CANTIK

Mineral Sunscreen SPF50 PA++++ Murad

Sedang elok sangat, sehari sebelum bercuti ke Kuantan saya menerima bungkusan daripada produk kecantikan Murad. Ia mengandungi sebotol mineral sunscreen – City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50  PA++++ – seperti yang tertera pada botol berwarna oren dan putihnya.

Satu yang saya suka dengan sunscreen SPF50 kerana ia melindungi kulit saya 50 kali ganda lebih berbanding tanpa memakai pelindung matahari. Bayangkan berjalan di sekitar bandar dalam keadaan panas terik dan kalaupun seharian indoor, kebanyakan masanya mengadap telefon yang juga tidak bagus untuk kulit kerana cahaya birunya. Dan bacalah mana-mana artikel kecantikan, pasti mencadangkan sunscreen kerana fungsinya melindungi kulit dan mengurangkan risiko mendapat kanser kulit dan pra-kanser kulit. 

Istimewa Mineral sunscreen Murad ini kerana ia melindungi kulit daripada lima punca utama kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan: UVA, UVB, pencemaran, cahaya biru daripada peranti dan sinar inframerah.

Bahan-bahan utama + tuntutan dalam mineral sunscreen Murad, ia berfungsi sebagai perisai terhadap 89% cahaya biru daripada peranti dan melindungi daripada 96% daripada pencemaran.  

Turut mengandungi polymer matriks yang bertindak seperti ‘kulit kedua’ dan menyekat toksik pada alam sekitar daripada terlekat pada kulit. Bahan termaju ini mencipta penghalang pada kulit daripada pencemaran atmosfera seperti zarah karbon, logam berat dan bahan pencemar kimia.

Lutein dan iron oxides meningkatkan perlindungan spektrum luas, menambah pertahanan terhadap, cahaya biru dan sinar inframerah.

Warna pic – membetulkan warna mencerahkan warna kulit dan meningkatkan seri kulit tanpa meninggalkan kesan putih.

Pelindung matahari yang ringan dan mineral menyerap dengan cepat.

Selamat untuk kulit sensitif dan bebas pewangi (kulit saya jenis berminyak, dan masih boleh memakainya dengan selesa tanpa membuat ia lebih berminyak.)

Untuk mendapatkan serum ini boleh ke www.murad.com.my 

Related posts

KEVIN KODRA AS GLOBAL MAKEUP ARTIST & DIGITAL EDUCATOR

adminwm

ANASTASIA BEVERLY HILLS FALL ROMANCE EYESHADOW PALETTE

adminwm

Tips Gigi Hadid Untuk Solekan Menawan

admin

Leave a Comment