7 Lokasi Pilihan Berbuka Puasa di Sekitar Kuala Lumpur

Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral
Bermula dengan harga RM138 untuk dewasa, bertempat di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral, menyediakan lebih daripada 150 jenis juadah berbuka puasa bertemakan Selera Indonesia. Antara menu yang disediakan adalah Kambing Bakar Bumbu, Ayam Cabe Ijo dan juga pelbagai jenis sambal Indonesia. Selain itu terdapat juga sajian Malaysia antaranya Bubur Lambuk, Sate dan Kambing Masala. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914474-d294d005-6d78-3″ include=”9392,9393″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Hotel Dorsett Putrajaya
Terletak kurang 50 meter dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, Hotel Dorsett Putrajaya pastinya menjadi pilihan anda kerana mudah untuk menunaikan solat tarawih. Menyediakan lebih 300 juadah berbuka puasa, antaranya Laksam Kelantan, Sup Gear Box, Udang Galah Percik dan Nasi Lemak Delima dengan Sambal Hijau. Harga bermula daripada RM138. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914478-a836cec8-bc92-6″ include=”9394,9395″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Hotel Dorsett Grand Subang
Mengambil tema Semarak Rasa Ramadan, antara juadah yang patut dicuba di Dorsett Grand Subang adalah Asam Pedas Tetel, Ikan Bakar Perlis, Gulai Tempoyak Patin Pahang dan pelbagai aneka kuih muih Melayu. Harga bermula RM165 untuk dewasa. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914481-2c896d3e-55df-7″ include=”9396,9397″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Hotel Holiday Inn, Glenmarie
Bertemakan Citarasa Desa, Hotel Holiday Inn menerapkan konsep Kampung, Bazar, Teratak Bonda dan Selera Desa. Menyediakan lebih 200 jenis juadah antaranya adalah Sate Klasik Othman, Kambing Golek dan Selera Gulai Kawah. Harga bermula RM148 untuk dewasa dan RM75 untuk kanak-kanak. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914482-9149aec0-6bff-1″ include=”9398,9399″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Hotel Element by Westin, Kuala Lumpur
Antara juadah menarik yang disediakan adalah Daging Brisket BBQ yang dihidangkan bersama sayuran dan nenas yang dipanggang. Selain itu juadah lain yang antaranya Asam Laksa, Ayam Masak Ros dan Ikan Masin Masak Lemak Pisang. Bertemakan Ayahku Tukang Masak, bufet Ramadan di Restoran Trace ini berharga dari RM148 untuk dewasa. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914483-12b3c689-d2ca-6″ include=”9400,9401″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Bistro Suka Sucre
Seperti tahun sebelumnya, bufet Ramadan di Bistro Suka Sucre ini bertemakan Nasi Dulang Minang. Berharga RM75 untuk setiap seorang, antara hidangan yang disediakan adalah Telur Itik Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak, Sambal Goreng Jawa dan aneka kuih Melayu.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914483-3c0f9d0c-f270-2″ include=”9402,9403″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]
Restoran Riverside, PWTC
Berharga RM88 untuk dewasa, Restoran Riverside menyediakan lebih 250 jenis juadah berbuka puasa untuk pengunjung. Antara menu yang mesti dicuba adalah Kambing Goreng Berempah, Kari Kepala Ikan, Siput Sedut Masak Lemak, serta Daging dan Paru Kawah. Â [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1557560914485-caf890a8-5bdc-3″ include=”9404,9405″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Ramadan Mubarak buat semua pembaca.
Â