CANTIKGAYA HIDUP

Selepas 80 Tahun Bedak Agnesia Kembali Perkenal Haruman Baru

Berpuluh tahun dulu di laci alat solek di rumah tok nenek kita pasti ada sebotol bedak Agnesia Hygiene Care. Baunya yang menyenangkan dan teksturnya yang halus sungguh seronok diguna.

Itu cerita 80 tahun dulu, dan hari ini bedak Agnesia masih menjadi permintaan dan tampil pula dengan rangkaian baru iaitu dua haruman, lavender dan ros. 

Bagus menggunakan bedak Agnesia kerana ia membasmi 99.9% bakteria dan tidak mengandungi asbestos. Rumusannya melegakan dan menenangkan, selain mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% zink oksida dan 0.5% chlorohexidine. Bedak pelindung yang menjadi pilihan ramai ini membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.

Bedak Agnesia disahkan Halal dan elok digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Demam Panas: Rawatan Awal

admin

MIIOA Cipta Sejarah Perniagaan Online

admin

SALMON DNA DALAM KULIT ANDA?

adminwm

Leave a Comment