CANTIK

Dituduh Melakukan Pembedahan Kosmetik, Ini Jawapan Balas Sofia Vergara Apabila Ditegur Di Instagram

Melihat wajah kita di cermin hari ini, tentu sekali berbeza refleksinya berbanding beberapa tahun dulu – tidak kira sama ada kita menjalani pembedahan plastik atau tidak.

Begitu yang terjadi kepada pelakon Hollywood Sofia Vergara yang baru-baru ini ditegur akan perubahan wajahnya – walhal seperti yang kita tahu, Vergara juga manusia normal seperti kita yang melalui penuaan.

Seseorang di Instagram melakukan troll di akaun Vergara yang menegur akan perbezaan wajahnya berbanding dulu. Sebutnya, “Sejak kebelakangan ini saya perasan seperti ada sesuatu yang awak lakukan di wajah awak… saya tidak dapat mengecam apa ianya yang pasti saya boleh nampak ada perubahan.”

Vergara tampil menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘perbezaan’ terbabit dengan tiga patah perkataan, “It’s called ageing,” atau “Ia dipanggil penuaan,” sebagai membalas terjahan pengomen terbabit.

Vergara kemudiannya melakukan #throwback dengan memuat naik gambarnya di zaman 90-an yang mana melihatnya kita akan perasan wajahnya sepertikan langsung tidak berubah semenjak diusia muda.

Beginilah keadaannya. Kita semua akan tua dan pilihan kita untuk menikmati atau menentangnya dengan krim muka. Wajah berubah itu perkara biasa. Cuma sukar buat selebriti kerana orang sekeliling cenderung menegur jika ternampak walau sedikit perubahan pada diri.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Pelitup Muka Penyebab Masalah Kulit Wajah

admin

REVERSE SIGNS OF AGING WITH 95% PURE RETINOL

adminwm

SLAÉ #BETHEFORCE Beauty That Moves You

admin

Leave a Comment