FESYEN

Koleksi Chanel Cruise 2020 Selepas Kematian Karl Lagerfeld

Virginia Viards yang sebenarnya sudah 30 tahun bersama bersama Chanel, sebelum ini di bawah telunjuk Karl Lagerfeld, dan setelah pereka ternama itu meninggal dunia, dia mengambil alih peranan Pengarah Kreatif.

Pertunjukan Chanel Cruise 2020 yang baru berlangsung sehari dua lalu menjadi yang paling dinanti kerana ramai mahu melihat citarasanya, adakah dia kelihatannya mampu meneruskan kehebatan jenama ini atau suram barangkali.

Untuk tema pertunjukan, Lagerfeld sebelum ini seronok mempersembahkan set yang over the top. Dibinanya pantai dengan ombak-ombak kecil, pasaraya, malah set lapangan terbang juga pernah dibina bagi dijadikan landasan runway. Untuk Cruise 2020, bertempat di Grand Palais, rumah fesyen ini membina stesen keretapi Beaux-Arts, dengan barisan model berjalan di ruang menunggu bersebelahan landasan keretapi. Dan menurut bisik-bisik orang dalam jenama ini, tema stesen keretapi sebagai simbol mereka ‘menjanjikan satu pengembaraan’.

Dengan sejumlah 79 helaian, koleksi pertama Viard termasuk versi segar signature Chanel seperti tweed dan sut, yang mana kekal dengan estatik Gabrielle “Coco” Chanel dan Karl Lagerfeld. Namun dalam era baru Chanel ini, kewanitaan lebih menonjol jadi dinampakkan blaus, tali pinggang dan dress-dress.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9348″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9349″][thb_gap height=”40″]

Viard membayangkan wanita-wanita yang mahu berpergian ke French Riviera menikmati pemandangan seluas lautan biru, jadi dia ciptakan siri seluar putih, sweater corak bergaris dan bandana inspirasi Jackie-O. Pastel dan poplin mengetuai salah satu kumpulan persalinan, dimulai dengan sut-sut femin dan dress berhias cetakan ringkas.

Viard turut menyertakan sekali palet warna klasik Chanel iaitu hitam dan putih. Satu rangkaian persalinan berbunga tiga dimensi menjadi penutup pertunjukan fesyen, sebagai tanda ia rekaan terpenting dalam keseluruhan koleksi ini.

Dan seperti biasa, semua mata tertumpu pada rangkaian baru beg Chanel, untuk debut Virginia Viard. Elemen-elemen baru diperkenalkan untuk beg klasik-seperti pemegang gegelang mini pada beg quilt antara lain. Beg tweed jenis sandang pula memaparkan tiga kantung kulit di bahagian depan yang menonjol dari pek. Dan tentu saja, ada banyak ton cerah dan berwarna-warni, yang merupakan tanda dagangan Chanel.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9350″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9352″][thb_gap height=”40″]

Chanel Cruise 2020 adalah satu persembahan yang cantik, menjadi satu kesinambungan kemegahan jenama ini. Dan apabila Virginia Viard muncul di pentas bagi memberi tunduk hormat, matanya berlinangan air mata. Kadang-kala, dalam pada kita nekad mahu terus ke hadapan, kita tidak boleh mengelak daripada memandang sekilas ke belakang, kerana merindui memori yang pernah dilalui dulu.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9351″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Runway Stage di Malaysia

admin

“Yang ada hanya gambar ootd…” Mengapa Koleksi Pereka di Minggu Fesyen Tempatan Sukar Diakses?

admin

Tiba Masanya Untuk Get LIT. & Get FIT: LILIT

adminwm

Leave a Comment