FESYEN

Tiba Masanya Untuk Get LIT. & Get FIT: LILIT

Memperkasakan Wanita Malaysia untuk Kekal Aktif dengan Pakaian Sukan yang Sopan dan Selesa

Koleksi yang mengutamakan kesederhanaan, kesempurnaan, keselesaan dan gaya keanggunan untuk PELBAGAI saiz ini sesuai dipakai untuk apa jua aktiviti!

Dengan fesyen sopan dibuat untuk semua, all day, every day – wanita tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat. Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan koleksi kedua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22). 

Gerakan Get LIT. & Get FIT telah dimulakan oleh LILIT. untuk menggalakkan wanita mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat sambil menampil bergaya. LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan pada kesopanan dan saiz, meliputi koleksi pakaian renang baharu LILIT. Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.

“Kami di LILIT. sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan semasa bersukan. Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat pertama kalinya, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa yang sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan dan selesa, sekali gus. Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan wanita dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan,” kata Amee Halim, Pengurus Jenama di LILIT.Dapatkan koleksi terbaru ini di dalam talian di www.lilitstore.com atau aplikasi LILIT. atau di semua butik LILIT. hari ini, yang terletak di KL East Mall, IOI City Mall, Bangsar Village II, Setia City Mall & Haji Lane, Singapura. Ikuti lebih banyak perkembangan istimewa tentang jenama fesyen sopan dibuat untuk semua ini dengan mengikuti LILIT. di Instagram @LILIT_Woman.

Related posts

Happy 75th Birthday Diana Ross!

admin

UNIQLO Melds Sustainability with Charity to Promote World Peace

adminwm

Pereka Fesyen Kelahiran Malaysia Ini Menjadi Pilihan Keluarga Donald Trump

admin

Leave a Comment