FESYEN

A Season of Bold Style

Fesyen hari ini bergerak begitu pantas, baru semalam saya melihat bagaimana semua rumah fesyen terpaksa akur dengan gaya jalanan simple luxury dan kini saya melihat pula fesyen bold menyambung baton trend 2020.

Teringat apabila saya melihat Alesandro Michelle mengambil alih kerusi Pengarah Kreatif Di Gucci, dia mengubah rentak rumah fesyen itu menjadi lebih hippie, uniseks dan lebih bereksperimen lantas menjadi bualan. Nah seterusnya Gucci terus melonjak menjadi pilihan influencer dan hingga kini trend yang dimulai Gucci tidak menunjukkan noktahnya lagi.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Tidak hanya Alesandro Michelle, tetapi juga Demya Gvasalia. Bukan saja dia mengubah konsep akaun Instagram Balenciaga kepada 360°, tetapi juga dna jenama ikonik ini agar selari dengan peredaran trend semasa. 

Saya cukup gemar melihat koleksi Kim Jones buat Dior Men. Pakaian lelaki Dior kini diberi nafas lebih muda, dengan warna-warna girang dan ada yang dihembus gaya lebih feminin mahupun punk seperti koleksi musim luruh Dior yang memberi penghormatan kepada ikon fesyen punk, Judy Blame.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Jika dulu mungkin kita tidak berani mencuba berfesyen secara berlebih-lebihan tetapi kini ianya perkara biasa. Tiada apa yang perlu dimalukan bahkan ianya mungkin boleh dibanggakan sekiranya yang disarung itu semuanya daripada jenama mewah dari atas hingga ke bawah untuk tatapan followers di media sosial.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Related posts

LILY ALDRIDGE WEARS TIFFANY & CO. AT THE CFDA FASHION AWARDS

adminwm

Stiletto Berperincian Kristal

admin

FENTY PUMA by Rihanna, Terbaru!

admin

Leave a Comment