Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia daripada jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia shampo, merupakan pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat di kebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.
Lempoyang merupakan tumbuhan sepanjang tahun (“Perennial”), dengan itu dari musim luruh sehingga musim bunga ia bertapa atas tanah ketika batang berdaunnya kecut dan kering, meninggalkan batang menjalar berwarna coklat pucat (rhizomes) pada paras tanah. Pada musim bunga tumbuhan ini kembali tumbuh. Bilahan daun antara 10-12 sepanjang 15–20 cm tumbuh dalam aturan bersilang pada batang menegak, halus sehingga setinggi 1.2 m. Antara batang daun, bunga berbentuk belantan kembang pada batang yang lebih pendek berasingan. Ia muncul pada musim panas, selepas batang daun tumbuh agak lama. Kepala bunga berwarna merah kehijauan sepanjang 3–10 cm dengan sisik bertindanan, melindungi bunga putih kekuningan kecil yang menonjol keluar beberapa kuntum pada sesuatu masa. Ketika kepala bunga matang, ia perlahan-lahan berisi dengan cecair berlendir, berbau harum dan bertukar merah darah. Batang bunga biasanya kekal tersembunyi di bawah batang daun.
Tumbuhan ini berasal dari India, disebarkan ke arah Timur melalui Polynesia dan diperkenalkan ke kepulauan Hawai melalui kanoe oleh penetap Polynesian awal Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati: kurang selera makan sesak nafas bau badan Gaut Untuk kulit cantik Lempoyang mampu rawat barah Lempoyang mungkin kedengaran pelik pada kebanyakan orang muda hari ini. Namun jika disebut halia hutan, pasti mudah untuk sesiapa saja menggambarkan rupa sebenar lempoyang. Kerap disebut sebagai halia syampu, tumbuhan daripada kumpulan zingiber ini hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan boleh mencapai ketinggian antara 30 hingga 50 sentimeter (sm) dari tanah.
Sama seperti halia yang lain, lempoyang juga membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Malah rizomnya juga digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera untuk pelbagai masakan, sementara pati rizom digunakan dalam perubatan herba.
Dalam bidang perubatan moden, lempoyang didapati mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum selnya bertukar kepada abnormal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan. Begitupun, lempoyang sebenarnya sudah lama popular dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Sejak dulu, tumbuhan ini digunakan untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah. Antara kaedah paling popular adalah dengan cara mengambil setengah ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Air perahan lempoyang diminum dengan mencampur sedikit gula atau madu. Selain itu, khasiatnya juga dapat mengubati masalah kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Khasiat Lempoyang juga digunakan secara tradisional untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dengan cara meminum air perahan kulit ubinya yang dikikis dan dicampur bersama sedikit madu. Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Sumber wikipedia