GAYA HIDUP

SJMC MERAPATKAN HOSPITAL KEPADA ANDA

Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) memperkenalkan Connected Care, ekosistem penjagaan pesakit jarak jauh yang mengubah penyediaan penjagaan kesihatan dengan perkhidmatan lancar terus ke rumah pesakit. Perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia ini merupakan penyelesaian inovatif yang memberi penekanan kepada hubungan dan pemantauan jarak jauh oleh profesional penjagaan kesihatan yang dipercayai. Ini akan terus membolehkan pesakit dan orang yang tersayang mengakses penjagaan kesihatan pada bila-bila masa, di mana jua.

Seiring dengan komitmen SJMC terhadap inovasi, SJMC telah menjalin kerjasama dengan Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dan menyertai Hab HealthTech MRANTI, suatu inisiatif oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk memacu kemajuan dalam teknologi penjagaan kesihatan dan memupuk inovasi transformatif dalam penjagaan pesakit.

Kami mahu mengalihkan tumpuan daripada pesakit kepada individu, daripada penjagaan kesihatan kepada kesihatan yang menyeluruh, dan dari hospital ke rumah. Menerusi pelancaran Connected Care, kami merevolusikan kaedah penyampaian penjagaan kesihatan, sekali gus memperkasakan pesakit menerusi akses kepada penjagaan profesional dengan harga berpatutan di keselesaan kediaman mereka sendiri.

Penyertaan kami dalam Hab HealthTech MRANTI terus mengukuhkan komitmen kami untuk menjalin kerjasama dalam usaha membawakan impak yang lebih besar, memacu perkembangan dalam teknologi penjagaan kesihatan serta memupuk inovasi transformatif bagi merangsang industri di masa hadapan,” kata Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif SJMC.

Connected Care menandakan pencapaian penting dalam komitmen SJMC untuk membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif dan menyeluruh. Ekosistem yang inovatif ini diperluaskan susulan perkhidmatan sedia ada SJMC iaitu HomeConnect dan TeleConnect. Ia merangkumi enam bidang penjagaan dengan perkhidmatan terkini, SeniorConnect. Perkhidmatan ini khusus untuk memenuhi keperluan pesakit warga emas berusia 65 tahun dan ke atas yang mungkin tinggal berjauhan daripada orang yang tersayang, dengan sokongan penjaga.

SeniorConnect, komponen teras bagi Connected Care, menawarkan perkhidmatan pemantauan jarak jauh kepada pesakit yang disesuaikan dengan keperluan unik pesakit warga emas. Menerusi perkhidmatan ini, profesional penjagaan kesihatan boleh merekod dengan tepat dan memantau tanda-tanda penting individu secara teliti serta menghantar bantuan segera sekiranya ia diperlukan. Sistem pemantauan jarak jauh yang serba maju ini memastikan warga emas menerima penjagaan dan perhatian sewajarnya. Ini akan dapat mempromosikan kesejahteraan dan ketenangan untuk keluarga mereka.

Program Hab HealthTech MRANTI menawarkan inovator teknologi kesihatan, penyedia teknologi dan pemain ekosistem akses kepada sandbox, program dan perkhidmatan yang mempercepatkan pengkomersilan produk dan penyelesaian teknologi kesihatan.

Menerusi kerjasama ini, SJMC dan Hab Healthtech MRANTI akan bergabung sebagai rakan kongsi sandbox, untuk menyediakan platform untuk syarikat teknologi menguji dan mengesahkan produk mereka. Usaha ini menyediakan peluang yang tidak ternilai kepada syarikat berkenaan untuk mengetengahkan penyelesaian mereka dan sekiranya produk mereka seiring dengan keperluan SJMC, terdapat potensi melaksanakan teknologi berkenaan di SJMC.

Menerusi sokongan Hab Healthtech MRANTI, SJMC memperoleh akses kepada pelbagai syarikat teknologi penjagaan kesihatan. Kerjasama yang tidak ternilai ini memperkasakan SJMC untuk meneroka, melibatkan diri serta memanfaatkan inovasi dan penyelesaian yang ditawarkan oleh syarikat canggih berkenaan, seterusnya meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.

“Kami sama-sama berhasrat untuk menilai prestasi teknologi ini dalam persekitaraan penjagaan kesihatan yang sebenar dan memastikan hasil terbaik untuk pesakit. Kerjasama ini akan menyediakan nilai bukan sahaja kepada Hab HealthTech MRANTI tetapi juga kepada Kluster Integrasi Penjagaan Kesihatan (Integrated Healthcare Cluster – IHC) yang kami bangunkan menerusi kerjasama awam-swasta. IHC bakal menjadi pusat sehenti yang mempercepatkan pengkomersilan tempatan dan penggunaan teknologi dalam penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan,” kata Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI.

MRANTI IHC telah dilancarkan tahun lalu dan akan dibangunkan di kawasan seluas 10 ekar. Ia bakal mempercepatkan penerokaan dan pembangunan penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan. Program pembinaan keupayaan serta kemudahan makmal dan penyelidikan akan disediakan untuk membolehkan inovator menguji idea, prototaip, aplikasi dan pelbagai penyelesaian berkaitan menerusi penggunaan teknologi, peralatan dan kemudahan 4IR dalam persekitaran

Related posts

Love at First Click

adminwm

Taylor dengan Smokey Nude Glow Kit

admin

Mak Tutup Mata, Tahu Aku Diperkosa

admin

Leave a Comment