GAYA HIDUPTULAR

Pengetua Pusat Tahfiz Liwat 9 Pelajar: Ustaz Bernafsu Songsang?

“Hasil laporan perubatan oleh pihak HKL mengesahkan salah seorang mangsa diliwat hingga mengalami kecederaan usus manakala selebihnya berdepan gangguan emosi yang teruk. Mangsa lain mendakwa dipaksa melakukan onani, mandi bersama, diraba selain pelbagai perbuatan tidak masuk akal oleh suspek yang juga mudir pusat tahfiz itu. Malah ada antara mangsa bawah umur ini mendakwa dibawa suspek ke beberapa penginapan di Bukit Bintang dan Chow Kit untuk melakukan perbuatan keji itu.” – Harian Metro, Sabtu, 22 September 2018.

Saya jumpa banyak berita tentang kes liwat yang berlaku di pusat tahfiz yang dilaporkan media. Kes yang saya baca itu berlaku di Kuala Lumpur membawa ke Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Pahang dan Sarawak. Maksudnya ia pernah terjadi di hampir setiap negeri yang ada pusat tahfiz. Dan antara kesemua kes, yang di atas pada saya antara yang paling hangat, kerana ia berlaku di sebuah pusat tahfiz yang terletak bersebelahan rumah urut dan dikhabarkan beroperasi secara haram. Kes ini juga tular dan mendapat perhatian pelbagai media, daripada Malaysia Kini, Berita Harian (termasuk edisi Singapura), MStar, NST, Utusan, Astro Awani, Kosmo, Sinar Harian, Harian Metro membawa ke Bernama News Channel, BFM News dan tidak ketinggalan merata blog.

Saya kongsikan lebih lagi tentang kes ini. Berita Harian bertarikh Sabtu, 22 September 2018 (berdasarkan laporan daripada satu sumber) antara lain menyebut, “Perbuatan keji itu mula terbongkar selepas beberapa mangsa mengadu kepada tenaga pengajar di pusat itu. Selepas yakin dengan bukti dikumpulkan, seramai tiga tenaga pengajar di pusat tahfiz itu sepakat membawa semua mangsa ke IPKKL untuk membuat laporan polis minggu lalu sebelum kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak ( D11).” Manakala Malaysia Kini bertarikh 23 September 2018 melaporkan, “Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September. Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

Meluap rasa marah tatkala membacanya. Begitu juga yang dirasai penduduk di sekitar situ. Layanan buruk diberikan kepada pengetua tersebut dan turut mendapat tempias isteri dan ibu bapanya. Manakala ibu bapa kepada pelajar di situ pula, ada sesetengah yang memberhentikan anak mereka serta merta, tetapi ramai juga yang tidak melakukan apa-apa. Barangkali ibu bapa ini selesa beristiqamah dan menunggu keputusan mahkamah. 

Persoalannya, bagaimana gangguan seksual dan meliwat boleh terjadi di tempat menimba ilmu al-Quran? Adakah pelajar di situ berpakaian mendedahkan yang menyebabkan yang suspek gagal mengawal nafsu dan seterusnya, menjadikan mangsa sebagai objek seks? Atau mungkin kerana nafsunya tidak dipenuhi oleh isteri di rumah dan tidak dilayani seperti yang dia kehendaki, jadi pelajar yang ada antaranya baru di peringkat mumayyiz menjadi tempat dia melunaskan fantasi? Persoalan lain, bagaimana suspek yang merupakan seorang pengetua pusat tahfiz dan bergelar ustaz tergamak melakukan perbuatan demikian? Bukankah orang seperti itu seharusnya memiliki ketaatan, pegangan dan latar belakang agama yang kuat? Hem…kalau ustaz pun kita tidak boleh percaya, maksudnya nak percaya pada siapa?

Dan kisah liwat juga gangguan seksual pengetua pusat tahfiz ini tidak tamat di sini. Ada kisah lain yang turut berkait dengannya termasuk kisah wang yang tinggi jumlahnya. Amboi, sudah meliwat, mahukan duit pula? 

Nantikan kupasan minggu hadapan: Pengetua Tahfiz Liwat 9 Pelajar: Kerana Wang Peruntukan Satu Juta

Related posts

The OPPO Reno6 Series Making Every Shot Magical

admin

Sayur Pengubat Kanser

admin

Minyak Bunga Matahari Untuk Kecantikan

adminwm

Leave a Comment