Sneakers
Nike, Adidas, Vans… antara jenama pilihan yang paling dimahukan lelaki. Rasanya setiap seorang lelaki punya paling tidak sepasang jenama paling hot ini. Dan pada cuaca tidak menentu, panas, kering, hujan lembap, ‘a sneaker boot might be the perfect remedy for the confusion between season.’
Stripe Shirt
Jangan ‘underestimate’ kuasa sepasang kemeja T shirt berjalur. Padankan dengan jeans dan anda nampak kasual tetapi smart. Kalau dipasangkan dengan jaket denim dan bermuda anda tampak ranggi and steady, dengan celana tailor, nampak bersahaja namun ada karektor.
Backpack
Backpack pilihan tepat pada lelaki. Sama ada ke tempat kerja atau santai mahupun berpergian. Dengan menyusunnya cara yang betul anda dapat mengisi pelbagai, untuk menampung keperluan sehari dua bila berpergian. Terutama yang tidak boleh ditinggalkan ialah laptop. Antara yang dicari ialah daripada jenama Eastpak. Commuter Backpack Eastpack. Cotopaxi, untuk berpergian, berlipat di tengah seperti sebuah suitcase. FJallraven satu lagi jenama paling popular sementara Caufield Backpack yang hadir pelbagai warna sangat digemari remaja. Jika berpergian jauh Patagonia Arbor 261 backpack yang paling mendapat tempat.
Jeans
What makes a great pair of jeans great? Ketahanannya, sudah berapa lama dipakai… ya warnanya juga. Dan kerana ini juga rupanya tidak sama bagi setiap si pemakai. Potongannya bagaimana, skinny? Straight? Terpulang kepada keselesaan anda. Yang penting jeans akan sentiasa menjadi pilihan lelaki, zaman berzaman
Jam
GQ menamakan A. Lange & Sohne, buatan Jerman sebagai jam yang tidak pernah mengecewakan baik yang baru dilancarkan mahupun yang sebelum-sebelum ini. Amat sempurna. Terbaru Tourbograph Perpetual Pour Le Merite, chronograph dan tourbillon harga 400,000 pound.
Berikan kepada yang mampu tetapi pada anda, anda masih ‘in fashion’ untuk jam seperti Casio, Citizen dan Diesel.
Paling menarik koleksi daripada Emporio Armani, seperti smart phone yang menawarkan pelbagai aplikasi… seperti ‘sleep tracking’, ‘multiple time zone’, notifikasi message, music control. Dengan tawaran harga kurang seribu ringgit Malaysia… pasti ia menjadi kegilaan ramai.