GAYA HIDUPSANA-SINI

Acara Minum Petang Anya Hindmarch Sempena Meraikan Hari Persahabatan

Terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hal famili, sedar tak sedar berbulan kita tidak berhubung dengan teman baik. Berbeza ketika di universiti dulu, hari-hari bertemu, bersembang berbagai cerita. Rindunya zaman tu. 

Dalam kesibukan bekerja dan menguruskan famili, sesekali kita usahakan juga rancangan bertemu teman baik. Jangan bagi alasan ‘tak ada masa’ kerana itu tipu belaka. Masanya ada, hanya kita yang tidak pandai mengaturkan. Dan kadang kerana cerewet, mahukan tempat yang fancy dan tempat itu pula jauh atau fully booked, jadi pelan terpaksa dibatalkan. Oh my dear, melepak sajalah di rumah, buat potluck atau apa salahnya pergi restoran mamak. Yang penting dapat berjumpa atau kalau tidak, mungkin terpaksa tunda ke tahun depan

Persahabatan itu penting. Nak memilikinya payah sekali, perlu tempuh pelbagai onak duri, berbaik, bergaduh dan tinggalkan kawan yang toksik (atau kita yang kena tinggal) dan seterusnya tinggal beberapa kerat yang sama sekepala dan setelah berbagai memori dikumpul, terbinalah satu persahabatan. 

Kita tunjukkan tanda kasih pada sahabat dengan doa, membantunya bila dia susah dan bila dia di atas, kita sama tumpang gembira walaupun ketika itu dia terlupa meraikannya dengan kita (dalam bersahabat bukan semuanya best.) Sesekali kita manjai sahabat dengan hadiah mahal (jika mampu.) Barangkali ada sesuatu yang dia idamkan sejak sekian lama, tetapi tidak mampu memilikinya, jadi kita hadiahkan. Saya teringat cerita Jeslina Hashim, teman baiknya meraikan hari jadi dengan menghadiahkan geng-gengnya beg tangan daripada koleksi yang sama tetapi berbeza warna. Bestkan!

Upp, terlebih panjang bercerita. Sebenarnya nak berkongsi tentang Anya Hindmarch yang baru-baru ini meraikan Hari Persahabatan dengan acara minum petang bersama pelanggan tetap. Di acara sama, mereka mementaskan koleksi musim Luruh/Sejuk 2019 yang masih panas, baru tiba dari luar negara.

Lihat gambar acara ini di bawah:

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10136″]
Iris Tan & Marina Abu Bakar
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10137″]
Chai Ee Von, Chai Su Zanne, Mazlina Mahmood & Puteri Nurfaliza
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10138″]
Carmey Chua & Jennifer Tang
[thb_gap height=”40″]

Related posts

SJMC MERAPATKAN HOSPITAL KEPADA ANDA

adminwm

Gelagat

admin

Buah-buahan Yang Elok Untuk Diabetes

adminwm

Leave a Comment