FESYEN

Temubual Eksklusif Bersama King Riz

I’ve taken my bows and my curtain calls, you brought me fame and fortune and everything that goes with it. I thank you all…”

Bait lagu ini dimainkan tatkala His Majesty, King Riz, yang sebelum melangkah meninggalkan pentas, berpaling dan melambai-lambai rakyatnya, waima dari kalangan high society juga rakyat biasa, dengan riak muka yang bangga dan bergenang air mata. His Majesty, King Riz tahu rakyatnya yang glamor itu berkumpul bukan sekadar memenuhi undangan khas yang diutusnya, sebalik atas sebab mengagumi dan mahu menjadi saksi kemegahan dan keagungan Raja kesayangan mereka.

Tidak pernah lagi acara seumpama diadakan di negara kita. Show sekitar satu jam cuma tetapi begitu hebat mengalahkan satu musim penganjuran minggu fesyen di KL ini. Yang sebenar ia adalah pembentangan koleksi Raya Rizalman for Zalora, tetapi mereka menganjurkannya dengan gaya yang sungguh ‘regal’ bak kata Khir Khalid, lengkap dengan King Riz menganugerahkan darjah buat golongan kerabat di bawah kerajaannya, bersaksikan rakyat jelata.

It’ a glamorous only affair. Seorang teman bertanya, “Apa itu glamor?” Hem, pada saya ia mudah dikenal pasti tetapi sukar didefinisi dan mustahil sekali untuk meneladaninya – glamour is a kind of invitation to others – is something that has to be shared, witnessed and enjoyed. Menjadi sebahagian daripadanya kita teruja dan tentunya saham naik menjulang kerana kita berlaga bahu dengan insan terbilang. Dan melihat kembali show ini, pada saya Dato’ Rizalman Ibrahim sebenarnya meraikan kegemilangan kerjaya – sebab itu dalam salah satu slot dimainkan lagu Queen, ‘We Are the Champions’ dan lagu itu juga dipilih kerana mengenangkan persahabatannya dengan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, yang merupakan royal guest petang itu.

Saya tidak mahu menyebut yang berbelas tahun dahulu tetapi semenjak pertunjukan fesyen couture meraikan 25th Silver Jubilee, Pulang juga Bollywood tahun lalu, Rizalman menganjurkan fashion show tiada lain, tetapi dengan excessive, lavish dan over the top. Saya melihat ini berkait rapat dengan personalitinya sendiri. Dia juga seorang yang unapologetic untuk menggapai takhta teratas, hingga secara tidak langsung telah terciptanya satu kelab yang begitu agung yang mana ketika ini, hanya dia satu-satunya ahli. Daripada mana mendapat keyakinan menganjurkan show seperti itu? Kerana peruntukan kewangan yang besar dari Zalora dan atas dasar kewajiban meng-hype-kan lagi, dia menambah cheque sendiri. Dengan dekorasi, chandeliers, singgahsana, puluhan model dan jurusolek malah kata Rizalman, selempang dan mahkotanya itu juga tersangat tinggi nilainya. Seronok bekerja apabila bajet bukan menjadi isu. Sebutnya, “Zalora memberi saya kebebasan untuk melakukan apa saja mengikut yang saya kehendaki. It cost me a lot. It is a huge fashion presentation. Sesuatu yang hanya dilakukan jenama di luar negara. Dalam masa yang sama, rekaan yang diperaga nampak begitu cantik kerana ia tarikan utama. Selain itu adalah kreativiti. Bayangkan, dengan mood pertunjukan yang regal itu, dan kemudian satu Stadium Chin Woo dilatari muzik orkestra seperti yang dimainkan dalam upacara di istana lama di England atau mungkin di gereja lama, membuatkan kita yang di situ meremang dan entah kenapa, rasa begitu emotional sekali. Dan moment mengujakan berterusan tatkala seorang kesatria membawa masuk crown, kemudian Tuanku Permaisuri dan pengiringnya berjalan masuk. Seterusnya barisan chandelier besar diturunkan hampir mencecah lantai dan selepas itu dinaikkan kembali, bagi memberi isyarat yang King Riz pula akan diarak ke singgahsana. Pun yang sebenar suasana agak tegang kerana masing-masing menanti apa lagi kejutan yang bakal diberi. Hanya ketika King Riz menjamah ayam goreng KFC dengan gaya yang agak ‘tak semenggah’, masa itu barulah terasa loose sedikit kerana satu dewan tertawa. Keseluruhannya, storyline sangat bagus kerana kita menonton cerita yang ada happy ending.

Saya juga tertarik menonton pertabalan darjah kepada barisan model. Simboliknya adalah sebagai ‘King of Fashion’ yang memberi penghormatan kepada kerjaya mereka. Dan selepas menerima pertabalan, kita boleh lihat setiap model melangkah dengan lebih yakin berbanding ketika berjalan masuk tadi. Walaupun selempang yang disarungkan hanya olok-olok saja tetapi cara itu menunjukkan Rizalman sangat menghargai kerjaya model kerana mereka ini turut memberi sumbangan kepada industri, yang menjadikan syarikat penerbitan terus kaya dan pereka feyen terus berkarya. Selain itu pertabalan juga bermaksud King Riz menghargai rekaannya. Ini penting… kerana ciptaan pereka biasanya dinilai, dikagumi dan dijiwai mereka yang berkenan dengannya. Ada yang sungguh geliga sehingga berdekad rekaan menjadi ikutan, tidak kurang yang terus lenyap sebaik musim beranjak dan ada pereka yang setelah bersara namanya disebut, disanjung. Pun, tidaklah Rizalman mengharapkan semua itu kerana yang penting adalah dia sendiri sudah memartabatkan karyanya.

Hampir 30 tahun pelbagai dialami; ada ketika semangat mekar lagi harum mewangi, ada masa onak dan duri menikam hati, semarak cinta bertukar cerita, api yang menyala bukan sahaja panasnya membara tetapi seolah-olah dicampakkan ke neraka. Malam selepas show, ada satu video di IG story yang mana Rizalman dirakam dari belakang, terlihat sebak. “Itulah air mata anak seni,” jawabnya. Tiada yang mudah untuk sampai ke destinasi ini. Dan tak usahlah pula membayangkan bagaimana kerahan tenaga kerana ia tidak mungkin dapat diterjemah. “Saya dipilih oleh Tuhan untuk mengecapi kejayaan yang begitu besar. Walau ibu bapa tidak dapat melihatnya tetapi saya ada adik beradik yang menjadi saksi.” Terangnya lagi, dia boleh bayangkan bagaimana mereka menangis ketika Dato’ Fazwinna mempelawa mereka menghadiri show ini. Barangkali kata mereka, “Kami tak sangka la adik kami bulih jadi lagu ni.”

I have done my part.” Rizalman mengimbau peristiwa-peristiwa sukar yang pernah dilaluinya dulu. “Sewaktu kecil, I was not the favorable kid jadi untuk saya ‘come out of the closet’ mengambil masa yang lama.” Waktu itu Rizalman melalui pelbagai peristiwa menyusahkan, yang membuatkan dia mahu membuktikan sesuatu supaya hasilnya boleh diguna untuk menutup mulut atau menukar layanan terhadapnya. “Even though I have a black feather, yet I have the purest heart. Walaupun mereka sudah tiada, tetapi saya masih membawa nama bapa bersama saya. Bagaimana kita dijadikan, tentu ada hikmah di sebaliknya. Saya temui kelebihan diri selepas saya ‘keluar dari persembunyian’. I confronted my family, I said I don’t know what is wrong, but I know there’s something special in me so I want to go ahead. Keluarga saya faham dan selepas mendapat kebebasan, saya berasa sangat gembira kerana sudah boleh melakukan apa yang saya nak.” Mengingatkan saya pada kata Harriet Rubin, “Freedom is actually a bigger game than power. Power is about what you can control. Freedom is about what you can unleash.” Dengan kebebasan, Rizalman menjadi seperti biji benih yang mula bercambah akar dan pucuk dan terus tumbuh membesar dan mekar.

In order to be irreplaceable, one must always be different. Namun saya berpendapat agak ‘bahaya’ bermain dengan watak seorang Raja kerana ia begitu tinggi. Bukan tentang sukar untuk orang menyaingi, tetapi yang bahayanya, selepas ini susah untuk dirinya sendiri nak mencapai lebih lagi. “Situasinya sama saja ketika saya buat dengan Izara Aishah. Saya memikir bagaimana untuk mempersembahkan show supaya penonton tidak terasa asing dengan koleksi dan tema persembahan yang saya pilih.” Bercakap tentang koleksi tahun hadapan, memandangkan Rizalman sudah ke India, England dan sementelah tahunnya 2020, satu angka yang sangat cantik, pasti teramat istimewa jika dia kembali ke tempat di mana dia bermula. Upp, belum ada kata putus… nantikan saja!

Sekali lagi tentang King, dalam kehidupan manusia itulah hierarki yang teratas. Jika memegang takhta Raja barangkali sudah tidak ada permintaan lagi dalam hayat di dunia ini, kerana hidup sudah di kedudukan tertinggi. Saya terfikir mungkinkah ini juga sebagai hint yang bila-bila masa saja Rizalman akan meninggalkan industri? Mungkin ada designer baru yang mengambil alih? Namun pendapatnya, itu adalah urusan Allah yang mana ia sangat complicated. “Urusan Tuhan terlampau rumit jadi saya tidak mahu ambil tahu apa akan terjadi selepas ini.” “Tetapi tak mungkin Dato’ membiarkan jenama ini mati begitu saja?” “Siapa tahu mungkin akan ada someone atau rumah fesyen yang akan membelinya? Ada banyak kemungkinan, tetapi saya tidak suka meramal masa depan kerana ia sudah tertulis. Lagipun walau siapa saja pemilik, tetap Tuhan juga yang akan menjaga.

Seyugia, apa lagi cara menyatakan rasa terima kasih atas jemputan yang dilayangkan selain bergaya habis-habisan. Mereka yang menyerlah di majlis-majlis keraian tanpa kita sedari menambahkan kehebatan majlis, menaikkan seri dan populariti. Bayangkan acara sehebat Oscar itu pun kalau tetamu gagal menampilkan dirinya yang terbaik, pasti hilang keasyikan. Dan saya tertanya tentang tema Royal Ascot; sepertikan terlalu berat untuk diikut kerana keadaannya apabila saya tiba, dan melihat sekeliling, hanya saya saja memakai morning coat jadi rasa begitu awkward (minus ketika dalam dewan ada suami Melinda Looi dengan gaya yang lebih santai dan seorang tetamu lelaki yang tidak saya kenali.) Sedangkan Awal Ashaari yang selalu all out pun petang itu berpakaian biasa saja. Rizalman bersetuju namun katanya, ia adalah pertunjukan fesyen. “Ia bukan event. Orang memandangnya sebagai event of the year tetapi ia adalah fashion show yang berbaur event. Pada saya, kalau you boleh datang dengan dress code yang menepati tema, ia adalah effort yang saya suka. Sebaliknya jika memilih gaya yang lain, saya tidak kata salah cuma sebagai ‘King’ pada hari itu, saya tidaklah murka, tetapi saya tidak tersenyum melihatnya. Apabila melihat you dan tetamu lain hadir menepati tema dan ada yang bertopi besar dan sebagainya, saya suka and that is mean for you to get my respect, is easier than the rest of them. Saya memilih kod tersebut sebagai satu formaliti dan protokol. Kalau datang dengan gaya yang sesuai menampakkan betapa arifnya you dalam bidang fesyen. Satu lagi yang menjadi tanda tanya, siapa yang duduk di baris hadapan. Tentunya saya kenal Ziana, Scha, Dayang, Neelofa, Sherry dan oh, turut ada Hael Husaini (actually saya terkejut melihatnya di situ kerana setahu saya Hael dan Rizalman tidak pernah bekerjasama) tetapi maksud saya sebagai orang majalah, wajah yang lain agak asing pada saya. “Mereka adalah antara klien lama dan baru. Hari itu saya ada dua show sebenarnya, couture collection yang dipakai klien-klien saya dan ready to wear yang dipentaskan kemudian. In fact, saya sediakan sebuah bilik menunggu untuk mereka supaya mereka boleh masuk lambat dan ketika masing-masing berjalan ke tempat duduk, akan kelihatan seperti satu perarakan couture.”

Ya, Rizalman menjemput tetamu dari kalangan yang paling glamor dan terhangat kini. Jika anda tertanya mana si polan dan si polan, pada saya barangkali nama-nama itu sudah tidak relevan lagi. Jadi tempat mereka sudah ada yang mengganti. Mungkin mereka tidak boleh melawan aura glamor Wirda Adnan kerana dulu setiap kali muncul di khalayak dia mendapat perhatian serta cukup glamor sehingga kita mahu melihat dan melihatnya, tetapi kini kita ada influencer yang boleh memperluas lagi jangkauan berita Rizalman for Zalora. “Sebenarnya nama kak Wirda juga ada dalam jemputan tetapi last minute dia tidak dapat menghadiri.” Tambahnya, “I am a story teller dan saya ada medium sendiri untuk menyampaikan cerita iaitu melalui Instagram saya. Jadi kenapa tidak menggunakannya?” Well, betul jugalah kata Rizalman kerana saya tengok sendiri, di hari pertunjukan fesyen, team Rizalman memuat naik post demi post di IG jauh lebih cepat berbanding wartawan Astro Awani. Dan bayangkan di setiap post ada beratus malah beribu komen – interactions – sesuatu yang sukar dilihat di mana-mana akaun media sosial, milik syarikat media lokal.

“Infuse your life with action. Don’t wait for it to happen. Make it happen. Make your own future. Make your own hope. Make your own love.” Sebutnya lagi, “And whatever your beliefs, honor your creator, not by passively waiting for grace to come down from upon high, but by doing what you can to make grace happen… yourself, right now, right down here on earth.” Saya terangsang dengan kata-kata Bradley Whitford ini membuatkan saya mahu tahu, “How do you feel to be the most celebrated fashion designer in Malaysia?” Sebenarnya saya menanti terlalu lama untuk bertanyakan soalan ini. “Setiap kali sebelum show saya akan menangis. Rasa sepertikan tidak layak untuk menerima rahmat yang teramat besar. Sedangkan ibadah pun masih belum cukup. Kerana dalam kapasiti saya yang hanya bergelar designer, bukan seorang Perdana Menteri atau seorang yang menjumpai penawar kanser, jadi diraikan sebegitu tinggi membuatkan saya terkadang rasa tidak layak.” “Agak diplomatik jawapannya Dato’. I need a quote?” “We did this to make people feel like a loser! Nampak macam jahat bunyinya kan? Jadi lihat dari perspektif berbeza iaitu kena lawanlah – then you can come and join the club.”

Saya tercari-cari lagi quote yang sesuai dan terjumpa kata-kata Dawna Markova yang saya petik dari sebuah majalah, “I will not die an unlived life. I will not live in fear of falling or catching fire. I choose to inhabit my days, to allow my living to open me, to make me less afraid, more accessible; to loosen my heart until it becomes a wing, a torch, a promise. I choose to risk my significance, to live so that which came to me as seed goes to the next as blossom, and that which came to me as blossom, goes on as fruit.” Begitu indah bahasanya membuatkan saya terbayang betapa istimewa menjadi Rizalman Ibrahim; kehadirannya dirai, kreativitinya menjadikan kita ternanti-nanti. Saya terjumpa satu post di Facebook antara lain menulis, “Saya harap saya boleh menjadi Rizalman kerana apa saja yang dia buat semua orang akan tepuk tangan,” ringkas saja kata-katanya namun sungguh mendalam makna. Saya melihat Rizalman bukan lagi di lapangan dunia (yang ini biar designer baru berebut-rebut sesama mereka) sebaliknya dia kini sudah terbang lebih tinggi lagi. He’s out of this world, but up there in the universe. Dan meminjam kata Wirda Adnan, semoga karya Rizalman terus membara sehingga mentari sejuk dan bintang-bintang menjadi tua.

Betapa indah hidup ini jika yang diimpikan terbentang di hadapan mata. Kejayaan yang begitu besar tidak tercapai rasanya. Dan apabila Rizalman sendiri mempelawa saya untuk menulis khas tentang show ini membuatkan saya tersenyum lebar sampai ke telinga. Peluang sebegini mungkin tidak akan datang lagi dan saya tahu, Rizalman juga tidak menawarkannya kepada mana-mana penulis lain. Dan tadi, ketika saya bertanya tentang kehadiran Hael Husaini, Rizalman mencelah, “Sekejab, sebelum saya jawab yang itu, saya nak tanya, how do you feel when I personally asked you to do a write up about my show?” Dan jawab saya ringkas, “I feel great and I feel appreciated, to have someone at your status noticing my work.” Sungguh saya teramat berbesar hati. Thank you, Dato’!

 

Teks: Shaufik Yunus untuk Rizalman for Zalora

Related posts

Cartier: Into The Wild

adminwm

Kesan Covid19 Terhadap Industri Fesyen Dunia – Adakah Bakal Lumpuh Atau Muncul Sistem Baru?

admin

Tokyo Street’s 11th Anniversary

adminwm

Leave a Comment