FESYEN

Met Gala 2019

Sudah lama menanti dan akhirnya tiba juga Met Gala 2019. Antara kesemua acara karpet merah, ini yang paling gah sekali, kerana ia tentang avant garde dan haute couture, dan tiada acara lain yang mana selebriti mengambil risiko yang sangat besar dalam berfesyen.

Tahun ini Met Gala bertema “Camp: Notes on Fashion” diambil dari essay penulis Amerika, Susan Santog yang diterbitkan pada 1964. Tetapi apakah maksudnya tema itu?

Kata Anna Wintour dalam satu video di Vogue.com, “Satu-satunya nasihat yang pernah saya berikan kepada [Pengarah Institut Kostum] Andrew [Bolton] adalah, walau apa jua tema pameran itu, pastikan semua orang memahaminya dengan segera,” kata Wintour, sambil menambah bahawa tema tersebut ‘telah mencipta sedikit kekeliruan.’

Ya, memang pun ada kekeliruan, kerana Shawn Mendes sendiri ketika berjalan di karpet merah tadi jujur memberitahu dia tidak tahu maksud tema yang diberi. Dan ada yang mengkritik penampilan Celine Dion yang kata mereka juga sepertikan tidak faham tema.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9371″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9360″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9365″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9370″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9362″][thb_gap height=”40″]

Pada saya, untuk memahami maksud ‘Camp: Notes on Fashion’ bayangkan Joan Crawford dan Bette Davis memainkan perjuangan hidup dan pergaduhan sebenar mereka di skrin. Bayangkan juga Lady Gaga dan Bradley Cooper memainkan melodrama mereka di layar pada panggung Oscar. Bagi menterjemahkannya lagi. It’s ironic yet sincere; glamorous yet tacky; so bad it’s good; too much and just right. Seperti yang dijelaskan oleh Susan Sontag tentang petikannya itu, “Seorang wanita berjalan dalam pakaian yang dibuat daripada 3 juta bulu.” Ia adalah sesuatu yang seronok, serius, dramatik dan yang melampui batas.

Sontag mengesan kem daripada momen abad ke-17 Perancis, di mana Louis XIV membina kuilnya untuk kesenian dan kemewahan, Versailles. Di dalam istana itu, ahli-ahli mahkamah memakai pakaian voluminous yang benar-benar sarat-barat di badan dan rambut palsu yang menentang graviti – trend yang mencapai kemuncaknya dengan patung-patung ukiran rambut yang dipakai oleh Marie Antoinette.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9363″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9375″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9367″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9369″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9378″][thb_gap height=”40″]

Daripada hal tema kita bercakap pula tentang penampilan.

Tiada artis yang boleh menandingi Lady Gaga. Dia datang dengan empat persalinan, salah satunya gaun besar warna fuchsia dengan lereten yang dipegang oleh beberapa lelaki bertuksedo. Billy Porter pula, nampaknya tahu bagaimana cara menarik tumpuan di pintu masuk. Dia nampak seperti datang dari era Mesir purba dengan jumpsuit emas dan sayap juga mahkota emas dari The Blonds. Ketibaan lebih mengujakan berbanding penampilan, kerana dia diangkat di atas tandu ke karpet merah oleh enam lelaki yang hanya memakai seluar emas dan aksesori kepala.

Serena Williams sepertikan mendapat satu lagi grand slam di permaidani merah. Dia memakai gaun Versace dengan kasut sneaker Nike Air dalam warna yang sama.

Harry Styles melangkah lebih dari satu ‘Direction’ dalam penampilan yang boleh mengelirukan status seksualitinya.

Ramai lagi selebriti yang berjalan dalam persalinan haute coutre atau avant garde yang hebat-hebat di Met Gala 2019. Tidak mampu saya menulis kesemuanya, jadi anda lihat saja penampilan mereka dalam gambar-gambar di bawah.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9382″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9384″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9385″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9380″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9383″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9381″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Mampukah Chanel menjadi Hermes?

admin

Temubual Bersama Pengasas UMMA, Zairin Azman

admin

Tiada Bayang Karl Lagerfeld Di Pertunjukan Couture Chanel… Apa Sudah Jadi?

admin

Leave a Comment