SANA-SINI

Jom Berbuka Puasa di Hotel Hilton Cawangan Seluruh Malaysia

Sempena bulan Ramadan tahun ini, kumpulan Hotel Hilton di Malaysia menyediakan masakan lauk-pauk Malaysia bertemakan Jom Makan. Terdapat lebih daripada 150 jenis pilihan “all-time favourite” yang disediakan di sembilan hotel kumpulan Hilton di Malaysia yang mana setiap restoran menyediakan sajian yang berbeza tetapi mempunyai elemen rempah ratus Malaysia.

DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Bertemakan Taste of Malaysian Heritage, Makan Kitchen menyediakan pelbagai jenis masakan dari 14 buah negeri di Malaysia. Antara menu yang menarik adalah Mee Bandung Johor, Sambal Udang Petai dari Selangor, Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang, Daging Batang Pinang masak Kayu Manis dari Penang dan Sago Gula Melaka. Harga bufet bermula daripada RM158 untuk dewasa dan RM79 untuk kanak-kanak.

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur pasti menjadi antara lokasi pilihan berbuka puasa setiap tahun. Makanan yang disediakan sentiasa menepati citarasa warga kota yang rindukan masakan asli Melayu. Antara menu yang wajib dicuba adalah Sate Daging dan Ayam, Itik Panggang dari dapur masakan Cina, pelbagai jenis roti dari dapur masakan India, Salmon Umai dan tidak kurang menarik, Durian Tempura. Bufet buka puasa di Makan Kitchen berharga RM148.

DoubleTree by Hilton Melaka

Mengambil tema Citarasa Kampung sebagai tema bufet buka puasa di Makan Kitchen di Double Tree by Hilton Melaka, pengunjung disajikan dengan pelbagai menu masakan tradisional asli yang pasti menggamit kenangan. Antara sajian yang disediakan seperti Rendang Minang dari Negeri Sembilan, Ayam Pansuh dari Sabah dan tidak lupa juga Asam Pedas Laksamana dari Melaka. Harga bermula dari RM119.

DoubleTree Resort by Hilton Penang

Bagi memberikan kelainan untuk Ramadan kali ini, Makan Kitchen di DoubleTree Resort by Hilton Penang menyediakan juadah berbuka puasa dengan cara Makan Berhidang yang sekian lama menjadi tradisi masyarakat Melayu. Setiap dulang disajikan dengan pembuka selera, manisan kuih-muih Melayu dan pelbagai menu utama. Harga bermula daripada RM49 untuk setiap seorang dengan satu hidangan minimum untuk dua orang.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Hilton Garden Inn Puchong

Garden Grille menyediakan menu berbuka puasa bertemakan Selera Desa untuk sambutan Ramadan pada tahun ini. Antara menu yang disediakan adalah Gulai Kawah, Bubur Lambuk, kuih-muih Melayu dan banyak lagi. Harga bermula daripada RM69 untuk setiap seorang.

Hilton Petaling Jaya

Buka Puasa di Paya Serai bertemakan Sajian Warisan Paya Serai di mana pengunjung dijamukan dengan sajian masakan selera kampung, makanan Arab, Cina dan juga sajian masakan India. Antara menu yang patut dicuba adalah Gulai Angsa Kapitan, Nasi Lemak Bungkus, Char Keuy Teow dan juga kuih tradisional Putu Piring, yang disediakan khas oleh chef mereka menggunakan resipi keluarga. Harga bufet Ramadan bermula RM169 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak.

Hilton Kuala Lumpur

Bertemakan Santapan Diraja, sajian makanan yang disediakan sememangnya berpandukan resipi kegemaran keluarga Diraja Perak, Melaka dan Johor. Bertempat di VAsco, antara menu yang disediakan adalah Kambing Bakar Bersama Nasi Briyani, Siput Sedut Masak Lemak, Sotong Sumbat, aneka jenis kerabu dan kuih-muih Melayu. Harga bufet Ramadan di sini bermula daripada RM188 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak sepanjang Ramadan 2019.

Hilton Kota Kinabalu

Bertemakan Balik Kampung, sajian buka puasa pada kali ini terdiri daripada berbagai jenis makanan tradisi terutamanya menu bakar yang bertepatan dengan citarasa tempatan. Bufet Ramadan bertempat di Urban Kitchen dan harga bermula daripada RM120 untuk dewasa dan RM79 untuk kanak-kanak.

Hilton Kuching

Dengan harga bermula RM88 setiap seorang, pengunjung boleh menikmati juadah berbuka puasa sambil menikmati pemandangan Sungai Sarawak di Waterfront Cafe. Antara menu yang disediakan seperti Sate Lilit, Siput Tekoyang Masak Lemak, Kambing Panggang dengan nasi Arab dan banyak lagi.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Oleh: Juhfaifzal Juhari

Related posts

Kecoh Raya

admin

Hidangan Musim Panas Di The Coffee Bean & Tea Leaf!

admin

‘Gifts of the Forest’

admin

Leave a Comment