Blazer memainkan banyak peranan. Pertimbangkan memilih yang berkualiti dan bagus potongannya. Walaupun menelan belajan besar, tetapi ia berita baik sebenarnya kerana anda ada lebih alasan memakainya membuatkan pelaburan fesyen anda berbaloi.
Mahu menyarung blazer ke pejabat atau memakainya tika bersantai dihujung minggu? Boleh saja. Blazer kini bukan lagi sekadar pelengkap gaya formal tetapi juga merupakan the best fashion friend, dalam apa jua musim dan kod pakaian.
Berikut saya kongsikan cara terbaik menggayakannya:
Gantung di bahu
Tiru fesyen wanita Eropah, sekadar gantungkan pada bahu. Dengan blazer, anda serta-merta akan kelihatan elegan dan profesional.
Gaya monochromatic
Tidak perlu rasa bosan memilih gaya ke tempat kerja. Blazer kelabu sesuai dipakai ke pejabat dan padankan dengan top peplum dan seluar warna neutral.
Bercorak haiwan
Cetakan harimau bintang menambah statement gaya. Blazer bercorak seperti ini sesuai dipakai jika anda mahu meningkatkan level anda dalam bergaya.
I’m a tomboy at a heart
Tertarik dengan potongan maskulin pada blazer lelaki? Pinjam blazer teman lelaki anda dan sarungkan bersama pakaian yang anda miliki sama ada blaus atau kemeja. Ia menambah sisi tough dalam penampilan feminin
Kombinasi musim panas dan sejuk
Tidak puas menyarung dress pendek musim panas lalu dan masih menyarungnya lagi kini tetapi dalam keadaan hujan lebat tak henti-henti boleh jadi menyeksakan. Kurangkan rasa sejuk dengan memakainya bersama blazer.
Daripada meeting ke dating
Dengan blazer menjadikan padanan jeans lusuh dan t-shirt satu penampilan sempurna. Dengan sepatu tumit tinggi dan clutch menjadikan penampilan sesuai untuk ke temujanji makan tengahari kasual atau dinner date.
Bold
Jika memakai sepatu yang menyerlah, sarungkan sekali blazer bercorak. Elakkan warna hitam yang tipikal itu.