CANTIK

Nicole Kidman Berdandan Ringkas Menonton Terbuka Australia

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Apabila yang hadir menonton perlawanan sukan adalah selebriti, pastinya tumpuan penonton tidak hanya terarah kepada pemain yang menjaringkan gol.

Sebelum ini Anna Wintour menaikkan debaran perlawanan di Terbuka Australia, hadir dengan ‘new look’ dan beberapa hari lepas, giliran Nicole Kidman.

Kidman hadir bersama suaminya Keith Urban, menonton pusingan separuh akhir antara Naomi Osaka dari Jepun dan Karolina Pliskova dari Republik Czech.

Yang bestnya, tengah hari itu Kidman menggayakan rambut belah tengah di atas manakala bahagian belakang berdandan lipan.

Sebelum ini dia sering dilihat dengan stail rambut bersanggul atau bertekstur ombak ketika di karpet merah, sebaliknya kali ini dia memilih bertocang – penampilan yang cukup segar untuk musim panas di kota Melbourne.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8571″][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button