan ini, ia akan mengganggu fungsi tersebut. Dengan mengamalkan teh bunga telah mampu untuk membantu meningkatkan fungsi otak dan kesihatan mental.

Bunga telang juga meningkatkan kesihatan mental kerana ia mampu menurunkan tekanan emosi dan menenangkan fikiran anda. 

2. Mengurangkan risiko beberapa keadaan kesihatan

Pengamalan teh bunga telang juga membantu mengurangkan risiko anda terdedah kepada beberapa jenis penyakit kerana kandungan vitamin E yang tinggi di dalamnya. Vitamin E dikaitkan dengan pengurangan risiko bagi beberapa jenis penyakit seperti: –

  • Penyakit jantung koronari: Pakar mendedahkan bahawa vitamin E menghalang pembentukan kolesterol ‘buruk’ LDL dan darah beku yang menjadi faktor  kepada penyakit kronik ini.
  • Gangguan Penglihatan: Vitamin ini membantu mencegah penurunan makula yang disebabkan oleh faktor usia dan gangguan penglihatan yang lain.
  • Kanser: Vitamin E mempunyai antioksidan dan sifat memodulasi imun yang boleh membantu mencegah kanser.
  • Keradangan: Vitamin E juga menghalang keradangan dan menyokong fungsi imun.

3. Menggalakkan penurunan berat badan

Beberapa kajian sebelum ini mendapati bahawa teh bunga telang boleh membantu dalam usaha penurunan berat badan. Ia boleh melambatkan pembentukan sel lemak dengan mengawal selia laluan tertentu yang terlibat dalam perkembangan sel.

Bunga telang juga mengandungi ternatin yang boleh menyekat sintesis sel lemak dalam tubuh anda.

4. Membantu menguruskan penyakit kencing manis

Kajian awal makmal pada haiwan juga mendapati bahawa herba Clitoria Ternatea yang terdapat dalam bunga telang mungkin mempunyai ciri-ciri melawan kencing manis dengan cara menstabilkan atau mengurangkan paras gula dalam darah.

Namun begitu, belum ada kajian manusia yang dijalankan untuk menyokong kajian haiwan ini. Oleh itu, adalah amat dinasihatkan agar dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil teh bunga telang sebagai sebahagian daripada rawatan penyakit kencing manis anda.

5. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut

Untuk pengetahuan anda, bunga telang bukanlah ramuan asing dalam industri kecantikan kerana ia telah lama digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik. 

Pakar mendedahkan bahawa Clitoria Ternatea L., lebih dikenali sebagai butterfly pea, mempunyai ernatin anthocyanin, A1-A3, B1-B4, C1 C4 dan D1-D3 yang boleh meningkatkan kesihatan kulit dan rambut kerana sifat antioksidan dan anti-radangnya.

Menurut kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang boleh meningkatkan kelembapan kulit anda sebanyak 70% sejam selepas penggunaannya.

Kajian haiwan pada tahun 2012 pula mendapati bahawa ekstrak bunga telang mungkin lebih berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut berbanding minoxidil, iaitu ramuan yang biasa digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut.

6. Membantu proses penghadaman

Antioksidan dalam teh bunga telang mampu membantu mengendurkan otot perut di mana ini membantu proses penghadaman. Ia juga mempunyai sifat anthelmintik iaitu menghalang pertumbuhan cacing dalam usus anda.

Sumber: wikipedia/internet

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button