Rangkaian premium menyasarkan masalah rambut pada peringkat sel agar rambut lebih kuat dan sihat selepas penggunaan pertama*.
Rambut cantik dan sihat merupakan idaman setiap wanita tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya tanpa penjagaan dan khasiat yang betul bagi rambut serta kulit kepala. Antara sebabnya ialah pengguna tidak memberikan perhatian dan penelitian yang sama terhadap keperluan penjagaan rambut mereka. Oleh itu, sementara penjagaan kulit sering didahulukan dengan mengambil tindakan segera sekiranya mendapati sebarang bintik-bintik gelap atau jerawat, namun penjagaan rambut seringkali dipandang remeh.
Oleh hal yang demikian, Dove memperkenalkan Hair Therapy baharu – rangkaian penjagaan rambut luar biasa yang ditambah dengan ramuan penjagaan kulit untuk menyuburkan rambut setiap wanita pada peringkat sel.
Jaga rambut anda sebagaimana kulit
Dove Hair Therapy baharu menjanjikan pemulihan rambut sihat bersinar melalui campuran rangkaian bahan penjagaan kulit termasuklah Vitamin C dan Asid Hialuronik sebagaimana trend skinification yang meningkat naik baru-baru ini. Bahan-bahan penting yang biasa ditemui dalam penjagaan kulit ini mempunyai pelbagai manfaat seperti mengurangkan 99% kerosakan melalui penyerapan Vitamin C yang mujarab. Selain itu, rangkaian ini mempunyai kualiti penghidratan yang terunggul dan memulihkan rambut pada tahap sel agar rambut menjadi 100% lebih kuat dan lembut hanya selepas satu penggunaan*.
Rangkaian Dove Hair Therapy juga mempunyai dwiperapi pertama dilengkapi dengan perapi serum berpaten yang menggabungkan serum bertaraf produk penjagaan kulit dan perapi berkhasiat untuk memberikan manfaat yang menguatkan, menjadi lebih muda serta memulihkan dalam penjagaan kulit dan rambut. Semuanya boleh didapati dalam satu tiub yang membaiki rambut dalam satu minit dan sekali gus membolehkan pengguna merasai kuasa dua produk dalam hanya satu langkah mudah.
Koleksi Dove Hair Therapy tertumpu pada tiga barisan produk utama yang mengatasi masalah rambut paling selalu dihadapi oleh para pengguna dengan mengambil kira penjagaan berkesan dan berkhasiat. Rangkaian produk ini boleh didapati dalam tiga jenis:
- Breakage Remedy: dirumus dengan vitamin C untuk rambut yang kelihatan lebih tebal, kuat dan panjang dengan 99% kurang kerosakan. Sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut rosak.
- Sensitive Scalp Care: dirumus dengan Serum Hialuronik untuk membersih dan mengaktifkan kulit kepala dengan lembut. Produk ini juga telah diuji secara dermatologi dan klinikal oleh makmal yang diperakui. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kepala kering dan sensitif.
- Pro Age: All in One: dirumus dengan Bio Q-10, ia memulihkan dan menguatkan rambut dengan serta-merta menjadikan rambut 2x lebih gebu dan sihat⃰. Penyelesaian semua dalam satu yang sesuai untuk rambut kering, rapuh dan menua.
⃰ produk eksklusif untuk Watson’s
“Kami teruja untuk melancarkan Dove Hair Therapy – rangkaian penjagaan rambut yang terinspirasi daripada penjagaan kulit premium pertama Dove. Ramai wanita mengabaikan kulit kepala dan sering menumpukan perhatian pada wajah mereka. Walau bagaimanapun, kulit kepala kita memerlukan tahap penjagaan yang sama kerana kelenjar sebum di kulit kepala adalah lebih banyak berbanding dengan bahagian badan yang lain. Koleksi Dove Hair Therapy menyediakan pengguna dengan ramuan penjagaan kulit premium untuk memenuhi pelbagai keperluan rambut pada harga yang berpatutan. Ini membolehkan semua orang mendapat rambut idaman mereka dan sekaligus memiliki penampilan yang terbaik”, kata Natalie Goh, Pengurus Pemasaran Unilever di Malaysia dan Singapura.