FESYEN

Gucci x Adidas Koleksi Mesti Ada Pencinta Fesyen

Gucci x Adidas mungkin antara koleksi yang menjadi bualan sepanjang Minggu Fesyen Milan buat koleksi Musim Luruh 2022. jika musim lalu kita boleh melihat kerjasama antara dua jenama mega Fendi x Versace mahupun Gucci x Balenciaga ternyata kalobrasi ini tidak menemukan titik noktahnya lagi apabila Gucci sekali lagi memilih Adidas dalam menghasilkan koleksi yang kuat dna buat jenama masing-masing.

Sebenarnya kerjasama yang dihasilkan ini bukanlah sesuatu yang baru dan apa yang penting sudah tentu ianya antara kalobrasi yang menguntungkan buat kedua-dua jenama dari segi aspek pemasaran terutamanya dalam  menarik golongan pembeli muda.

Menjulang logo 3 line dan bunga Adidas sebagai taruhan, ternyata himpunan kali ni lebih segar dan berjiwa muda. Sudah tentu logo mania masih diguna pakai di dalam koleksi ini, Alessandro Michele bijak mengadun logo adidas bersama dna Gucci pada setiap helaian mahupun aksesori seperti topi, bag dan kasut.

Dan sudah tentu koleksi ini antara yang paling ditunggu buat peminat fesyen pada musim luruh akan datang kerana himpunan kali ni adalah himpunan wajib ada dalam setiap gerobok pecinta fesyen

Sumber gambar- Vogue Runway & Instagram

Related posts

Hayati Sentuhan Warisan, Koleksi The Heritage dUCk, Lebaran ini.

adminwm

Beg Tangan Bernilai $11,500 Pilihan Selebriti

admin

Embracing Sustainability

admin

Leave a Comment