AGAMA

Kelebihan Surah Yaasin

Mengamalkan surah Yassin tidak kira masa akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

  1. Mengikut sebuah hadis surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafaat kepada pembacanya di kehidupan dunia dan akhirat seperti menghindari daripada penderitaan dunia dan menjauhkan kedahsyatkan kehidupan akhirat.
  2. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah, iaitu ia yang mengangkat darjat orang yang beriman dan menurunkan darjat orang yang ingkar (tidak beriman).
  3. Allah SWT membacakan surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata, “Umat di mana Al Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan dirahmat.”
  4. Rasullulah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yassin berada di setiap hati ummatku.”
  5. Keberkatan Surah Yassin — A. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. B. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. C. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. D. Jika di dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. E. Jika terpenjara akan dibebaskan F. Jika musafir boleh sampai ke tempat yang ditujunya. G. Jika dibaca kepada orang yang meninggal dunia, Allah meringan seksanya. H. Jika orang dahaga membacanya, akan hilang rasa hausnya. I. Jika dibaca kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Fadhilat dan Khasiat surah Yassin. Rasulullah SAW bersabda

  1. Sesiapa yang membaca surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.
  2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al Quran ialah surah Yassin. “Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menulis pahalanya seperti pahala membaca al Quran sebanyak 10 kali.
  3. Sesiapa yang membaca surah Yassin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikan sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.
  4. Jika seseorang membaca surah Yassin ada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, dia akan mati sebagai mati syahid.

 

  1. Sesiapa membaca surah Yassin, dia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca sewaktu lapar, akan dihilangkan kelaparan itu, sesiapa yang sesat jalaan, akan menjumpai jalannya semula, yang kehilangan binatang peliharannya akan mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makan, makan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan akan dimudahkan baginya. Dan jika seorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.
  2. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jika surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutannya itu.
  3. Jika surah Yassin dan surah Was-Saffat pada hari jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.
  4. Sesiapa bersolat sunat dua rakaan pada malam jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalan dari tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dialah orang yang munafik.
  5. Apabila datang ajal, orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.
  6. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  7. Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu mebaca surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuran (tafsi Nur Ats-Tsaqalayn).
  8. Imam Ja’far Ash-Shdiq, “Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur Allah mengutuskan 1000 Malaikat untuk menjaganya daripada keburukan semua syaitan yang terkutuk dan daripada setiap penyakit. Jika dia meninggal hari itu, 3000 malaikat hadir untuk memandi, memohon keampunan dan menghantarnya ke kubur sambil memmohon ampunan untuknya. Ketika dimasukkan ke liang para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahat dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kubur diluaskan sejauh mata memandang, diselamat daripada seksa kubur dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitnya dari kubur kelak.” (kitab Tsawabul a’mal)

Related posts

Fadhilat Ayat-Ayat Surah Yaasin

admin

Rasulullah SAW Sebagai Ahli Politik Dan Pemimpin

admin

SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

adminwm

Leave a Comment