AGAMA

JANGAN PANDANG REMEH KEKEJAMAN ISRAEL

Kelebihan Masjid Al-Aqsa terlihat jelas dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Ia adalah destinasi terakhir Nabi SAW sebelum Nabi SAW diangkat ke langit bertemu Allah SWT. Allah berfirman:

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkali sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Sebahagian Ahli Tafsir menyebut bahawa Masjid Al-Aqsa adalah binaan kedua yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS setelah Kaabah. Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Tahir Ibn ‘Asyur dalam tafsir beliau.

Ia juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar RA. Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

Kemusnahan yang berlaku akibat perbuatan biadab Zionis.

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, masjid apa yang paling awal dibina? Baginda menjawab: Al-Masjid Al-Haram. Abu Zar bertanya lagi: Kemudian masjid apa? Baginda menjawab: Al-Al-Masjid Al-Aqsa. Saya (Abu Zar) bertanya lagi: Berapakah tempoh binaan antara kedua masjid tersebut? Baginda menjawab: 40 tahun. Sesiapa yang berada di mana-mana tempat tersebut, tunaikan solat di situ. Ini kerana ada kelebihan di tempat tersebut.”

Di samping itu, Al-Masjid Al-Aqsa sangat berkait rapat dengan sejarah para Nabi terdahulu yang diutuskan oleh Allah SWT. Ia dianggap sebagai kawasan suci umat Islam. Oleh itu, Al-Quran menggelarkan Palestin sebagai tanah yang suci (Al-Ardh Al-Muqaddasah). Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”.

Termasuk dalam tanah suci ini adalah Al-Masjid Al-Aqsa. Perkara ini telah dijelaskan dan dihuraikan oleh Imam Al-Tabari dalam tafsirnya.

Justeru, Al-Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan dan keistimewaan di mata umat Islam. Ia bukan sahaja berkait dengan akidah bahkan ia dianggap kawasan suci umat Islam.

Hakikatnya, sebarang usaha untuk mencemarkan kesucian Al-Masjid Al-Aqsa adalah merupakan satu perbuatan yang boleh mengguris dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Keperluan umat Islam prihatin dalam isu Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa

Isu Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa bukan isu untuk rakyat Palestin sahaja. Ia bukan semata-mata isu individu. Ia adalah isu yang melibatkan umat Islam keseluruhannya.

Isu yang berlaku kepada Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa khususnya tidak boleh dipandang remeh. Memandangkan ia adalah kawasan suci ketiga bagi umat Islam, ia perlu diberikan perhatian khusus.

Kelalaian umat Islam terhadap isu yang berlaku di Palestin akan menyebabkan musuh mudah untuk menguasainya. Pihak-pihak yang cuba mencemarkan kesuciannya wajib untuk dikecam dan diambil tindakan.

Bagi umat Islam, sejarah Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa harus sentiasa didendangkan. Anak-anak bangsa perlu diperingatkan tentang sejarah tanah suci ini.

Jika ini tidak dilakukan, kita akan melihat isu Palestin dipandang sepi oleh umat Islam satu hari nanti. Pihak kerajaan harus memainkan peranan agar isu Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa sentiasa segar di mata umat Islam.

Membela Palestin

Syeikh Abdul Khaliq as-Syarif menyebutkan kewajiban bagi setiap Muslim untuk membantu saudara Muslim Palestin. Paling tidak, as-Syarif menyebutkan 10 kewajiban. 

Pertama, menegakkan agama Allah dalam diri kita dengan cara komitmen dengan hukum Allah, menegakkan kewajiban, dan syiar Islam dalam diri kita, rumah tangga, dan lingkungan sekitar.

Kedua, membaca doa qunut nazilah dalam setiap shalat, dan secara khusus pada shalat malam. Sepertiga malam merupakan waktu mustajab untuk dikabulkannya doa.

Ketiga, menumbuhkan ikatan emosional persaudaraan antar sesama Muslim. Ikatan inilah yang sengaja dijauhkan oleh musuh Islam. Ketahuilah bahwa, “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (QS: al-Hujurat [49]: 10).

Nabi ﷺ menegaskan, “Perumpamaan orang Mukmin di dalam persahabatan dan rasa kasih sayangnya seperti tubuh yang satu. Apabila salah satu anggota tubuh itu sakit, maka semua anggota tubuh yang lain merasakan sakit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Keempat, berjihad dengan harta. Berjihad dengan harta ini berlaku bagi kaum Muslim yang tidak mampu berjihad dengan jiwanya. Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang membekali seorang mujahid untuk berperang di jalan Allah, maka sungguh ia telah ikut berperang, dan barangsiapa yang menjadi penanggung jawab yang baik (terhadap harta dan keluarga mujahid), maka sungguh ia telah ikut berperang.” (HR Bukhari Muslim).

Kelima, menyebarkan permasalahan Palestin di seluruh lapisan masyarakat supaya mereka sadar bahawa permasalahan Palestin merupakan permasalahan umat Islam. Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia bukan termasuk golongan mereka.” (HR Thabrani).

Keenam, mengenalkan permasalahan Palestin kepada para generasi muda bahwa agresi Israel terhadap Palestin merupakan bentuk penjajahan terhadap umat Islam. Hal ini bisa dilakukan melalui penyebaran buletin, majalah, juga dengan menggelar seminar dan aksi nyata menghimpun dana untuk Palestin.

Ketujuh, memboikot produk Yahudi dan sekutunya. Hal ini akan efektif dan terasa dampaknya jika masyarakat memiliki komitmen yang kuat untuk memboikot produk Yahudi dan para pemimpin memberikan teladannya.

Kedelapan, berpartisipasi positif dalam mendukung perjuangan rakyat Palestina, seperti demonstrasi menentang agresi Israel, menyebarkan artikel tentang kejahatan Israel terhadap Palestin, dan lain sebagainya.

Kesembilan, menggunakan nama para syuhada menjadi nama jalan dan nama anak. Dan, ke 10, meningkatkan ruhul jihad dalam jiwa kita dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis tentang jihad.

Kekejaman yang dilakukan, kecil atau besar, setiap hari, setiap minggu, setiap Ramadan, setiap tahun,kini perang besar-besaran Zionis untuk menghapuskan bumi  suci ini tidak boleh dilihat sebagai biasa. Teruskan semangat dan usaha kita membantu Palestin bagi  membebaskan mereka daripada dicabul oleh haramajada Zionis laknatullah ini/. Buktikan bahawa sokongan dan bantuan kita bukan bermusim.

SUMBER INTERNET

Related posts

Kisah Yang Mengetuk Hati

admin

Kahwin Cina Buta Adakah Sah?

adminwm

Hukum Menyertai Kutu Emas

adminwm

Leave a Comment